Dari pentas ajang ratu cantik, wanita berparas jelita ini selesa mengembangkan kerjayanya sebagai entrepreneur. Dari sekadar hobi suka-suka mengayuh basikal, Crissty Chiang Liyean dan suami tekad mengusahakan Cyclists & Co, sebuah kedai basikal high-end yang baru dirasmikan di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.
Ruang pameran Cyclists & Co diberi sentuhan maskulin. Siling dan kerangka rak hitam diterangi lampu pemantul, menyerlahkan himpunan basikal mewah yang diterbangkan khas dari Itali.
Kata Crissty, selain basikal untuk pelbagai kegunaan, kedainya turut menawarkan servis membaiki basikal, komponen teknikal, aksesori dan pakaian untuk lelaki mahupun wanita.
Jika jelitawan lain asyik bercerita soal fesyen dan kecantikan, Crissty pula fasih menerangkan koleksi jenama basikal di kedainya. Cannondale, Colnago, Pinarello dan Sworks antara basikal berprestasi tinggi yang diterbangkan jauh dari Itali.
Kata Crissty sambil menerangkan satu-persatu model basikal di situ, kebanyakan model ini digilai oleh ramai pencinta sukan basikal, khususnya golongan atasan yang mementingkan mutu kayuhan.
Pengetahuan Crissty dalam bidang sukan berbasikal jelas menjadi kelebihan ratu cantik yang juga bekas juara Miss Selangor 2004 ini, selain pernah menjadi model catwalk dan komersial selama 12 tahun.
“Sebenarnya suami saya, Ken Lim, sangat aktif berbasikal pada waktu lapang. Malah dia juga pernah menyertai beberapa tournament dan mempunyai ramai kenalan dalam sukan ini. Dari situlah juga tercetusnya minat saya dalam bidang ini.
Selain bagus untuk kesihatan, hobi berbasikal juga membuka ruang bersosial sesama wanita dan membolehkan peminatnya berkumpul tanpa mengira kaum.
Ads
Menjelang musim PKP, saya mula mendalami bidang perniagaan basikal secara serius. Selepas meneliti permintaan, kami pilih Publika kerana lokasinya yang strategik dan mula membawa masuk jenama-jenama basikal serta aksesori terbaik dari luar negara untuk pasaran Malaysia.” Crissty Chiang
Ads
Berusia 30-an, wanita lulusan ijazah kesetiausahaan perniagaan ini mula memberi fokus terhadap operasi Cyclists & Co sejak dibuka pada Julai lepas.
“Sebelum ini saya menjalankan bisnes makanan fusion Jepun dari rumah iaitu Wasushi. Perniagaan berkonsepkan delivery ini dijalankan bersama adik dan adik ipar saya sewaktu PKP.
Saya juga pernah bertugas sebagai setiausaha di sebuah firma hiasan dalaman. Selepas berkahwin, tumpuan saya lebih kepada keluarga namun pada kebanyakan masa, saya senang membantu suami menguruskan bisnes seperti membuat kertas kerja.
Ads
Jadi ada kalanya saya di rumah dan ada kalanya saya hadiri mesyuarat atau majlis-majlis penting bersama suami.” Crissty Chiang
********************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
********************
Ditanya apakah persediaan untuk wanita yang baru mula berjinak-jinak dengan sukan ini, Crissty yang merupakan ibu kepada sepasang cahaya mata bingkas memberi penerangan.
“Mudah saja. Pertama sekali anda perlu mempunyai basikal. Di Cyclists & Co, kami menawarkan basikal bermula dari harga RM10,000 dan ke atas.
Kemudian anda juga memerlukan topi keledar serta peralatan keselamatan yang baik sebagai perlindungan di atas jalan raya.”
Siapa sebenarnya Crissty Chiang? Baca artikel lengkap mengenai wanita hebat ini dalam naskhah khas Nona Superwoman Award tidak lama lagi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Kita semua mungkin rasa penat tetapi virus itu tak pernah penat. Pada saat kita kurang berjaga-jaga, virus akan mula merebak dengan cepat”
Sebaris kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mewakili 250,000 petugas KKM itu masih terngiang-ngiang di telinga. Kekesalan beliau jelas terpancar apabila laporan kes COVID-19 di Sabah terus mencatatkan angka membimbangkan dari semasa ke semasa.
Perjuangan petugas barisan hadapan perubatan negara terus diuji. Dalam operasi menggempur musuh COVID-19 di Sabah, pihak Kementerian Kesihatan terus berusaha menggerakkan lebih ramai petugas dari Semenanjung untuk membendung penularan secara besar-besaran.
Dalam hantaran Facebook beliau sebentar tadi, beliau mendedahkan seramai 22 orang Penolong Pegawai Perubatan dari Semenanjung Malaysia telah dimobilisasi ke Hospital Tawau, Hospital Semporna, Hospital Lahad Datu dan Hospital Kunak, Sabah. Mereka merupakan Penolong Pegawai Perubatan dari pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia yang bertugas di Jabatan Kecemasan, Jabatan Anesthesia & Kesihatan Primer.
Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapanganPasukan Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan Juru X-ray (Diagnostik) KKM telah dimobilisasi ke negeri Sabah dengan menaiki pesawat ‘Charlie’ Tentera Udara DiRaja Malaysia (penerbangan logistik & komunikasi TUDM)Penolong Pegawai Perubatan dari Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Kuala Lumpur telah dimobilisasi ke Hospital Tawau, Sabah secara berperingkatJururawat dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah dimobilisasi ke Hospital Tawau, Sabah
Dengan peningkatan angka kes sejak kebelakangan ini, tidak hairanlah jika setiap kali menonton sidang media KKM, terbit rasa sebak dan sayu melihatkan riak wajah beliau. Kerisauan jelas terpancar di sebalik pelitup muka yang dipakai.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan perjuangan petugas barisan hadapan dalam menentang pandemik COVID-19 di Sabah kini mencapai tahap kritikal.
Beliau berkata beberapa strategi dan pendekatan akan diambil untuk memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan di negeri itu.
“Strategi kami berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangkiti serta memutuskan rantaian jangkitan seterusnya dengan memperketat sempadan negeri dan daerah,” katanya menerusi hantaran Twitter semalam.
Berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri itu, sebanyak 16 bangunan kerajaan di Sabah telah dijadikan wad hospital tambahan untuk menempatkan pesakit COVID-19.
Penilaian keperluan sumber manusia akan terus dilakukan secara berterusan bagi membantu mengawal situasi penularan jangkitan COVID-19 di negeri Sabah, di samping memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan di sana. Pada masa yang sama, kebajikan semua anggota kesihatan dan perubatan akan terus diutamakan bagi memastikan aset utama KKM ini dapat menjalankan tugasan dengan baik.
Terima kasih diucapkan kepada semua anggota kesihatan dan perubatan serta semua sukarelawan yang telah bersama-sama membantu memerangi COVID-19 di Malaysia setakat ini. Sama-sama kita membantu petugas barisan hadapan ini dengan sentiasa mematuhi SOP dan mengamalkan penjarakan sosial dengan sebaik-baiknya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun jarak usia 11 tahun, pasangan selebriti terkenal Zamarul Hisham dan Diana Rafar mampu mengekalkan kebahagiaan rumahtangga yang dibina sejak 2009.
Kredit Foto: Instagram Zamarul Hisham.
Terdahulu, Zamarul Hisham dan Diana Rafar pernah bercerai pada Februari 2015 namun rujuk semula pada Mei 2015. Mereka kembali hidup bahagia bersama anak-anak dan kekal hingga ke saat ini.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak. Manakala Zamarul memiliki dua anak hasil pekahwinan terdahulu.
Kredit Foto: Instagram Diana Rafar.
Dalam temu bual bersama Majalah Nona baru-baru ini, Diana Rafar telah berkongsi keistimewaan Zamarul Hisham dan rahsia kebahagiaan rumahtangga mereka selama 14 tahun.
s Kredit Foto: Instagram Zamarul Hisham.Kredit Foto: Instagram Diana Rafar.
“Zamarul Hisham seorang yang OCD (Obsessive-Compulsive Disorders). Dia juga seorang yang rajin, sentiasa buat kerja rumah.
“Maksudnya kalau dia buat kerja tak ada nak bising-bising, tak susahkan sesiapa.”
Kredit Foto: Instagram Diana Rafar.
“Istimewanya lagi dia pandai menghias, menggubah bunga, pasang langsir, melukis. Banyak keistimewaan seni yang ada padanya.
“Dia buat benda yang semua tentang minat dia,” kongsi Diana yang kini rancak mengusahakan bisnes miliknya.
Kredit Foto: Instagram Diana Rafar.Kredit Foto: Instagram Diana Rafar.
RAHSIA RUMAHTANGGA BAHAGIA
Lebih 10 tahun hidup bersama sebagai suami isteri, Diana akui banyak cabaran yang mereka hadapi. Salah satunya dugaan perceraian pada tahun 2015.
“Dalam rumahtangga ni kalau ada masalah kita kena banyak bertolak ansur. Tiada perkahwinan yang sentiasa kekal bahagia, tak diuji. Setiap rumahtangga tu diuji dengan macam-macam (dugaan).
Kredit Foto: Instagram Diana Rafar.
“Yang penting macam mana cara kita nak atasinya. Kita tak boleh terlalu nak anggap sesuatu perkara tu satu masalah besar.
“Setiap masalah yang datang tu kena take note, kita handle dalam dua tiga jam lepas tu kita tolak tepi agar tak berpanjangan. Jangan simpan dalam hati.”
Kredit Foto: Instagram Zamarul Hisham.Kredit Foto: Instagram Zamarul Hisham.
Menurut Diana, beza usia yang jauh bukanlah halangan untuk mereka hidup bahagia bersama.
“Beza usia kamai 11 tahun. Diana 41 tahun, suami 52 tahun. Diana bersyukur sebab suami lebih banyak pengalaman. Banyak boleh tunjuk ajar Diana sebab dia lebih makan garam.
“So Diana memang ikut saja apa yang terbaik. Dari situ tak ada masalah dari segi jarak usia kami yang jauh.”
Kredit Foto: Instagram Zamarul Hisham.
PERANCANGAN MASA DEPAN
Menurut adik kepada Linda Rafar ini, tiada apa lagi yang mereka cari sebenarnya dalam dalam kehidupan ini.
Kredit Foto: Instagram Diana Rafar.
“Nak glamor dah glamor, nak popular dulu dah pernah popular. Yang penting sekarang ni kita nak bahagia, cukup makan, tiada hutang, fokus future anak-anak.
“Maksudnya, menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan keluarga. Itu pun dah cukup bermakna dah untuk kami.
Kredit Foto: Instagram Diana Rafar.
“Dalam masa yang sama, bukanlah kata nak kaya raya tapi stabil. Itu yang kita nak, Insha-Allah Aamiin.”
Semoga Diana Rafar dan Zamarul Hisham kekal bahagia bersama ana-anak tersayang.
Rindu kepada orang yang ‘dah tiada’ memang sakit yang sukar dibendung. Sakit menanggung rindu kepada yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Rasa kehilangan itu hanya dirasai oleh mereka yang pernah melaluinya.
Telah dua tahun berlalu tetapi Nora Ariffin tetap merasai ‘kehilangan’ suaminya yang tercinta, komposer terkenal Johan Ariffin. Kini pemilik nama sebenar Wan Norafizah Ariffin ini meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun kadang-kadang rasa rindu itu datang menyapa.
Nora turut merasakan ‘sakit’ apabila mendengar berita orang disekelilingnya yang baru menghadapi situasi yang pernah dilalui oleh ibu kepada empat orang cahaya mata ini. Rasa itu telah dikongsikan oleh wanita yang berusia 46 tahun ini di laman media sosialnya.
Kongsi Nora,” Kebelakangan ini, ramai yang kehilangan suami tercinta. Takziah saya ucapkan. Rasa simpati dan sedih dapat saya rasakan. Kita sayang suami kita tapi, Allah SWT lebih sayang dia lagi.
Tiada siapa yang minta musibah sebegini. Kita jaga suami kita sebaik mungkin tapi Allah SWT ambik balik. Di saat kita belum bersedia.
Bolehkah kita berunding dengan Allah SWT minta ditangguhkan? Bolehkah kita menghalang kehendak Allah SWT? Bolehkah kita menyalahkan orang lain? Tidak sama sekali. Kerana itu yang namanya QADA & QADAR, ketentuan Allah SWT.
Kita tidak boleh memilih suka dan bahagia selamanya. Kerana dunia ini sementara dan penuh dengan ujian. Kerana suka dan duka itu adalah RAHMAT ALLAH SWT.
Jangan kita seronok dengan nikmat saja. Bila ditimpa ujian, kita tak boleh terima. Lebih parah bila kita mula menyalahkan orang lain, nauzubillah..
Mustahil ada orang yang mahukan derita. Tapi itu namanya REDA. Memang susah nak terima. Tapi itulah UJIAN. Ujian dari Allah SWT untuk meningkatkan iman kita. Belum tentu beriman seseorang itu selagi mereka belum diuji.
Kepada mereka yang senasib dengan saya, bertabahlah dan sabar. Pedulikan kata-kata manusia, buat apa yg diredai Allah SWT. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian.
Kepada yang masih punya segalanya, bersyukur lah. Jangan sesekali memandang rendah, melempar fitnah, menghina orang lain kerana kita pun bukan sempurna. Kita belum tahu nasib kita bagaimana.
Berdoalah yang baik-baik. Husnudzan pada Allah SWT. Apa yang kita miliki semuanya adalah sementara. Wallahuallam,” kata Nora yang kini lebih suka menyibukkan diri dengan pelbagai urusan termasuk menguruskan perniagaan yang ditinggalkan suaminya.
Sekali lagi Nora telah berpesan kepada pengikutnya, “Biarlah apa mereka kata, bawalah diri, ubatilah hati dengan berserah kepada Allah SWT yang Lebih Mengetahui,” katanya.
Nora turut menyelitkan Firman Allah SWT yang berbunyi, “Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu. Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik,”. Surah 73, Al-Muzzammil, Ayat 9-10.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.