Pejam celik sudah lapan tahun tudung kegemaran rakyat Malaysia dUCK menyerikan wajah hijabis. Bermula dengan butik pertama dari Bukit Bintang hingga butik ke sembilan di Singapura lambang kejayaan bisnes yang diterajui oleh Vivy Yusof sebagai Pengasas Bersama The dUCk Group.
Vivy Yusof telah menzahirkan rasa syukurnya ketika bercerita tentang sejak dari pertama tertubuhnya dUCK. “Alhamdulillah, dUCK sudah melangkah sejauh ini sejak hari pertama dilancarkan pada tahun 2014.
Now, dUCk is a global lifestyle brand that provides more than just scarves and clothing but also beauty, home & living and more. From our retail store in Pavilion Bukit Bintang, dUCk now has nine stores including Haji Lane, Singapore and our very own dUCk café and Salon,” kata ibu kepada empat orang anak ini.
Berkongsi kegembiraan dengan dUCkies dan orang ramai sebuah ‘time capsule’ pameran pop-up telah disediakan di hadapan Fahrenheit 88 Kuala Lumpur. Pameran ini boleh dinikmati bermula dari hari ini sehingga Ahad, 29 Mei 2022. Jangan lepaskan peluang untuk menelusuri perjalanan indah dUCK di dalamnya.
Beberapa koleksi seperti The Blurred Lines, The World Map dUCk, The Kaleidoscope dUCk, The Alhambra dUCk dan Disney x dUCk – Mickey boleh dihayati di dalam pameran ini.
Ulang tahun tidak akan berseri seandainya tidak mengeluarkan koleksi baharu. Sudah menjadi tradisi dUCK mengeluarkan koleksi istimewanya dan kali ini menampilkan The Infinity dUCk collection yang terdiri daripada skaf, ready-to-wear
(RTW) seperti blaus, beg dan barangan keperluan lain seperti bekas minuman dan buku nota.This website uses cookies.