Klinik Dr. Ana dan Dr. Ana Wellness & Spa mengumumkan pembukaan cawangan kesebelas mereka di Nilai, Negeri Sembilan. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan jenama ini untuk memberikan perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan berkualiti tinggi kepada masyarakat Malaysia.

Dari Rakan Sekerja Kini ‘Business Partner’, KLINIK DR ANA Buka Cawangan Baru Bukti Kegigihan Dua Sahabat Baik!

Ads

Menurut Dr. Fatin Amira, pengasas Klinik Dr. Ana, Nilai dipilih sebagai lokasi terbaru kerana potensinya yang besar. “Nilai merupakan kawasan yang pesat membangun dengan komuniti yang dinamik. Ia juga berada di lokasi strategik berhampiran KLIA dan Putrajaya, menjadikannya destinasi yang ideal untuk memperluaskan jenama kami. Dengan hab membeli-belah terkenal seperti Nilai 3 dan AEON Mall, kuasa beli di kawasan ini cukup tinggi, memberi peluang kepada kami untuk menyediakan perkhidmatan yang relevan dengan keperluan pelanggan,” jelas beliau.

Dari Rakan Sekerja Kini ‘Business Partner’, KLINIK DR ANA Buka Cawangan Baru Bukti Kegigihan Dua Sahabat Baik!

Pembukaan ini juga bertujuan untuk memenuhi keperluan komuniti tempatan yang semakin meningkat terhadap akses kepada penjagaan kesihatan moden dan inovatif. Klinik Dr Ana terus komited untuk memastikan setiap cawangan mereka menawarkan perkhidmatan berkualiti yang mengutamakan keselesaan dan kepercayaan pelanggan.

Cawangan Nilai dengan Identiti Tersendiri & Pendekatan Menyeluruh

Cawangan Nilai bukan sekadar klinik biasa, malah ia direka sebagai Signature Branch dengan reka bentuk dalaman yang moden, mewah, dan selesa. “Konsep yang kami bawa di Nilai adalah gabungan rawatan perubatan dan kesejahteraan dengan pendekatan yang lebih holistik. Selain rawatan perubatan standard, kami memperkenalkan perkhidmatan khas seperti terapi relaksasi yang direka untuk memenuhi keperluan komuniti setempat,” kata Dr. Fatin.

Ditanya bagaimana mendapat nama Dr Ana untuk klinik ini, kedua-dua orang sahabat baik ini yang juga merupakan rakan sekerja membuat keputusan bersama-sama untuk membuka rangkaian klinik sendiri. “ANA merupakan gabungan nama saya, Fatin Amira dan Dr Sharifah Najwa,” ulas Dr Fatin lagi.

Dari Rakan Sekerja Kini ‘Business Partner’, KLINIK DR ANA Buka Cawangan Baru Bukti Kegigihan Dua Sahabat Baik!

Mengakui sudah lama saling mengenali, Dr Sharifah Najwa turut mendedahkan saling mempercayai, amanah dan semangat setiakawan membuatkan dirinya cukup selesa bersahabat baik dengan Dr Fatin sekaligus yakin dengan kerjasama ini dapat memberikan perkhidmatan terbaik dari segi kualiti dan pengurusan kepada semua pelanggan.

Ads

Dari Rakan Sekerja Kini ‘Business Partner’, KLINIK DR ANA Buka Cawangan Baru Bukti Kegigihan Dua Sahabat Baik!

Visi Masa Depan Klinik Dr. Ana

Melangkah ke hadapan, Klinik Dr. Ana mempunyai visi besar untuk menjadi peneraju dalam industri kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia. Menurut Dr. Fatin, mereka merancang untuk memperluaskan lagi rangkaian perkhidmatan ke kawasan strategik lain seperti Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

“Kami juga bercadang untuk memperkenalkan klinik pergigian dan farmasi di bawah jenama Dr. Ana. Selain itu, sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan jangka panjang, kami merancang untuk membawa jenama ini ke peringkat yang lebih tinggi melalui penyenaraian awam (IPO),” katanya.

Ads

Komitmen Terhadap Kualiti Perkhidmatan

Untuk memastikan perkhidmatan yang konsisten di setiap cawangan, Klinik Dr. Ana menekankan latihan berkala kepada kakitangan mereka. Mereka juga mengutamakan maklum balas pelanggan sebagai asas untuk penambahbaikan.

Dari Rakan Sekerja Kini ‘Business Partner’, KLINIK DR ANA Buka Cawangan Baru Bukti Kegigihan Dua Sahabat Baik! Dari Rakan Sekerja Kini ‘Business Partner’, KLINIK DR ANA Buka Cawangan Baru Bukti Kegigihan Dua Sahabat Baik!

“Kami mempunyai Service Recovery Unit yang khusus menangani sebarang aduan dengan segera dan efisien. Pendekatan ini membolehkan kami mengekalkan kualiti perkhidmatan yang tinggi di semua cawangan,” tambah Dr. Sharifah.

Dengan pasukan yang berdedikasi dan sokongan komuniti, Klinik Dr. Ana yakin akan terus menjadi jenama yang sinonim dengan kualiti, inovasi dan kesihatan yang menyeluruh.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI