Tak dinafikan sejak menyertai program realiti One In A Million (OIAM), nama Zazzleen Zulkafli semakin melonjak dan dikenali ramai. Bukan semata-mata kerana statusnya sebagai anak seniman tanah air iaitu Datuk Zulkifli Zain, tetapi juga kerana bakat nyanyian yang ada dalam diri penyanyi berusia 38 tahun ini yang menepati selera peminat seni.

Di sebalik pujian yang diterima, Zazzleen tidak terlepas daripada menerima kecaman khalayak. Pun begitu, ibu kepada tiga cahaya mata ini cekal menempuh ranjau sebagai anak seni.

Apatah lagi, ibu tersayang iaitu Datin Normala Omar pernah ada hasrat untuk menjadi penyanyi namun impian tersebut tidak kesampaian.

Zazzleen Sertai OIAM Banggakan Ibu Datin Normala Omar

Dapat ‘Hidupkan’ Impian Ibu Yang Tak Tercapai, Bakat Nyanyian Zazzleen Anak Normala Omar Raih Pujian! Dapat ‘Hidupkan’ Impian Ibu Yang Tak Tercapai, Bakat Nyanyian Zazzleen Anak Normala Omar Raih Pujian! Dapat ‘Hidupkan’ Impian Ibu Yang Tak Tercapai, Bakat Nyanyian Zazzleen Anak Normala Omar Raih Pujian!

Yang pasti, kemampuan Zazzleen untuk layak bertanding di pentas OIAM sudah cukup membanggakan ibu dan keluarga. Seolah-olah menghidupkan kembali cita-cita Datin Normala suatu ketika dulu.

Antara individu yang menjadi penyokong tegar Zazzleen pastinya adik-beradik terutama kakak tersayang, Dr Norzizi Zulkifli yang merupakan pensyarah dan pelakon berbakat besar.

Ads

Artikel https://www.nona.my/ada-phd-ketua-pengajian-seni-persembahan-uitm-dr-norzizi-ikon-anak-seni-berjaya/

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @zazzerz_official24

Dapat ‘Hidupkan’ Impian Ibu Yang Tak Tercapai, Bakat Nyanyian Zazzleen Anak Normala Omar Raih Pujian!

Dapat ‘Hidupkan’ Impian Ibu Yang Tak Tercapai, Bakat Nyanyian Zazzleen Anak Normala Omar Raih Pujian! Dapat ‘Hidupkan’ Impian Ibu Yang Tak Tercapai, Bakat Nyanyian Zazzleen Anak Normala Omar Raih Pujian! Dapat ‘Hidupkan’ Impian Ibu Yang Tak Tercapai, Bakat Nyanyian Zazzleen Anak Normala Omar Raih Pujian!

Ads

Kongsi Dr Norzizi sewaktu hadir menyaksikan persembahan adiknya, “All about love. Kita hadirkan Mama buat pertama kali di studio dan semua ahli keluarga turun untuk memberi sokongan padu untuk Zazzleen Zulkafli. Aku juga pakai cincin arwah papa, khas buat kau!

Menang kalah itu cerita kemudian, yang utama kau telah membuat mama papa begitu bahagia dan kau telah menjadi nyawa yang menghidupkan segala impian mama yang tak terlaksana!”

Sementara itu, Zazzleen turut bersyukur kerana ibu tersayang sentiasa berada di belakangnya dan pernah berkongsi pentas dengan Datin Normala Omar untuk satu persembahan tidak lama dulu.

Ads

Dapat ‘Hidupkan’ Impian Ibu Yang Tak Tercapai, Bakat Nyanyian Zazzleen Anak Normala Omar Raih Pujian! Dapat ‘Hidupkan’ Impian Ibu Yang Tak Tercapai, Bakat Nyanyian Zazzleen Anak Normala Omar Raih Pujian! Dapat ‘Hidupkan’ Impian Ibu Yang Tak Tercapai, Bakat Nyanyian Zazzleen Anak Normala Omar Raih Pujian!

“Another beautiful momen untuk saya di mana dapat berduet bersama mama saya sendiri. Seniwati Normala Omar. Walaupun duet-duet manjah but dapat sepentas dengan beliau bukan senang ya.

I’m proud sebab bakat nyanyian mama turun pada saya. Makin rasa nak buat showcase tentang mama makin dapat peluang dengan dia. Teringin nak nyanyi semua lagu mama depan mama and all her fans.”

Allahyarham Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar mempunyai lima orang cahaya matai aitu Dr Norzizi, Norzaza, Norzazila, Norzazleen dan Mohd Noor Zabaiq.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI