Rancak sungguh melihat Bellaz berceloteh saat dia melakari wajah untuk solekan. Dia tidak lokek berkongsi ilmu malah apa yang disampaikan dalam setiap live di laman media sosial sangat ikhlas dan telus. Selain menjual produk kosmetik, Bellaz juga mengadakan kelas solekan untuk sesiapa yang ingin mendapatkan ilmu solekan daripadanya. Kesungguhannya mencari rezeki untuk keluar dari kesusahan menjadikan Bellaz siapa dirinya kini!
Satu ketika dahulu, Bellaz hidup dalam keadaan keluarga yang sungguh daif. Anak seorang nelayan ini langsung tidak mengenal erti penat demi mendapatkan sesuap nasi untuk keluarga.
“Ayah saya seorang nelayan dan ibu hanya seorang surirumah. Apabila ayah ‘masuk pulau’, hampir dua hingga tiga minggu juga kami ditinggalkan. Sebagai anak ketiga, saya rasa sudah menjadi tanggungjawab saya untuk mencari rezeki untuk kami anak-beranak makan, biarpun hanya kais pagi makan pagi.”
Dalam satu post di Instagram, Bellaz berkongsi ruangan dapur di rumahnya. Dengan berpendapatan tinggi setiap bulan, Bellaz selesa dengan bahagian paling penting bagi seorang ibu.
Menurut Bellaz, perkongsian ini adalah eksklusif bersama followersnya. Dapur sederhana ini membuatkan Bellaz rasa gembira kerana pemandangannya menghadap bendang di belakang rumah. Walaupun dapur yang digunakan hanya berharga RM80 tetapi itulah yang disukainya.
“Jangan kondem bahagian belakang kuali yang hitam. Itu menunjukkan kami jarang makan di luar. Asalkan semuanya cukup, suami dan anak-anak kenyang perut, Alhamdulillah. Janji semua bahan ada bila nak masak.
Ads
Ada juga makcik bawang kata, naik kereta mewah tetapi konsep rumah ala kampung. Biarlah, saya suka stail begini. Lipat baju pun masih stail dulu-dulu. Tu bermaksud I rajin! Alhamdulillah, setakat ini, kawan-kawan rapat tak pernah condemn malah mereka suka cara saya. Dapur pun beralaskan bata!,”tulisnya di Instagram.
Tulis Bellaz lagi, dia tidak dilahirkan dalam keluarga kaya atau berkahwin dengan anak orang berada namun kesungguhannya mencari rezeki dan di tambah pula dengan rezeki anak-anak membuatkan hidupnya berubah 360 darjah.
“Saya tetap dengan kehidupan saya dahulu. Cuma yang membezakan saya dulu dan sekarang adalah kerjaya business sendiri. Alhamdulillah. Di rumah masih sama, tetapi jika menghadiri majlis atau program, saya akan bersiap. Biar bersesuaian dengan keadaan.”
Ads
Menurut Bellaz, dia pernah masuk ‘kelas ikan’, mengagihkan ikan bilis pada gred yang sesuai sebelum dijual. Dapatlah RM20 sehari, cukup untuk beli beras dan lauk untuk sekeluarga. Cikgu pun selalu tegur kerana dia selalu ponteng.
“Dek kerana sayangkan masa depan anak murid seorang ni, beberapa orang cikgu membuat lawatan ke rumah saya dan mereka juga yang banyak membantu saya sehingga saya dapat belajar sehingga SPM. Mereka yang bayarkan yuran sekolah malah setiap hari saya ‘disuruh’ bertemu mereka untuk dapatkan duit makan sebanyak RM3. YA Allah, sungguh saya bersyukur pada Allah!” sebak Bellaz.
Ads
Apabila penularan wabak Covid-19 mula menjadi pandemik, Bellaz sendiri menjadi tidak keruan. Virus yang mampu menyebabkan kematian ini memerlukan ramai tenaga kerja dari pasukan perubatan untuk menanganinya. untuk meringankan beban, Bellaz cuba untuk membantu petugas yang berada di Hospital Bahiyah Alor Setar Kedah.
“Saya tak pernah terfikir untuk mendapat rezeki besar macam ni dari Allah. Saya fikir, cukuplah kalau ada duit untuk makan, tak perlu kaya-raya. Tetapi ini pemberian Allah, jadi saya perlu buat sesuatu agar ia boleh dikongsi bersama orang lain. Di kampung, memang ramai sangat orang yang susah, malah lebih susah dari saya dulu. Kalau saya dengar ada yang perlukan bantuan, saya akan ke rumah mereka dan lihat apa yang boleh dibantu. Begitu juga sekiranya mereka perlukan bantuan dari segi kemudahan infrastruktur.
“Yang kelakarnya, mereka sampai gelarkan saya YB! Tetapi jujurnya, saya lakukan ini semua ikhlas. Saya pernah susah dahulu dan saya tahu apa yang mereka rasa. Saya suka tolong orang dan saya nak tolong semua orang. Duit memang penting tetapi ia bukan segala-galanya. Lagi banyak rezeki yang saya dapat, lagi ramai orang saya nak bantu kerana dalam dunia ni terlalu ramai orang yang susah.”
Semoga Bellaz terus sukses dalam bidang yang diceburi. Bakat yang terpendam itu setidak-tidaknya dapat memberi manfaat kepada orang lain yang memerlukan.
Kredit foto: IG Muabellaz
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kisah Catriona Ross kembali langsing selepas mengalami peningkatan berat badan ketika melahirkan anak bukan lagi rahsia. Sewaktu bertemu team Nona suatu masa dulu, Catriona atau lebih selesa disapa dengan panggilan Cat mengakui malu bertemu orang ramai kerana keadaan fizikalnya yang agak gemuk waktu itu.
Difahamkan, Cat juga sanggup naik turun tangga setiap hari hingga ke tingkat 16 rumahnya sebagai salah satu cara senaman. Memang gigih betul ibu cantik ini! Selain menjalani rutin senaman tersebut, penulis percaya faktor yang satu ini juga menjadi penyumbang Cat mampu mengekalkan kelangsingan tubuh badan sehingga sekarang.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya @catrionabrianross, menu-menu harian ‘eat clean’ yang dihasilkan sendiri nyata menguji selera. Bukan hanya nampak menyelerakan tapi dengan sukatan sebegitu pasti membuatkan sesiapa saja rasa tidak mencukupi menikmati sajian berkenaan. Hakikatnya, inilah menu yang terbaik untuk mereka yang ingin mengamalkan diet sihat. Lengkap dengan segala nutrisi dan tidak membahayakan kesihatan.
ANTARA MENU SIHAT CATRIONA
Menu Sarapan Pagi
Greek yogurt with toasted walnuts, grapes, toasted pumpkin seeds& dried mulberries with no sugar added marmalade 2 multigrain toasts
Menu Makan Tengah Hari
Black Rice with grilled chicken, fresh baby spinach & sauted carrots with beans
Selain berdisiplin soal makanan, Cat juga aktif melakukan bermacam-macam jenis senaman termasuk hiking. Bak kata pepatah, ‘Di mana ada kemahuan di situ ada jalan’.
Jadi, buat para wanita yang sedang bertarung menurunkan berat badan dan mahu nikmati hidup sihat tidak salah kalau tiru pendekatan seperti yang Cat lakukan tersebut. Moga memberi inspirasi buat semua!
Sumber foto: Instagram @catrionabrianross
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terngiang-ngiang ajakan Datuk Prof Dr Che Muhaya Haji Mohamad “Jom Audit Diri Kita” yang menyeru masyarakat meninggalkan perkara negatif seterusnya sentiasa berbuat baik lebih-lebih lagi bersangka baik terhadap Allah SWT. Tidak pernah lelah mendengar Prof Muhaya ini berhujah dan setiap butiran kata yang keluar dari bibirnya adalah benar belaka.
Tambahnya lagi peranan ibu bapa sangat besar dalam menentukan perkembangan hidup individu. “Setiap apa yang kita lakukan baik atau buruk pasti ada balasannya. Setiap ibu bapa perlu sedar apabila anak mereka tidak berjaya dalam hidup pasti ada kesilapan yang telah dilakukan suatu ketika dahulu terutama masa muda.
Benda yang paling bahaya dalam hidup adalah tidak bertaubat di atas dosa yang dilakukan. Dosa yang tidak ditaubatkan akan menarik kejahatan dalam bentuk anak-anak tidak menjadi, tidak mendengar kata dan seterusnya mencipta keturunan tidak elok,” tutur Pakar Mata pertama di Asia Tenggara yang melakukan kaedah LASIK tanpa pisau system (Femtosecond Visumax) ke atas pembedahan mata pesakit ini.
“Saya nak bagi tip macam mana nak ubah kehidupan dengan membina imej baharu. Kalau sebelum ini imej sejak kecil iaitu umur dalam lingkungan di bawah 7 tahun, ibu sering melemparkan kata-kata negatif seperti kita ini seorang yang lembap.
Kita akan membesar dengan imej sebegitu kerana kata-kata tersebut telah direkodkan di dalam otak dengan imej lembap. Namun kita masih belum terlambat untuk berubah, bagaimana nak berubah? Senang sahaja, kita cipta ‘software’ yang baharu. Kita tukar skrip kehidupan dengan perkara yang baik-baik dan mempunyai hasrat untuk menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya. Cuba tutup mata dan bayangkan diri sendiri dengan imej baik yang mahu ditampilkan.
Ini adalah cara kita bercakap dengan minda bawah sedar. Minda bawah sedar ini sebenarnya dibentuk sejak kita masih kecil lagi. 95 peratus kehidupan kita disebabkan dan dipengaruhi oleh minda bawah sedar atau internal programming. Kemudian baca Al-Quran, solat witir, baca ayat 3 qul dan maafkan orang di sekeliling untuk bersihkan jiwa. Bangun esok pagi pasti menjadi orang yang baharu,” bicara wanita yang menghabiskan masanya dengan membaca.
Wanita adalah sebaik-baik perhiasan dan wanita juga insan yang begitu istimewa kerana mempunyai tiket mudah ke syurga. “Kita sebagai wanita memang dijadikan begitu istimewa. Namun, kelemahan wanita adalah mengumpat dan kufur terhadap suami. Orang setuju atau tidak setuju masalah utama wanita adalah melawan cakap suami, yang kedua sombong atau seteru dengan ibu mentua, yang ketiga garang terhadap anak-anak, keempat sering menunjuk-nunjuk dengan kawan-kawan dan kelima garang dengan pembantu rumah atau staf.
Formula kejayaan nombor satu adalah betulkan dan sempurnakan solat. Jika awal-awal lagi solat tidak sempurna atau tidak sah sudah pasti akan gagal di dunia dan juga di akhirat. Yang kedua perbanyakan taubat kerana doa orang yang berdosa paling tidak dimakbulkan oleh Allah SWT. Dosa-dosa yang berterusan serta tidak memohon keampunan Sang Pencipta akan menarik kejahatan menguasai diri,” terang Datuk Prof Dr Muhaya panjang lebar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tenang dan sejuk mata melihat kehidupan pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad bersama isteri dan anak-anak sekarang. Setiap orang mahukan kehidupan yang lebih baik dengan mendekatkan diri dengan Allah SWT di samping keluarga yang bahagia demi menuju ke syurga bersama, Insha-Allah. Itulah kebahagiaan sebenar.
Sejak penghijrahannya tahun lalu, kehidupan Nabil kini jauh berbeza. Walau tak lekang dari pelbagai ujian, Nabil kekal istiqamah sampai ke saat ini walau masih aktif dalam dunia seni. Pernah berkongsi di awal penghijrahannya, menurut Nabil, dalam amal ibadah ujian terbesar adalah istiqamah.
Sokongan keluarga, para sahabat dan orang sekeliling turut menjadi sumber kekuatan kepada bapa 3 orang anak ini untuk terus istiqamah.
ISTERI MANIS BERTUDUNG
Isteri Nabil iaitu Zira Ayub kini manis bertudung sehingga mencuri tumpuan warga maya. Zira yang merupakan bekas pramugari memilih penampilan yang ringkas dengan gaya sporty.
Selain bergelar suri rumahtangga sepenuh masa, Zira juga kini ligat mengusahakan bisnes tudungnya, Zainun by Zira Ayub. Sejak bertudung penuh, makin terserlah kecantikan asli yang dimiliki oleh Zira.
RAHSIA BAHAGIA
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada tahun 2011 dan dikurniakan 3 anak perempuan yang cantik iaitu Naira Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani. Zira berkongsi rahsia bahagianya selama 11 tahun bergelar isteri Nabil.
“Kami sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain. Antaranya ialah banyak berbincang tentang masa depan keluarga. Plan something big for the family contohnya buat bisnes atau rumah bersama, atau mencari ruang waktu yang sesuai untuk pergi bercuti bersama.
Secara tak langsung hubungan suami isteri menjadi lebih intim. Bagi saya itu salah satu cara bagaimana saya dan Nabil dapat mengeratkan hubungan walaupun salah seorang sibuk dengan kerjaya. Selain itu, kami juga sering berbincang tentang perkara-perkara yang melibatkan hal bersama,” jelas Zira.
PROJEK SURAU IDAMAN DALAM RUMAH
Baru-baru ini di Instagramnya, Nabil berkongsi rasa syukur apabila berjaya merealisasikan projek surau idaman di kediamannya. Video pendek berdurasi satu minit itu menerima lebih dari 10 ribu tanda suka.
“Alhamdulillah settle surau !! Jazakallah kepada @team.alfateh yang merealisasikan impian untuk siapkan surau ni. Memang kemas sangat workmanship !! Semoga ALLAH balas jasa baik tuan-tuan dengan kemudahan dunia dan akhirat Amin Amin Ya Rob!!”
Manakala di ruangan komen, rakan artis serta para pengikutnya turut menyatakan rasa syukur dan gembira.
@razziahkhan “MashaAllah”
@saharulridzwan “Doakan saya jugak bang ada surau jugak dalam rumah”
@zellyasma “MashaAllah…terbaik Alhamdulillah”
Semoga Nabil dan Zira kekal bahagia selamanya sampai ke syurga.
Kredit: Instagram Zira Ayub & Nabilzira
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...