Siapa sangka daripada seorang remaja yang terlalu bergantung hidup dengan keluarga dan pernah mendapat keputusan corot ketika masih bergelar pelajar fesyen di sebuah universiti di United Kingdom, kini Ria Sharma diangkat sebagai penyelamat dan menjadi tempat bergantung bagi kaum wanita di India yang menjadi mangsa simbahan asid.

Ads

Baru menginjak usia 26 tahun, Ria menjadi tumpuan di negara kelahirannya dan luar negara apabila kejayaannya menjadi Pengasas Make Love Not Scars iaitu sebuah badan kebajikan yang membela nasib mangsa simbahan asid di India.

Tidak pernah terfikir untuk terlibat dalam aktiviti kebajikan, hasrat Ria untuk membantu mangsa simbahan asid terbit semasa dia mengunjungi sebuah hospital di India bagi menjayakan sebuah dokumentari mengenai mangsa serangan asid untuk projek universitinya.

Dari Anak Manja Yang Nakal… RIA SHARMA Kini Pemilik Pusat Rehabilitasi Pertama India Untuk Mangsa Serangan ASID!

Dari Anak Manja Yang Nakal… RIA SHARMA Kini Pemilik Pusat Rehabilitasi Pertama India Untuk Mangsa Serangan ASID!

Melihat keadaan wad dan katil di hospital yang berlumuran darah akibat simbahan cecair menghakis yang dicurahkan kepada mangsa, Ria mengakui ia adalah detik paling menakutkan yang pernah dilaluinya.

Enggan meneruskan dokumentari tersebut kerana percaya ia tidak mampu mengubah perspektif masyarakat terhadap isu serius tersebut. Ria lantas mendaftarkan sebuah organisasi miliknya dikenali sebagai Make Love Not Scars iaitu sebuah badan kebajikan yang membantu mengembalikan kehidupan normal mangsa simbahan asid. Nama organisasi itu diambil sempena tajuk dokumentari yang mahu diterbitkan Ria untuk tugasan universitinya itu.

Ria yang ketika itu hanya berumur 21 tahun sanggup meninggalkan kesenangan hidup yang sekian lama dinikmatinya semata-mata untuk menolong golongan terlibat. Dari situ Ria mula mendapat ilham untuk menubuhkan pusat rehabilitasi untuk mereka dan merupakan yang pertama dibina untuk mangsa simbahan asid pada tahun 2014.

Dari Anak Manja Yang Nakal… RIA SHARMA Kini Pemilik Pusat Rehabilitasi Pertama India Untuk Mangsa Serangan ASID!
Mangsa ketika sedang mengikuti kelas Bahasa Inggeris
Dari Anak Manja Yang Nakal… RIA SHARMA Kini Pemilik Pusat Rehabilitasi Pertama India Untuk Mangsa Serangan ASID!
Didedahkan dengan teknologi dan penggunaan komputer

Dari Anak Manja Yang Nakal… RIA SHARMA Kini Pemilik Pusat Rehabilitasi Pertama India Untuk Mangsa Serangan ASID!

Ads

Tidak cukup dengan itu, dia juga aktif mencari dana untuk membiayai rawatan mangsa selain menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka agar dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun mengalami ‘kecacatan’ kekal. Usaha murni ini dianggap sebagai sinar baharu buat mangsa, yang pastinya memerlukan sokongan untuk bangkit dan tidak terus disisihkan.

Atas usaha murni tersebut, Ria merupakan rakyat India pertama menerima anugerah United Nations’ Goalkeeper Global Goals kerana penglibatannya sebagai aktivis yang bejaya mengubah kehidupan insan lain. Di samping itu, dia juga dianugerahkan British Council’s Social Impact.

Dari Anak Manja Yang Nakal… RIA SHARMA Kini Pemilik Pusat Rehabilitasi Pertama India Untuk Mangsa Serangan ASID!

Ads

Minatnya kepada mangsa simbahan asid mula bercambah bila salah seorang pensyarah di universiti bertanyakan tentang skop minat Ria selepas dia mendapat keputusan ujian yang teruk. Menjelaskan dia sangat terkesan dengan penderaan seksual terhadap wanita di India seperti kes rogol geng New Delhi pada 2012… Ria tertarik mendalami isu simbahan asid ke atas wanita selepas menjumpai foto wajah seorang wanita rosak teruk akibat serangan zalim berkenaan.

Hasil kerja amalnya itu, Ria Sharma turut tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia!

To Love The Faceless | Champions For Change

"It is one of the most horrific things you can ever do to someone." At 21, she set out to offer hope and a refuge for scarred survivors of acid attacks. Meet the first of CNA's #ChampionsForChange

Posted by CNA Insider on Monday, 31 December 2018

Sumber / Foto : Channel News Asia / Instagram Ria Sharma

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI