Dari Dunia Seni Ke Arena Politik, Kagum Sisi Sederhana & Mesra Datuk Dira Abu Zahar!

Kesungguhan Datuk Dira Abu Zahar meluangkan masa untuk beramah mesra dengan masyarakat setempat walau pun ketika sibuk wajar diberi pujian. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Rim di Melaka, pastinya dia perlu peka dengan aktiviti serta masalah yang dihadapi penduduk.

Ternyata, Datuk Dira mengambil serius setiap keluhan dan pelawaan masyakarat di kawasan berkenaan sejak dia memenangi PRU ke-15 yang lalu.

Kalau dulu nama Dira Abu Zahar sinonim dalam industri seni sebagai pelakon dan pengarah. Namun kini pemilik nama Datuk Khaidirah Dato’ Seri Abu Zahar ini makin dikenali selaku ahli politik.

Meskipun tidak lagi mewarnai dunia seni, penampilan Datuk Dira sentiasa menjadi perhatian peminat. Dia juga makin rancak merencana usaha membangunkan kawasan Rim.

24 Ogos lalu bersempena Sambutan Hari Jadi Ke-74 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Datuk Dira menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran di Seri Negeri, Melaka.

Kredit Instagram @diraabuzahar
Kredit Instagram @diraabuzahar
Kredit Instagram @diraabuzahar

Lengkap berpakaian rasmi, Datuk Dira turut ditemani suami tercinta, Syfik Idzywan Sidek yang berbaju Melayu hitam. Apa yang menarik perhatian ialah kesederhanaan Datuk Dira yang mesra melayan semua orang termasuklah kakitangan di Seri Negeri.

“Sebelum bermulanya sesi 2 Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat TYT, sempat bertegur sapa dengan kakitangan di Seri Negeri yang gigih berkerja pada hari minggu.

Mereka inilah antara sistem sokongan dalam membantu pemimpin kerajaan negeri untuk mentadbir dengan baik. Terima Kasih Kakak & Abang atas semangat anda. Kebetulan pula salah seorangnya menetap di dalam Dun saya.”

Kredit Instagram @diraabuzahar
Kredit Instagram @diraabuzahar

Bukan itu saja, ADUN ini juga bergegas menghadiri beberapa majlis perkahwinan. Terbaik YB!

“Usai urusan di Seri Negeri, saya berkesempatan untuk hadir ke Majlis Perkahwinan anak kepada Ir. Hj Kalam Mohd Nor, Jurutera Daerah JKR Jasin di Bukit Baru Ayer Melaka. Selepas itu, saya terus ke Majlis Perkahwinan dua pengantin di Seri Kesang. Tahniah Encik Isam Osman dan Puan Kasmah Wati, dapat dua menantu sekaligus ya.”

Kredit Instagram @diraabuzahar
Kredit Instagram @diraabuzahar
Kredit Instagram @diraabuzahar
Kredit Instagram @diraabuzahar

Pernah menjadi penghias cover digital Nona tahun lalu, Datuk Dira dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam pada tahun 2020.

Kredit Instagram @diraabuzahar
Kredit Instagram @diraabuzahar
Kredit Instagram @diraabuzahar

Penglibatan Datuk Dira dalam dunia politik nyata mengikut jejak langkah Allahyarham bapanya iaitu Dato’ Seri Abu Zahar Ithnin yang pernah menjadi Ketua Menteri Melaka kelapan.

Datuk Dira mendirikan rumah tangga dengan Syfik Idzywan Sidek pada 21 Jun 2020. Dia kini bahagia menggalas tugas sebagai ibu kepada lima cahaya mata iaitu Tengku Anggun Deandra, Waris Iskandar, dan tiga orang anak suaminya hasil perkahwinan terdahulu.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/kenang-hari-lahir-arwah-suami-kecekalan-datuk-mastura-jadi-ibu-tunggal-4-anak-lelaki-cetus-inspirasi/

Share
Published by
Suzi