Hanis Arif, antara pengusaha tudung muda dan berjaya hari ini. Menerusi fesyen muslimah tanah air, jenama Tudungruffle bukan lagi asing dalam kalangan para hijabi. Masakan tidak, label popular ini telah pun tersenarai di antara 15 jenama hijab popular di Malaysia dengan jumlah pengikut melebihi 300 ribu orang di Instagram!
Berkongsi kisah kejayaannya sepanjang empat tahun bergelar usahawan tudung, Hanis yang baru bergelar isteri kepada ahli perniagaan Muhammad Irshad Dato’ Kapten Razali pada September tahun lalu terbuka menzahirkan suntikan semangat buat para wanita melalui Instagram miliknya, @nononesss.
Tulisnya, “After finished my degree in Electrical Engineering, sementara tunggu panggilan untuk masuk kerja, Anis decide untuk buat bisnes online sekadar mencuba dan suka-suka. TAKUT. Jadi Anis cuba dengan keluarkan modal RM50 as my first start.
Berjaya buat few helai tudung dan jual di Instagram. Dari situ Anis rolling modal hinggalah sekarang. Pemintaan meningkat dari few tudung kepada puluh tudung. Tapi dari awal buat bisnes lagi, Anis dah nampak banyak dugaan pelik-pelik yang Anis tak pernah lalui dan buat. Anis banyak nangis dan lebih menyukarkan Anis, sebab Anis tiada pengalaman dan none of my family ada business background.
Paling sedih sebab Anis kena tipu dan duit rolling Anis kumpul habis macam tu je. Rasa macam usaha Anis 2 bulan tu sia-sia je. Anis give up.
Setelah dapat kemasukan kerja, Anis tinggalkan Tudungruffle begitu je. Nak fokus pada career pilihan Anis. After few months kerja, permintaan dari Tudungruffle sentiasa ada. Memandangkan hidup di KL ni kos sara hidup sangat tinggi, perlahan Anis bina semula Tudungruffle yang Anis tinggalkan dulu. Nak cari duit lebih. Lagi-lagi adik semua still belajar.
Buat dua kerja dalam satu masa wasn’t easy. Yang paling Anis terasa, Anis hilang masa dengan orang sekeliling Anis. Lepas Anis nampak business Tudungruffle dah semakin stabil, Anis decide untuk quit. Alhamdulillah dah 4 tahun Anis bergelar businesswoman.”
Walaupun kini Anis sudah memiliki butik sendiri namun dia mengakui kerjaya sebagai ahli perniagaan bukanlah impian yang dikejarnya selama ini. Tapi siapa sangka, bertitik-tolak dari minat akhirnya ia menjadi perusahaan yang menguntungkan. Tidak pernah terlintas mampu meraih jualan tudung mencecah tujuh angka, kurniaan yang diberikan Allah kepadanya hari ini merupakan suatu rahmat yang cukup indah.
“Dari amik gambar guna handphone, kini shoot di studio. Dari potong kain sendiri, sekarang dah boleh buat production di kilang. Dari jalankan business dari rumah, sekarang dah ada butik sendiri. It was not an easy journey for me. Pengalaman pahit manis selama 4 tahun ni mematangkan Anis tentang kehidupan dan Anis paling bersyukur this career buat Anis berpeluang untuk meet and learn from pioneers in variety of industry in Malaysia.
For those yang in the same boat dengan Anis, tiada pengalaman business, tiada guidance dari orang dewasa, tiada backup plan from your parents, if something happen to your business. Dont give up! Berdiri atas kaki sendiri, buat kita lagi cepat matang. Ada hard road means ada something big is coming.”
Pesannya lagi, jika berhasrat mahu berhenti kerja kerana mahu fokus kepada perniagaan pastikan dahulu aliran tunai sudah stabil.“Rolling business bagi Anis benda paling penat dan susah nak buat. Lagi lepas dah ada tax, GST dan semua barang dah semakin mahal sekarang. Untuk bina business memang senang, nak naikkan business tu susah. Tapi untuk sustain the business lagi berganda susah. Tapi rezeki Allah tu luas, cuma kita je kena jemput dan usaha untuk dapatkannya. Mungkin hari esok Allah nak bagi pada anda, siapa tahukan?”