Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu. Ini adalah pepatah yang boleh kita samakan dengan nasib lima wanita biasa ini yang akhirnya berubah menjadi orang penting dalam sesebuah negara. Jom kita kenali mereka dengan lebih dekat.
GRACE KELLY, PRINCESS OF MONACO
Semua orang tahu kisah puteri bak cerita dongeng ini dan bagaimana ia berakhir dengan tragis. Grace Kelly adalah bintang emas Hollywood dan salah satu selebriti cantik yang paling ikonik sehingga kini.
Bertemu Prince Rainier III ketika penggambaran foto dan dari situ kehidupan wanita angun ini berubah. Kedua-dua mereka berkahwin pada tahun 1956 dan mempunyai tiga orang anak sebelum meninggal dalam kemalangan kereta tragis pada tahun 1982. Anak lelakinya Albert II merupakan Prince of Monaco kini.
RANIA, QUEEN OF JORDAN
Wanita berkerjaya ini memperoleh ijazah perniagaan dari American University of Cairo, dan kemudian bekerja di Citibank dan Apple sebelum bertemu Putera Abdullah II. Kedua-dua mereka berkahwin hanya lima bulan selepas bertemu.
Sejak itu Rania aktif menjadi duta untuk banyak pusat kebajikan dan menjadikan perkara ini sebagai slaah satu agenda utamanya sebagai seorang permaisuri. Dek gaya fesyennya yang menarik beliau kerap dipaparkan di dalam majalah fesyen Amerika.
LETIZIA, QUEEN OF SPAIN
Letizia adalah wartawan penyiaran dan merupakan seorang janda apabila dia menangkap mata Putera Mahkota Felipe, yang melihatnya di kaca televisyen lantas meminta ketua di lokasi bekerja Letizia memperkenalkan mereka.
Kedua-dua mereka bercinta secara rahsia sebelum mengumumkan pertunangan mereka pada tahun 2003, dan telah berkahwin di Madrid pada tahun 2004. Selepas ayahandanya turun takhta, Felipe menjadi raja dan Letizia secara automatik menjadi permaisuri.
MASAKO, CROWN PRINCESS OF JAPAN
Masako adalah seorang graduan dari Univeristi Harvard dan merupakan anak seorang diplomat ketika dia bertemu dengan Putera Mahkota Jepun pada majlis minum teh. Kehidupan kedua pasangan bercinta ini banyak disensasikan oleh pihak pada sekitar akhir tahun 80-an.
Pada mulanya dia enggan berkahwin dengan putera mahkota kerana ia bermakna kariernya akan tamat. Akhirnya setelah melihat kesungguhan putera mahkota, dia menerima lamaran ketiga pada tahun 1992 dan kedua-duanya berkahwin pada 1993.
MARY DONALSON, CROWN PRINCESS OF DENMARK
Seperti mana-mana gadis biasa, Mary bertemu dengan bakal suaminya, Putera Frederik dari Denmark secara kasual di sebuah bar di Sydney. Dia yang ketika itu merupakan seorang eksekutif pemasaran, dan Putera Frederik hanya memperkenalkan dirinya sebagai ‘Fred’ sahaja berbanding memperkenalkan diri sebagai seorang putera raja.
Mary terpaksa belajar bahasa Belanda sebelum berlansungnya majlis perkahwinan diraja pada tahun 2004. Walaupun kini dia bergelar kerabat diraja tetapi masih sangat merendah diri dan pernah dilihat keluar membuang sampah sendiri!