Dari Sekadar Suka-Suka, Kini THANIA Bergelar Usahawan Kosmetik Berjaya!

Thania Mohd Mustapa atau Thania memiliki semangat juang yang tinggi biar pun bisnesnya, Naturalab Beauty baru menjangkau dua tahun. Thania mengharapkan agar dapat membantu lebih ramai wanita di luar sana untuk menjana pendapatan demi meningkatkan taraf hidup.

“Beberapa tahun dalam industri automobil, namun setelah bertemu dengan seorang rakan telah membawa saya ke bisnes kecantikan. Rakan saya inilah yang banyak mengajar selok belok bisnes. Pada mulanya saya buat bisnes suplemen ini sekadar suka-suka.

Namun setelah beberapa bulan saya mula menyertai kelas-kelas bisnes termasuk kursus jangka pendek. Setelah yakin dengan kemampuan diri barulah saya betul-betul serius dalam bisnes ini. Tidak sangka akhirnya kini ia menjadi kerjaya utama saya.

Salah satu cabaran, untuk meyakinkan pelanggan tentang keberkesanan produk. Saya jadikan diri sendiri sebagai testimoni agar dapat berkongsi secara jujur tentang hasilnya. Niat saya untuk membantu wanita yang memerlukan produk ini. Secara tidak langsung dapat menjana pendapatan mereka,” bicara wanita berusia 39 tahun ini.

KAGUM

“Tidak dinafikan bahawa wanita pada hari ini mampu untuk pergi lebih jauh dalam karier mereka antaranya bisnes. Wanita hari ini lebih berdikari. Saya sendiri mengagumi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tidak perlu kita pertikaikan lagi akan kesungguhan, kekuatan dan pengorbanannya sebagai seorang isteri dan ibu. Beliaulah contoh superwoman sejati. Kejayaan tidak diukur dari segi wang ringgit sebaliknya apa yang dicapai.

Salah satu superpower bagi seorang superwoman ialah kekuatan dalaman. Seorang wanita itu perlu tahu apa yang ada dalam dirinya untuk berjaya. Berusaha gigih dan tahu apa yang ingin dicapai barulah dia layak membawa gelaran superwoman

.

Seorang wanita perlu mencari kebolehan atau minat yang ada dalam diri mereka. Sikap malu tidak akan membawa kita ke mana-mana kerana akan terus berada di zon selesa,” kongsi ibu kepada dua cahaya mata ini.Bagi Thania wanita yang hidupnya penuh dengan dugaan layak digelar superwoman kerana memiliki kekuatan luar biasa.

Share
Published by
Amy Mohd