Dapat Idea Buka Pusat Asuhan Kanak-Kanak Lepas Bersalin Anak Ke-5, KAK PAH Dah Ada 16 Cawangan KOOLKIDZ ACADEMY!

Dari sekadar isi masa lapang, kini Shariffah Asdalina Habib Ahmad pengusaha pusat asuhan dan kanak-kanak berjaya apabila sudah pun memiliki 16 cawangan! Mempunyai kelulusan kejuruteraan awam, personaliti ini bagaimana pun tidak pernah berkhidmat dalam bidang berkenaan.

Sebaliknya memilih industri penerbangan dan muzik sebagai kerjaya sebelum akhirnya ‘jatuh cinta’ dengan pusat pendidikan awal kanak-kanak.

Ujar wanita berjiwa kreatif ini, minat mengurus pusat asuhan dan jagaan kanak-kanak terbit secara tidak sengaja ketika dia melahirkan anak keempat.

Usahawan berusia 40 tahun dan selesa disapa Kak Pah ini menambah, “Sebelum ini saya dah lapan tahun berkecimpung dalam industri penerbangan sebagai Pegawai Eksekutif Pemasaran Korporat.

Kemudian saya menyertai bidang muzik sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Universal Music Malaysia selama empat tahun dan berehat seketika di rumah bila dapat anak kecil.

It’s a long break kerana beza anak ketiga dan keempat saya ialah lapan tahun. Jadi waktu itu, saya banyak menghabiskan masa di rumah untuk urus anak-anak. Dalam masa sama, saya turut memikirkan apa pekerjaan lain yang boleh saya buat.”

Foto Majalah Nona
Foto Majalah Nona

Bertitik tolak daripada ‘cuti panjang’ selepas melahirkan anak itulah merupakan detik permulaan Kak Pah sebagai pengusaha pusat asuhan dan jagaan kanak-kanak.

Hasil penat-lelah selama lima tahun, ibu kepada lima anak ini mampu tersenyum bangga apabila legasi pusat asuhan dan jagaan kanak-kanak yang diberi nama Koolkidz Academy miliknya kian bertapak kukuh di Lembah Klang.

Sehingga kini, Koolkidz sudah pun mempunyai 16 cawangan berdaftar antaranya di Damansara, Klang, Setia Alam, Bangi, Sepang dan Puncak Alam.

“Koolkidz ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2018. Sebelum itu, saya sudah pun menjalankan operasi pusat asuhan tetapi tidak diberi nama.

Jujurnya, kalau tengok perjalanan Koolkidz sekarang memang saya tak sangka ia berkembang maju sebab pada mulanya saya cuma jalankan bisnes ini sekadar untuk mengisi masa lapang.

Tapi bila saya dapat tawaran daripada pihak pengurusan apartment yang menawarkan satu unit taska berdekatan tempat tinggal, bisnes ini jadi serius dan dari situ dapat idea menamakan ia sebagai Koolkidz,” dedah Kak Pah yang mengeluarkan modal permulaan kira-kira RM50,000.

Foto Majalah Nona
Foto Majalah Nona
Foto Majalah Nona

“Saya bermula dengan hanya tiga orang saja yang terdiri daripada ahli keluarga sebab tak berani ambil orang dan bimbang tiada orang nak hantar anak dan sebagainya. Macam-macam yang saya fikirkan. Tetapi bila buka saja tempat ini, saya terima pendaftaran yang sangat menggalakkan iaitu 60 orang kanak-kanak.

Saya rasa Allah dah bagi saya jalan dan saya kena buat dengan serius. Bermula dari situ juga kami berjaya dapatkan followers

dan ramai yang mula kenal Koolkidz seterusnya tend to look into us. Sehingga kini, kami mempunyai hampir 70 orang kakitangan termasuk staf operasi dan pengurusan.

Cawangan yang kami ada setakat ini adalah 16 buah. Setiap satu cawangan saya dah letak satu numbers line iaitu maksimum 50 orang saja untuk setiap pusat jagaan. Ini kerana kami mengambil kira dari aspek keselamatan dan keselesaan kanak-kanak. Di samping ada kuota dan ratio yang perlu kami patuhi.”

Koolkidz Academy turut terbahagi kepada pusat jagaan bayi, playschool, preschool dan pusat transit anak-anak. Pengambilan kanak-kanak pula bermula daripada usia dua bulan hingga 12 tahun.

Share
Published by
Suzi