Berkat kerja keras dan minat mendalam terhadap coklat, kini Siti Hajar Mohd Razali bergelar ‘Tauke Coklat’ di kafe miliknya sendiri, Suka Dessert! Siapa sangka, jualan manisan dan aneka sajian pencuci mulut yang diusahakan kira-kira enam tahun lalu berkembang maju dan sering diserbu penggemar coklat.
Percaturan Siti Hajar atau lebih mesra disapa sebagai ‘Auntie Ja’ berhenti kerja demi mengejar impian memiliki bisnes manisan nyata berbaloi. Apatah lagi pada Januari 2023, jualan yang diraih Suka Dessert mencecah lebih RM1.1 juta.
Itu tidak termasuk jualan di TikTok dan sebagainya. Luar biasa penangan Auntie Ja!
Difahamkan isteri Muhammad Syafiq Mohd Zamshari ini pada awal pembabitannya tidak memunyai latar belakang dunia kulinari.
View this post on Instagram
Namun bersandarkan minat mendalam terhadap coklat, dia memberanikan diri berniaga dan menghasilkan manisan sendiri.
Meskipun Siti Hajar tauke coklat sudah pun mempunyai kafe Suka Dessert di Selayang dan puluhan staf di belakangnya namun wanita cekal ini akui masih belajar mendalami dunia coklat.
Selain menjual aneka manisan di Suka Dessert Selayang, Siti Hajar turut tidak melepaskan peluang menyertai pelbagai festival makanan di seluruh Malaysia bagi mempromosikan produk jualan kepada pelanggan. Malah, dia juga mempunyai sejumlah ejen di Semenanjung Malaysia.
Antara manisan yang ditawarkan di Suka Dessert termasuklah Pavlova, Croissant, Kek, Biskut dan buah-buahan bercoklat.
Akui Siti Hajar, pihaknya sentiasa menjalankan proses penyelidikan untuk produk terbaharu demi memenuhi selera pelanggan saban tahun.
“Selesai part R&D, meeting bersama Manager setiap department untuk agihan tugas dengan staf dan berkenaan stok bahan. Kemudian, Auntie Ja dan team R&D akan beli machine, peralatan, packaging untuk kesesuaian setiap menu baru.
Selesai itu, kami akan setup tempat production dan display menu baru. Kemudian, kami akan buat sesi staff training. Marketing, shoot video pun melibatkan team R&D. Hrmm… mudah ke susah?”
Lumrah orang berniaga, usahawan coklat ini turut berdepan kritikan namun tidak pernah patah semangat memberikan hasil terbaik kepada pelanggan.
“Semalam Auntie Ja betul-betul rasa down, berdebar-debar, tangan menggigil kesejukan. Bukan sebab cuaca sini sejuk. Tapi sebab baca komen yang berbaur fitnah. Hari ni, Auntie Ja baca beribu komen darlings. Auntie Ja bersyukur, ramai yang doakan untuk Auntie Ja.
Terima kasih darlings. Sebenarnya orang kampung Auntie Ja lah antara yang selalu support SD. Sangat. Kenapalah dia nak mewakilkan diri dia untuk kampung Auntie Ja sendiri. Jangan petik nama kampung kami.”
Semoga Suka Dessert terus berkembang maju dan kejayaan Siti Hajar di samping suami tercinta menjadi inspirasi ramai untuk berjaya.