Inspirasi

DAPHNE IKING Inspirasi Wanita, Derma Rambut Tanda Sokongan Kepada ‘Cancer Fighter’

Figura ini sering kita lihat menggayakan hijab pada majlis-majlis tertentu dan juga sebagai penghormatan kepada bulan Ramadan yang mulia. Malah, ramai tetamu pastinya terpukau dan terpesona melihat kejelitaanya ketika menggayakan hijab.

Meski belum sempurna mengenakan hijab, Daphne Iking  tetap memanjatkan rasa syukur kerana sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Jadi sama-samalah kita doakan Daphne agar dikurniakan hidayah menutup aurat sepenuhnya kelak!

Daphne Iking Salah Seorang Penderma Rambut Untuk Pesakit Kanser

 

Pengayaan hijab bagi Daphne Iking adalah perkara biasa dan tidak nampak kekok sama sekali kerana apabila tibanya Ramadan bulan penuh barakah, ibu kepada tiga cahaya mata ini pasti akan mengenakan hijab.

Namun wujud satu perasaan yang tak dapat digambarkan apabila selepas Ramadan tahun lalu apabila dia  kembali tidak berhijab. Menurut Daphne, ada satu perasaan lain yang terdetik di hatinya.

Menjadi sebahagian penderma rambut untuk pesakit kanser, Daphne Iking dinasihatkan tidak mewarnakan rambut dan harus menjagannya sihat selama 6 bulan, niat untuk mewarnakan rambut tertangguh dan ini adalah salah satu sebab dia mahu melakukan perubahan secara perlahan-lahan.

Mahu Berubah Secara Perlahan-Lahan

Daphne menegaskan bahawa dia mahu berubah memakai hijab secara perlahan-lahan, ini demukian kerana, tiada kekangan dan halangan biarpun dia menggayakan hijab. Tawaran kerja masih diterima seperti biasa.

Ditanya mengenai pengayaan yang menjadi pilihannya sehingga hari ini, wanita cantik ini berkata dia tidak pernah menetapkan terhad untuk satu gaya. Pengayaan tudung buat masa kini, lebih kepada mengikut kesesuaian aktiviti semasa yang pastinya buatkan dirinya berasa lebih selesa.

Daphne akui merasa terharu, apabila dia dihujani dengan pelbagai mesej peribadi di media sosial apabila ramai mendoakan supaya dia kekal istiqamah ketika dia mengenakan hijab.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk kekal istiqamah, wanita ini berkongsi yang dia lebih menumpukan pada pengisian rohani terlebih dahulu.

Daphne turut menuntut orang ramai agar menerima keputusanya seadanya dan teruskan mendoakan serta memberikan sokongan moral, bukan sahaja kepada dirinya, malahan kepada mereka di luar sana yang masih berusaha untuk mendekatkan diri kepada tuhan.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber: Instagram Daphne Iking

 

Share
Published by
Haifa Nasir