Seperti biasa sebagai anak desa apabila tiba hari raya pasti akan pulang ke kampung untuk bertemu dengan mak dan ayah. Oleh itu, ramai anak kota yang akan berpusu-pusu di atas lebuh raya menuju ke destinasi masing-masing. Sudat menjadi adat bersesak-sesak di atas lebuh raya kerana jumlah kereta lebih banyak daripada hari-hari biasa.
Namun, pada tahun ini situasi untuk pulang semula ke bandar menjadi sesak luar biasa. Mungkin kerana cuti raya yang pendek bagi anak-anak yang bersekolah.
Datin Azrene Ahmad bersama suaminya, Dato’ Fazley Yaakob tahun ini turut terpalit dengan kesesakan di lebuh raya kerana bercuti di Pulau Pinang. Lebih parah apabila Datin Azrene terpaksa menahan ‘hajat’ selama 3 jam untuk berkunjung ke R&R tetapi hampa apabila ditutup akibat terlalu sesak.
Kongsi Dato’ Fazley di laman media sosialnya, “First time saya dan isteri drive kereta asing-asing bila travel, risau juga bila isteri tersayang drive kereta lain. Kejap-kejap check dekat cermin, nak pastikan dia ada di belakang saya.
Nasib baik dia cekap bawak kereta, pandai dia cilok sini sana supaya tak berjauhan dari saya! “You’re a superb driver Adik Sayang!” Cuma siksanya tahu tak kenapa?
Kitaorang drive sampai 13 jam dari Penang ke KL, biasanya 3 jam je! Tapi biasalah tu kan, travel time raya. Cuma stres sebab lain.
Ya Allah, stres sebab R&R yang ditutup, kesian semua orang yang terpaksa buang air tepi jalan, termasuk dalam semak samun! Termasuklah Adik sayang saya! Saya jadi #fastandfurious kejap, berhenti tepi jalan, ambik towel untuk cover dia, lepas tu dia terus ‘legakan diri’ dalam semak samun.
Rupa-rupanya bukan kitaorang je, ramai lagi terpaksa ‘legakan diri’ tepi jalan atas jalan tar dan tepi jalan macam kitaorang. Kenapa tutup R&R time
yang tak strategik PLUS Malaysia kesian kami semua pengguna highway. Ramai pulak tanya, hajat besar ke hajat kecil, hajat kecil je nasib baik,” kongsi Dato’ Fazley.Datin Azrene turut menjawab dalam ruangan komen, “OMG Abang! Seksa tau duduk dalam kereta tahan 3 jam only to find the R&R tutup and the next R&R was 53km away. Thank you for finding a way to stop so I could go to the loo the old fashioned way. I must say though, driving convoy with you was awesome. Where to next?,” katanya.
Syukur kerana semuanya selamat dan pihak PLUS Malaysia turut memberi maklum balas terhadap tulisan Dato’ Fazley. “Assallamualaikum YDH Dato’ Fazley. Pihak kami amat bersimpati dengan situasi yang telah dihadapi oleh Dato’ dan Datin sekeluarga dan juga pengguna-pengguna lebuh raya yang lain pada hari tersebut.
Mohon pihak Dato’ berikan butiran waktu dan lokasi R&R terlibat untuk pihak kami membuat semakan dan seterusnya memberi jawapan rasmi berkaitan isu yang dibangkitkan. Terima kasih,”.
Rupa-rupanya R&R yang dimaksudkan oleh Dato’ Fazley adalah di Sungai Perak seperti maklum balasnya terhadap PLUS “Terima kasih di atas keperihatinan pihak tuan untuk semua pengguna-pengguna lebuh raya yang terlibat kelmarin! R&R yang dimaksudkan ialah Sungai Perak, laluan masuk di tutup oleh anggota beruniform sambil mengarahkan pemandu untuk jalan terus.
Selepas itu kebanyakkan pemandu berhenti di bahu jalan berhampiran tol untuk meyeberang ke laluan yang jauh lebih bahaya. Tiada cara untuk masuk ke jejambat dari tengah kerana ianya berjaring (saya pasti ianya untuk keselamatan bersama),” kongsinya.
This website uses cookies.