Siapa sangka, seorang atlet wanita yang aktif bersukan dan berjiwa lasak ini mampu menawan hati putera diraja Denmark. Princess Mary atau nama sebenarnya Mary Elizabeth Donaldson bukan sebarangan wanita. Selain meminati sukan lasak, puteri diraja Denmark ini juga dikurniakan rupa paras yang cantik, berpendidikan tinggi dan mempunyai cita rasa yang hebat dalam dunia fesyen. Pendek kata, memang pakej lengkap lah jadi puteri diraja!

Ads

Pesona Princess Mary tidak hanya terletak pada wajah cantik semata-mata. Bahkan ibu berusia 47 tahun ini disenangi kerana sikap penyayang beliau terhadap rakyat. Patutlah 75 peratus masyarakat di Denmark bersetuju dan percaya Princess Mary mampu menjadi permaisuri yang baik suatu hari nanti berdasarkan undian yang dibuat media tempatan di sana.

Bercerita tentang kehidupannya yang berubah seperti kisah dongeng Cinderella, Princess Mary menjelaskan, “Saya masih teringat lagi memori manis sewaktu menyaksikan perkahwinan Lady Diana di TV pada tahun 1981. Bagaimana pun saya tak pernah sangka akan menjadi puteri diraja sama sepertinya. Yang saya impikan ialah untuk menjadi seorang veterinar.”

Dari Seorang Gadis Lasak, PRINCESS MARY Kini Puteri Diraja Denmark Yang Cantik, Bijak & Bergaya! Dari Seorang Gadis Lasak, PRINCESS MARY Kini Puteri Diraja Denmark Yang Cantik, Bijak & Bergaya! Dari Seorang Gadis Lasak, PRINCESS MARY Kini Puteri Diraja Denmark Yang Cantik, Bijak & Bergaya!

Dari Seorang Gadis Lasak, PRINCESS MARY Kini Puteri Diraja Denmark Yang Cantik, Bijak & Bergaya!

Princess Mary dilahirkan pada 5 Februari 1972 di Tasmania, Australia. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Bapanya, John Donaldson ialah profesor Matematik berketurunan Scotland sementara ibunya pula, Henrietta Clark Donaldson berkhidmat sebagai setiausaha di sebuah universiti. Kedua-dua ibu bapa Princess Mary berhijrah dari Edinburgh ke Australia pada awal tahun 60an dan mendapat kerakyatan Australia pada tahun 1975.

Disebabkan aksi lincah dan bakatnya dalam sukan, Princess Mary pernah dilantik sebagai kapten pasukan hoki dan renang di samping menyertai pelbagai lagi aktiviti lain ketika menuntut di Taroona High School. Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Hobart Matriculation College dan di sana, Princess Mary masih terlibat aktif dalam sukan terutamanya bola keranjang.

Dari Seorang Gadis Lasak, PRINCESS MARY Kini Puteri Diraja Denmark Yang Cantik, Bijak & Bergaya! Dari Seorang Gadis Lasak, PRINCESS MARY Kini Puteri Diraja Denmark Yang Cantik, Bijak & Bergaya! Dari Seorang Gadis Lasak, PRINCESS MARY Kini Puteri Diraja Denmark Yang Cantik, Bijak & Bergaya! Dari Seorang Gadis Lasak, PRINCESS MARY Kini Puteri Diraja Denmark Yang Cantik, Bijak & Bergaya!Bijak membahagikan masa di antara sukan dan akademik, jelitawan ini seterusnya berjaya memiliki segulung ijazah perdagangan dan undang-undang pada tahun 1994 dari University of Tasmania. Usai menamatkan pengajian, Princess Mary berpindah ke Melbourne untuk menceburi kerjaya profesional dan terpilih bertugas di sebuah agensi pengiklanan antarabangsa.

Ads

Dari situlah Princess Mary belajar tentang perhubungan awam dan mengasah kemahiran komunikasi setiap kali bertemu klien. Jawatan terakhirnya sebelum bergelar puteri diraja adalah sebagai perunding projek bagi Microsoft Business Solutions di Denmark. Fasa hidup Princess Mary berubah sepenuhnya sejak mengenali Prince Frederik di sebuah hotel di Sydney pada Oktober 2000. Pada awal pertemuan itu, jejaka tampan tersebut hanya memperkenalkan dirinya sebagai ‘Fred’.

Dari Seorang Gadis Lasak, PRINCESS MARY Kini Puteri Diraja Denmark Yang Cantik, Bijak & Bergaya! Dari Seorang Gadis Lasak, PRINCESS MARY Kini Puteri Diraja Denmark Yang Cantik, Bijak & Bergaya! Dari Seorang Gadis Lasak, PRINCESS MARY Kini Puteri Diraja Denmark Yang Cantik, Bijak & Bergaya!

Meskipun datang dengan teman masing-masing, namun kerana chemistry yang ada di antara kedua-duanya… Princess Mary dan Prince Frederik dilihat cukup selesa dan rancak berbual bersama-sama. “Pertama kali berjumpa kami sempat bersalaman. Saya tak tahu sama sekali yang beliau adalah putera diraja Denmark. Hanya selepas 30 minit berkenalan, seseorang datang kepada saya dan bertanya sama ada saya kenal siapa sebenarnya jejaka tersebut.”

Ads

Tanggal 14 Mei 2004, Mary Elizabeth Donaldson akhirnya bergelar puteri diraja Denmark secara rasmi selepas melangsungkan perkahwinan bersama Prince Frederik dalam upacara penuh gilang-gemilang. Menariknya, veil yang dipakai Princess Mary pernah digayakan oleh Crown Princess Margret of Sweden pada tahun 1905 hasil rekaan pereka Denmark, Uffe Frank. Kini, Princess Mary dan Prince Frederik dikurniakan empat cahaya mata yang terdiri daripada sepasang kembar.

 

Sumber: Hello! Magazine

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI