Fesyen

Dari Kerja Mencuci Pinggan Mangkuk Di Restoran Makanan Segera. Kini Dia Antara Model Fesyen Pilihan Ramai

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Ini adalah pepatah lama melayu yang bermaksud tiada sesiapa di dunia ini mampu menilai dan mengetahui nasib seseorang manusia lain. Mungkin hari ini mereka orang yang biasa- biasa sahaja, namun tidak mustahil esoknya mereka merupakan orang paling berjaya.

Pepatah ini amat sesuai digambarkan kepada model baru Remington William yang baru-baru ini menjadi antara model yang mendapat perhatian di New York Fashion Week. Kelibatnya pertama kali di pentas jenama utama yang gah seperti Marc Jacobs, Calvin Klein dan Seis Marjan nyata menarik perhatian wartawan dan juga komuniti fesyen. Dengan berbekalkan ketinggian dan wajah yang unik, her face speaks fashion

!
Seis Marjan SS18

Namun kalau anda semua nak tahu, beberapa hari sebelum menjejakkan kaki di New York Fashion Week sebagai model, dia masih lagi bekerja di restoran makanan segera Chipotle dan melakukan tugas seperti memasak dan mencuci pinggan. Di restoran tempat dia bekerja inilah model scouts

tertarik dengan kelibat wajah dan juga susuk tubuhnya lantas menawarkan kontrak peragaan kepada gadis asal Austin, Texas ini. Hasilnya kini dia bernaung di bawah agensi terkemuka DNA Models.
Marc Jacobs SS18

Berkongsi pengalamannya disebalik tabir minggu fesyen dan menghadiri beberasa sesi casting, “Ketika dipanggil semula selepas sesi casting oleh Calvin Klein, pengarah kreatif jenama ini Raf Simon sendiri yang mengajar saya cara berjalan dengan betul di pentas peragaan. Kalau diikutkan dia boleh sahaja memilih model lain yang jauh lebih berpengalaman namun dia tetap mahukan saya. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak akan saya lupa.”

Calvin Klein SS18

 

Share
Published by
Fiezreen