Gaya Hidup

Datin Alyah Kongsi Rahsia Kulitnya MAKIN CANTIK? Wow Ingatkan Mahal, Rupanya Murah Jer!

Langkah Datin Alyah meniti puncak saat album solo yang berjudul ‘Alyah’ telah berjaya mencuri hati pendengar sekali gus menjulang nama Datin Alyah sebagai salah seorang penyanyi wanita popular.

“Alhamdulillah, segala usaha keras saya selama ini akhirnya mendapat perhatian peminat muzik tempatan. Saya tidak akan berhenti berusaha menjadi yang terbaik buat semua peminat yang sentiasa menyokong di belakang,” ungkap Datin Alyah atau mahu disapa sebagai Alyah sahaja.

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Bagaimana agaknya rutin kecantikan Alyah kala keluar bercuti? Tercetus tawanya saat soalan itu diajukan kepadanya. “Saya memang terkenal di kalangan rakan-rakan kalau keluar bercuti ibarat membawa sebiji rumah bersama. Semua barang kalau boleh saya hendak bawa.

Saya bukan apa, tidak semua tempat yang kita kunjungi mempunyai barang keperluan harian. Jadi, saya tidak mahu susah payah kalau nak guna sesuatu barang tersebut sukar untuk mendapatkannya. Dalam bahasa mudah, bawa semuanya.

Namun, item cantik yang wajib di bawa ke mana-mana sahaja sudah tentu produk penjagaan kulit saya iaitu pencuci wajah dan sun block. Saya sudah menjumpai pencuci wajah yang sesuai dengan kulit dengan fungsi anti parut dan anti jerawat dan tidak akan mencuba produk lain. Kalau bercuti ke negara yang mempunyai empat musim, lebih-lebih lagi kalau musim sejuk saya pasti akan membawa pelembap yang terbaik.

Kalau dahulu saya tidak boleh keluar rumah tanpa bersolek. Kala bercuti pun saya akan pastikan sentiasa lengkap bersolek sempurna sebelum keluar bersiar-siar atau membeli-belah. Kini, apabila saya sudah semakin bijak menangani masalah kulit saya tidak perlu bersolek tebal lagi. Cukup dengan solekan nipis saya sudah boleh keluar rumah atau bersiar-siar,” ujar Alyah tentang perubahan kulitnya.

Tidak lokek berkongsi rahsia kecantikan dan kesihatan kulitnya, menurut Alyah, beliau belajar cara minum air kosong yang betul dan konsisten. Tambahnya lagi, dahulu tidak suka minum air kosong dan jarang sekali minum air kosong. “Dulu saya memang susah sangat nak minum air kosong. Saya sering masuk hospital kerana masalah dehidrasi atau kehilangan air dalam tubuh.

Atas nasihat pakar saya terpaksa belajar minum air kosong. Setelah mengamalkan minum air kosong dengan betul dan teratur saya mula nampak perubahan dalam diri. Kulit muka saya sudah semakin anjal dan lebih bermaya berbanding dahulu. Malah saya semakin bertenaga dan bergerak lebih aktif setelah mengamalkan minum air kosong.

Selain itu, saya juga mengambil suplemen seperti vitamin C untuk mengekalkan kecantikan kulit dan memperkuatkan sistem imun tubuh. Dahulu bukan saya tidak mengamalkan makan suplemen ini tetapi sering terlupa atau tidak sempat untuk makan suplemen. Kini saya lebih disiplin makan suplemen yang terbaik demi kesihatan dan kecantikan dalaman.

Daripada segi makanan pula saya tidak mempunyai sebarang pantang Cuma saya tidak minum ais. Ais ini bukan sahaja tidak baik untuk tekak terutama melibatkan penyanyi tetapi ia tidak baik untuk tubuh kerana boleh membuatkan tubuh sejuk di luar tetapi panas di dalam,” terang Alyah yang kini kelihatan semakin cerah.

Share
Published by
Hamizatul Maizan