Pentas Ratu Cantik banyak melahirkan wanita yang sukses dalam apa juga bidang yang diceburi. Ini tidak mustahil kerana bukan mudah untuk menempah tiket dalam pertandingan ini. Malah peserta perlu melalui pelbagai ujian saringan sehingga layak berada di pentas akhir.
Bukan sahaja cantik paras rupa, intelektual sang ratu juga turut diambil kira. Pertandingan berprestij ini merupakan platform buat ramai wanita untuk menyerlah dan memaparkan diri mereka yang sebenar.
Antara negara yang sering melahirkan ratu cantik yang jelita, bijak dan berkualiti antaranya ialah India. Ada sesetengah daripada mereka menjadi cukup berjaya dan terkenal selepas memenangi pertandingan tersebut.
Adakah anda tahu siapa ratu cantik yang dimaksudkan itu? Jom Kenali 5 ratu cantik India yang paling menyerlah hingga ke hari ini?
JUHI CHAWLA
Terkenal dengan lirikan senyuman manis, Juhi antara nama yang paling dikenali pada era kegemilangannya di samping Kajol, Madhuri Dixit, Karisma Kapoor dan ramai lagi. Bintang yang dilahirkan pada 13 November 1967 ini juga dahulunya merupakan pemenang Miss India tahun 1984. Siapa yang boleh lupakan aksinya dalam beberapa buah filem bloksbuster seperti Mr and Mrs Khiladi kan?
AISHWARYA RAI
Dikenali sebagai antara figura paling berpengaruh di India, bekas ratu cantik dunia 1994 ini terus unggul di pentas perfileman Bollywood apabila satu demi satu filem lakonannya mencapai kutipan box-office
, sekali gus menjadikannya sebagai aktres wanita termahal pada ketika itu. Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni setakat ini, Aishwarya sudah pun memenangi beberapa anugerah Padma Shri yang dianugerahkan buatnya dari kerajaan India.SUSHMITA SEN
Selain Aishwarya, tahun 1994 mencipta kegemilangan tersendiri dalam bidang ratu cantik di India apabila seorang lagi wakil mereka, Sushmita Sen turut dinobatkan sebagai Miss Universe. Berjaya mengalahkan puluhan ratu lain, Sushmita seterusnya mengorak langkah sebagai pelakon usai memenangi anugerah tersebut. Beberapa tahun lalu, beliau turut dijemput oleh organisasi ratu sebagai juri Miss Universe 2016.
PRIYANKA CHOPRA JONAS
Bekas pemenang Miss World 2000 ini juga menjadi aktres paling popular sehingga kini. Pernah direkodkan sebagai antara 100 individu paling berpengaruh, Priyanka kini turut mencipta nama di Hollywood. Beliau telah menjadi isteri kepada penyanyi popular Nick Jonas.
LARA DUTTA
Lara Dutta Bhupathi dilahirkan pada 16 April 1978 merupakan pemenang Miss Intercontinental 1997 dan Miss Universe 2000. Selain menjadi pelakon, Lara juga aktif sebagai model dan jurucakap.
This website uses cookies.