DATIN HAJAH ANNE NGASRI Terima Darjah Kebesaran, Penampilan Anggunnya Di Istana Negara Raih Perhatian

Masha-Allah, berseri-serinya Datin Hajah Anne Ngasri yang baru sahaja pulang dari tanah suci mengerjakan ibadah haji baru-baru ini.

Nampak semakin ‘remaja’ pula, bukan macam ibu anak enam. Cantik sangat!

Dalam posting terbaharu, Datin Anne berkongsi berita gembira di Instagramnya di mana beliau telah dikurniakan Darjah Kesatria Mangku Negara (K.M.N) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara pada 20 Julai 2023 lalu.

Alhamdulillah, berkat tahun baharu juga, rezeki Datin Anne terutama perjuangannya di lapangan politik.

Tulis Datin Anne ringkas: –

“2 Muharam 1445 Hijrah/20.7.23 Syukur dengan izin & limpah kurniaNya.

“Semoga ALLAH SWT merahmati pemerintahan KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Tuanku yang memayungi seluruh rakyat.

“Patik menjunjung kasih & kurnia serta terus bekerja keras menabur bakti demi agama, bangsa dan negara yang tercinta.”

Rata-rata para peminat dan pengikut termasuk rakan-rakan selebriti menzahirkan ucapan tahniah serta syukur atas pencapaian isteri kepada Datuk Mohd Sumali Reduan ini.

Mereka turut memuji kecantikan dan wajah ‘awet muda’ Datin Anne biarpun kini usianya sudah mencecah 39 tahun.

Sementara itu, Darling Ngasri yang merupakan kakak kepada Datin Anne turut menemani Datin Anne ke majlis tersebut. Darling juga menitipkan ucapan tahniah buat adik kesayangannya itu di Instagram.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada adindaku Datin Hajah @annengasri_official atas pengurniaan Darjah Kesatria Mangku Negara (K.M.N) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara pada 20 Julai 2023 hari ini.

“Teruslah menabur bakti demi agama, bangsa dan negara kerana sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat.”

Darling atau nama sebenarnya, Nasreen Ngasri yang ini berusia 40 tahun merupakan merupakan seorang pelakon serta penerbit. Darling merupakan ibu kepada seorang anak lelaki, Nur Nashrullah berusia 12.

Rata-rata netizen berasa kagum dengan pasangan adik-beradik ini yang tidak dimamah usia. Memang awet muda, ibarat tak tua-tua.

Dua lagi adik beradik mereka ialah Naszeli (Boy) dan Nasrizal(Bell).

Menariknya lagi, walaupun nampak macam ‘remaja’ tetapi masing-masing sebenarnya sudah pun bergelar nenek kerana anak sulung kepada abang mereka, Boy sudah pun memiliki anak.

IKLAN
Share