Memang kecur liur dibuatnya tengok hidangan jualan kek dan bakeri air tangan isteri Pekin Ibrahim ini. Bijak bereksperimen dengan sajian manisan, perusahaan Mona Allen dilihat semakin maju dan memenuhi selera ramai. Malah ada pelbagai seleksi perisa kek yang ditawarkan buat penggemar dessert!
Difahamkan bisnes kek yang diusahakan ini sudah pun bermula sejak tahun 2019 lagi. Antara menu butter cake by Mona Allen ialah Classic, Orange, Pandan Kelapa, Chocolate Belgium dan Cempedak.
Terbaharu, dia turut kreatif menghasilkan Banana Chocolate Blackout dan cookies menyelerakan.
Ratu hati Pekin Ibrahim ini pada 4 Jun lepas selamat melahirkan bayi lelaki kedua. Terdahulu Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen dan Pekin dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Petra Pekin pada 31 Ogos 2022.
Ketika menyambut kelahiran anak kedua, selebriti ini memanjat kesyukuran atas anugerah terindah berkenaan.
“Alhamdulillah. BismillahirRahmanirRahim. Baby adik is born on 4th June 2024.
Diberi nama Persia Pekin. Semoga yang baik-baik sahaja untuk anak kami.
Thank you semua yang text DM dan doakan kami. Much love from us.”
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.
Sejak berkahwin, Mona Allen rancak berniaga dan memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga dan anak-anak.
This website uses cookies.