Siapa yang tidak mengenali pelakon Datin Almy Nadia, yang juga merupakan isteri kepada pelakon dan dramatis popular Datuk Fizz Fairuz. Terdahulu, Almy pernah mengenang semula detik-detik manis dimana dia meneima hidayah sekaligus  berkongsi tentang perjalanan hijrahannya yang nekad berhijab pada Jun 2022 yang lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Almy nekad berhijab selepas dia mula mamakai selendang dan pakaian longgar.

Ads

Almy Nadia Akui Hijah Perlu Dilakukan Secara Perlahan

Datin Almy Nadia Nasihatkan Wanita, Tak Perlu Terburu Jika Mahu Berubah Jadi Lebih Baik, Lakukan Dengan..

“Perubahan Tak Perlu Drastik, Perlu Dilakukan Secara Perlahan-Lahan, One Step At A Time..

“Saya mula berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian. Selain memakai baju yang longgar, saya juga mula memakai selendang untuk menutup rambut ketika di luar rumah.

“Saya juga mula berhijab sepenuhnya ketika mengambil anak di sekolah yang berhampiran Masjid Wilayah dan seterusnya ketika terbabit dalam program Majalah Keluarga di Legoland pada tahun 2022 yang lalu,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Suami Tak Pernah Paksa Atau Halang Hasrat Menutup Aurat

Datin Almy Nadia Nasihatkan Wanita, Tak Perlu Terburu Jika Mahu Berubah Jadi Lebih Baik, Lakukan Dengan.. Datin Almy Nadia Nasihatkan Wanita, Tak Perlu Terburu Jika Mahu Berubah Jadi Lebih Baik, Lakukan Dengan..

Tambah Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah, suaminya juga tidak pernah menghalang hasratnya itu malah tidak memaksa untuk mengenakan hijab.

“Suami ada  bertanya adakah saya benar-benar sudah bersedia berhijab dan dia juga meminta saya betulkan niat berhijrah kerana Allah dan bukan paksaan darinya atau ahli keluarga.

“Ahli keluarga saya dan mentua semuanya berhijab dan mereka juga sangat menyokong penghijrahan ini. Malah saya berhijab adalah kerana Allah.

Ads

“Lagipun saya sudah puas bergaya dengan pelbagai fesyen baju dan rambut ketika zaman anak dara dan bentuk badan langsing dulu dan kini sampai masanya untuk saya berhijrah menjadi isteri, ibu dan hamba Allah yang lebih baik,” jelasnya.

Datin Almy Nadia Nasihatkan Wanita, Tak Perlu Terburu Jika Mahu Berubah Jadi Lebih Baik, Lakukan Dengan..

Untuk rekap, Almy mendirikan rumah tangga dengan dengan Fizz pada 26 April 2014.

Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun itu, rumahtangga pasangan merpati dua sejoli ini diserikan dengan kehadiran lima cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Ariana, Nur Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra, Nur Afrina Aishah, dan seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah.

Ads

Terdahulu, Datuk Fizz Fairuz berkongsi khabar gembira menerusi laman Instagram, apabila Datin Almy Nadia selamat melahirkan bayi perempuan yang juga merupakan anak kelima pasangan ini pada pagi Rabu bersamaan 18 September 2024.

NONA mendoakan semoga Almy Nadia kekal istiqamah hendaknya.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang DI SINI!

Sumber: Harian Metro & Sumber Foto: Instagram Almy Nadia

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI