AMEERA ZAINI

Tumpang bangga tengok kejayaan Ameera Zaini! Bermula dari bawah dan kini mampu mengendalikan empayar niaga sendiri, usahawan wanita ini sememangnya seorang yang kreatif dan kental mendepani cabaran bergelar ahli perniagaan.

Ads

Tak dinafikan, tudung jenama Ameera Zaini (AZ) kian mendapat tempat di pasaran khususnya dalam kalangan para hijabi.

Tampil dengan rekaan corak yang lebih segar dan unik, Meera yang kini berusia 33 tahun mula membina empayar AZ sejak tahun 2013 bersama suami tercinta, Hasnor yang ketika itu bergelar tunangnya.

Dari Model Muslimah Kini Usahawan Tudung, AMEERA ZAINI Sukses Berniaga & Bergelar Pengacara TV!
Credit Instagram @ameerazaini

Biarpun memiliki Ijazah Sarjana Muda Farmasi namun Meera lebih tertarik menceburi bidang perniagaan. Selain turut mewarnai dunia pengacaraan. Tahun ini merupakan tahun keenam Meera menjadi pengacara di CJ Wow Shop.

Sibuk dengan tugasan kerjaya pengacara dan bisnes, Meera bagaimana pun bijak membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga. Apatah lagi sejak dia bergelar ibu kepada dua orang anak.

Kongsi Meera dalam temu bual bersama Nona tidak lama dulu, fokusnya kini lebih kepada perniagaan berbanding bidang pengacaraan memandangkan permintaan terhadap jenama tudungnya makin meningkat.

Ads
Dari Model Muslimah Kini Usahawan Tudung, AMEERA ZAINI Sukses Berniaga & Bergelar Pengacara TV!
Credit Instagram @ameerazaini
Dari Model Muslimah Kini Usahawan Tudung, AMEERA ZAINI Sukses Berniaga & Bergelar Pengacara TV!
Credit Instagram @ameerazaini
Dari Model Muslimah Kini Usahawan Tudung, AMEERA ZAINI Sukses Berniaga & Bergelar Pengacara TV!
Credit Instagram @ameerazaini
Dari Model Muslimah Kini Usahawan Tudung, AMEERA ZAINI Sukses Berniaga & Bergelar Pengacara TV!
Credit Instagram @ameerazaini

Difahamkan, setiap minggu tudung AZ akan hadir dengan rekaan koleksi printed baharu. Paling tak menang tangan ialah ketika musim Hari Raya.

Ads

Mengusahakan perniagaan bersama suami tercinta, Meera memberitahu tugas suaminya lebih kepada urusan pemasaran. Sementara dia pula terlibat dalam soal rekaan dan production.

Dari Model Muslimah Kini Usahawan Tudung, AMEERA ZAINI Sukses Berniaga & Bergelar Pengacara TV!
Credit Instagram @ameerazaini
Dari Model Muslimah Kini Usahawan Tudung, AMEERA ZAINI Sukses Berniaga & Bergelar Pengacara TV!
Credit Instagram @ameerazaini
Dari Model Muslimah Kini Usahawan Tudung, AMEERA ZAINI Sukses Berniaga & Bergelar Pengacara TV!
Credit Instagram @ameerazaini

Bukan mudah hendak hidup senang dan berjaya. Yang pasti, ia melibatkan banyak pengorbanan dalam segenap hal. Segalanya terletak di tangan kita sendiri sama ada ingin terus berada di takuk lama atau melangkah lebih jauh.

Moga perniagaan yang diusahakan Meera dan Hasnor terus sukses dan menjadi pembakar semangat buat lebih ramai wanita di luar sana.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI