Daripada Perniagaan Tudung Ke Dunia Makanan. Noor Inora Bertindak Pantas Sebelum Jatuh Menerusi Flavours by SBU

Sebut sahaja nama Sincerely by Us pasti semua pencinta fesyen berhijab kenal akan jenama tudung terkenal ni. Menampilkan rekaan tudung yang mampu milik dengan pelbagai rekaan menarik ia menjadi pilihan ramai wanita sejak kemunculan dengan butik fizikal pada tahun 2013.

Selain menjual tudung Sincerely by Us juga merupakan antara butik terawal yang mengadakan konsep ‘vendor’ yang menampilkan banyak jenama fesyen di bawah satu bumbung.

Namun begitu sejak tahun 2016 butik jenama ini telah menutup sistem vendor dan mula melangkah ke hadapan dengan perniagaan dalam cabang berbeza iaitu dunia makanan. Butik yang terletak di Seksyen 16, Shah Alam diubah menjadi sebuah restoran yang dikenali dengan nama Flavours by SBU.

Biarpun telah beralih kepada bisnes makanan namun jenama fesyen Sincerely by Us masih beroperasi aktif secara atas talian dan juga terdapat hamparan pilihan item fesyen yang diletakkan di sudut khas restoran bagi pelanggan yang mahu membeli secara konvensional.

Tingkat Bawah Menampilkan Gabungan Ruang Makan Dan Rak-Rak Item Fesyen
Tingkat 1 Restoran Menampilkan Ruang Untuk ‘Live Band’ Mengadakan Persembahan Setiap Malam Jumaat & Sabtu

“Tidak dapat saya nafikan dunia fesyen kini semakin perlahan serta terlalu banyak persaingan. Kini tiba masanya saya berubah dengan pantas agar tidak jatuh. Namun ini tidak bermakna jenama fesyen saya terkubur, Sincerely by Us masih lagi ada dan kami masih mengeluarkan koleksi baru secara berkala untuk peminat jenama ini.

Cuma bagi saya peluang perniagaan perlu terus diteroka dan saya dapat rasakan bahawa dunia makanan adalah satu industri yang mana permintaannya akan datang secara berterusan,” ujarnya apabila ditanya tentang peralihan dari dunia fesyen kepada dunia makanan.

Noor Inora Menjawab Soalan Daripada Wartawan Yang Hadir Ketika Majlis Bersama Media

September tahun lalu menjadi titik tolak kepada Noor Inora yang bertekad untuk serius dalam membuka sebuah restoran. Dalam masa yang singkat lebih kurang sebulan, dia dan juga pasukannya hadir dengan konsep dan juga resipi yang sesuai. Mahu menjadikan restoran ini mesra pelanggan, setiap resipi yang dihasilkan cukup dekat di hati dan konsep rekaan dalaman restoran yang cukup selesa membuatkan mereka yang hadir seperti berasa di rumah sendiri.

Kepingan Daging Kambing Yang Dipanggang Lembut

Antara resipi yang ditawarkan di restorn ini seperti Spaghetti Lamb Explosion, Bolognese With Meatballs, Chargrilled Chicken Pasta, Salted Egg Chicken Pasta, Masak Lemak Cili Api Daging Salai dan banyak lagi. Apa yang boleh penulis katakan, masakan yang disediakan cukup menepati selera dan lazat.

 

 

 

 

 

Share
Published by
Fiezreen