Kecantikan

Dari Kejuruteraan Ke Bidang Kecantikan, Azizah Salleh Kini Pengasas Kireina Wellness Tawar Khidmat Upgrade Rohani & Fizikal

Kireina Wellness hari ini membuka pintunya buat mereka yang inginkan kecantikan luaran dan dalaman apabila melancarkan pusat kecantikan pertamanya dengan membawa produk terkenal Exilis by BTL dari Amerika Syarikat.

Pengasas Kireina Wellness, Puan Azizah Salleh berkata, beliau ingin wanita di luar sana mempunyai tempat selamat untuk berkongsi apa sahaja, dari perkara rutin hinggalah intim.

Menurutnya, dengan pembukaan Kireina Welness, wanita dapat bersosial tanpa segan silu sambil mendapatkan rawatan kecantikan termoden, terkini dan selamat di dunia.

“Cabaran dunia hari ini amat memberi tekanan kepada kaum hawa, bukan sahaja dari segi fizikal malahan mental. Mana lagi mahu berjaya dalam kerjaya, membina keluarga apatah lagi menjaga keintiman bersama suami.

“Kerana itu Kireina Wellness tidak lokek berbelanja lebih RM 1 juta untuk ruang selesa serta peralatan canggih yang tidak invasif (non invasive) untuk wanita,” katanya di pra pelancaran Kireina Wellness di Shah Alam, hari ini.

Puan Azizah Salleh merupakan pemegang  Sarjana dalam Bidang Pengkhususan Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan serta memiliki Ijazah dalam Kejuruteraan Awam. Beliau juga sudah berkhidmat selama 8 tahun bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai Timbalan Pengarah Kanan, dan turut memiliki pengalaman selama 10 tahun sebagai seorang usahawan dalam bidang agro makanan dan kecantikan.

Dalam pada itu, Doktor Ainna Alias, Pengarah Operasi Kireina Wellness dan Cik Valerie dari BTL Aesthetics Malaysia turut membuat demonstrasi mesin Exilis by BTL yang digunakan untuk rawatan kecantikan dari kepala sehingga ke kaki.

Bukan itu sahaja, Exilis turut menawarkan rawatan Femme 360, yang mampu mengetatkan bahagian vagina dan juga membentuk semula libia wanita.

Selebriti, Shikin Maembong antara yang mendapatkan rawatan tidak invasif menggunakan mesin Exilis untuk membentuk tubuh dan juga mengetatkan bahagian intimnya.

“Proses menggunakan Exilis mengambil masa tidak lebih 8 minit untuk satu sesi dan tidak menyakitkan. Paling menarik, kesan dapat dirasai terus selepas satu sesi dan tidak perlu waktu rehat (down time) sebelum melakukan hubungan intim,” kata Doktor Ainna.

Dr Ainna (kiri) dan Puan Azizah (kanan)

Dr Ainna dan Puan Azizah turut memperkenalkan rakan-rakan Kireina Wellness lain yang menjadi antara pelanggan awal mereka iaitu penyanyi, Zur Eda, pelakon, Nadia Brian serta penyanyi dan pelakon, Cat Farish.

Kireina Wellness menawarkan rawatan-rawatan yang merangkumi bahagian rambut, muka dan badan antaranya, Vagina Tightening dan Vulva Remodelling.

Turut disediakan adalah rawatan PRX Face Lifting, Fat Loss & Body Contouring, Brightening Facial, Oxy Hydra Facial, Stemcell Booster dan AGF Hair Growth.

Kesemua rawatan yang ditawarkan adalah tidak invasif dan menggunakan bahan serta mesin medical grade, gred paling tinggi dalam industri kecantikan. Kireina Wellness beroperasi di 209, Blok 2, Persiaran Sukan, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. Ia dibuka Selasa hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

IKLAN
Share