Kali pertama Datin Lisa Surihani menunaikan ibadah umrah adalah pada tahun 2019 bersama suami, Datuk Yusy Abdul Halim dan anak-anak mereka Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.
Istimewanya, ketika kunjungan Datin Lisa sekeluarga ke tanah suci waktu itu adalah pada 2 Syawal. Sekaligus berpeluang meraikan Aidilfitri di sana sambil melawat makam Rasulullah serta perkuburan Baqi.
Ads
Sesungguhnya, peluang menjejaki tanah suci Mekah buat kali pertama bukan hanya menjadi pengalamn terindah buat Datin Lisa bahkan sesiapa sahaja.
Baru-baru ini, Datin Lisa sekali lagi berpeluang menunaikan ibadah umrah bersama suami tersayang. Kali ini tanpa anak-anak di sisi.
Bersama Irkaz Travel & Tours, Datin Lisa dan suami berangkat ke Mekah pada 26 Oktober 2022 bersama 30 jemaah.
“Alhamdulillah, 26 Oktober Jemaah Irkaz Travel & Tours berlepas ke Madinah. Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ini bersama 30 Jemaah menaiki Malaysia Airlines.
“Semoga urusan ibadah Jemaah Irkaz Travel & Tours dipermudahkan dan mendapat Umrah yang mabrur, Amin. Insyallah”
“Antara jemaah Irkaz Travel & Tours adalah Dato’ Yusry dan Datin Lisa Surihani . Alhamdulillah, segala urusan semua jemaah dipermudahkan dan telah sampai di Kota Madinah pada jam 3.30 petang waktu Madinah dan 8.30 malam waktu Malaysia.”
Setakat yang dikongsi oleh Irkaz Travel & Tours pada hari kedua di tanah suci, mereka telah dibawa oleh Al Ustaz Haji Zaki untuk sessi ziarah dalam Madinah.
“Ziarah dalam Madinah.
“Bermula dengan Saqifah bani saidah, Ustaz Haji Zaki menceritakan kisah kewafatan nabi dan hubungkait dengan saqifah bani saidah.
Ads
“Kemudiannya dalam perjalanan ke Masjid Ghamamah kami berhenti sekejap di Pasar Manakhah.
“Seterusnya Masjid Gamamah iaitu Masjid Awan jemaah diberikan penerangan tentang tempat-tempat bersejarah yang ada dalam Raudah dan uga tentang Masjid Ghamamah, Masjid Abu Bakar, Masjid Ali.
“Dan kemudian jemaah di bawa pula ke Maqam Baqi’. Syahdu Ya Allah ketika di sini. Di sini Ustaz Haji Zaki sedikit sebanyak memberikan penerangan sedikit tentang Maqam Rasulullah, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar RA.”
Ads
Datin Lisa dan suami serta para jemaah turut beroleh rezeki memasuki Raudhah. Mereka berpeluang melakukan solat sunat hajat, solat taubat dan sujud syukur.
Selain itu, mereka juga berpeluang ke Masjid Nabawi.
Untuk info, sebelum berangkat ke tanah suci, pasangan ini telah mempersiapkan diri dengan kursus umrah secara personal termasuklah pengambilan vaksin.
NONA mendoakan agar dipermudahkan urusan ibadah Datin Lisa, Datuk Yusry serta para jemaah. Semoga mendapat umrah yang mabrur. Insyallah.
Kredit Foto: Facebook Irkaz Travel & Tours
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sehingga kini pelakon jelita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini dilihat masih aktif dalam dunia lakonan. Datin Sri Noniswara Baharudin kini bahagia dengan perkahwinan kali ketiganya bersama Dato’ Sri Dr Sheikh, seorang ahli perniagaan.
Datin Sri Noniswara memiliki 3 orang anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Naveer Mihshon (27 tahun), Nurerysha Emyra (22 tahun) dan Nazeer Danish (14 tahun).
Walaupun menempuh berbagai onak duri dalam hidupnya, keakraban Datin Sri Noniswara bersama anak-anaknya tetap utuh umpama sahabat baik. Bertuah sungguh Datin Sri Noniswara kerana masih kekal cantik dan ramping walaupun kini usianya hampir mencecah 51 tahun.
“Hubungan kami umpama kakak dan adik, kadang-kadang seperti sahabat. Saya banyak berbual dengan anak-anak antaranya tentang isu semasa, agama dan sentiasa mendengar luahan hati mereka. Saya juga bersikap terbuka. Mereka boleh berkongsi apa sahaja perkara dengan saya.”
ERYSHA CANTIK & MANJA
Anak gadis tunggal Datin Sri Noniswara iaitu Nurerysha Emyra atau Erysha telah mencuri perhatian ramai khususnya di media sosial kerana mewarisi kecantikan asli ibunya. Erysha juga cemerlang dalam SPM setelah memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan tersebut. Kini, selain sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang perakaunan Erysha juga bergelar model sambilan.
“Erysha seorang yang sensitif dan mudah menangis kalau ditegur Daddy, maklumlah anak manja Daddy. Pun begitu, walaupun manja dan lembut Erysha juga seorang yang tegas, ada pendirian serta tahu apa yang diinginkan.
Kalau dengan saya, Erysha tetap nak makan bersuap. Waktu makan selalu minta disuapkan sampailah sekarang. Kalau berjalan suka dipimpin tangan. Apabila dia sedang bercakap, dia nak kita fokus dan mendengarnya dengan sepenuh perhatian. She likes to share with me.
Sejak kecil saya lihat Erysha banyak terikut-ikut dengan cara saya seperti cara bercakap, berjalan dan makan. Bila saya berdandan, dia akan perhati dan menunjukkan minat. Erysha juga seorang pembersih dan cerewet dalam menjaga kecantikan serta penampilan.
Contohnya, tudung mesti nak kemas. Susunan barang-barang pun kena perfect. Macam Mummy dia ni, perfectionist! Tetapi kami bukanlah OCD (obsessive-compulsive disorder) sebaliknya mempunyai banyak persamaan. Begitu juga dalam soal kesihatan, she is very concerned.
Makanan semua nak yang berkhasiat dan organik. Kadang-kadang Erysha sendiri yang nasihatkan saya supaya jangan makan itu, jangan makan ini. Kesimpulannya kami banyak berkongsi hal-hal kecantikan, kesihatan, agama, pelajaran dan masakan.
Bercakap tentang masakan, saya juga setuju bahawa anak perempuan perlu tahu memasak. Walaupun saya tak pernah memaksa tetapi Erysha sendiri yang menunjukkan minatnya untuk memasak. Begitu juga dengan abangnya, Naveer Mihshon. Kadang-kadang dua beradik ni kalau masuk ke dapur sebab nak masak sendiri menu kegemaran mereka. Kedua-duanya gemar memasak hidangan Barat or Italian.
Seterusnya nasihat saya buat Erysha, usah terburu-buru dalam membuat pilihan. Focus on study first. Bila dah sampai masanya pilihlah bakal suami yang beragama, berakhlak baik, berpelajaran, hormat orang tua, penyayang, berasal dari keluarga yang baik-baik serta boleh membimbing dirinya ke jalan yang betul. Sebagai ibu sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk masa depan Erysha. Begitu juga dengan anak-anak yang lain.
KEKAL CANTIK KERANA BAHAGIA
Saya amalkan rutin asas sahaja. Apa yang penting elakkan stres dan sentiasa menjaga kelembapan kulit wajah dengan menyapu pelembap setiap hari. Kulit yang kering akan mencepatkan proses penuaan. Selain itu, saya juga banyakkan beribadah termasuk beriadah, sentiasa merasa gembira dan bahagia.
Alhamdulillah, kini dah masuk 6 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Dato’ Sri seorang yang gemar bergurau, berjenaka dan happy all the time. Kalau Dato’ Sri bercakap saya perlu memandang wajahnya serta mendengar dengan baik. Mungkin itulah yang membuatkan suami selesa dengan saya. He said I am a good listener. Dato’ Sri juga
sebenarnya seorang yang manja.
IMPIAN & NASIHAT
Saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan buat saya. Pengalaman lalu membuatkan saya menjadi lebih matang. Semua yang berlaku ada hikmah. Rasanya tiada apa lagi yang saya impikan. Berkat doa saya setiap hari, banyak yang telah Allah SWT tunaikan, alhamdulillah.
Saya juga berdoa agar Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan hingga ke akhir hayat saya. Semoga Allah SWT memberkati apa jua yang saya dan keluarga lakukan. Harap-harap dapatlah saya melihat kehidupan dan kejayaan anak-anak kelak, InshaAllah.
Nasihat saya buat kaum wanita di luar sana pula, jadilah seorang wanita dan ibu yang baik. Banyak bersabar, sentiasa bersyukur, banyak mengalah, tegas dan rajin melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu.
Usah mengeluh dan cepat melatah jika ada dugaan-dugaan yang datang. Usah mudah mengamuk dan ‘cengeng’. Jangan lupa berdoa dan mohon kepada Allah SWT. Usaha dan doa mampu merubah kehidupan kita menjadi lebih baik.
Alhamdulillah suami sangat memahami malah menggalakkan lagi saya berlakon. Kalau tak bekerja, selalunya saya akan manfaatkan masa bersama keluarga seperti menonton, berbual, makan, mengemas, berkebun, solat berjemaah dan tazkirah bersama,” akhiri Datin Sri Noniswara yang kini sedang menjalani sesi penggambaran drama bersiri ‘Pink Smile’.
Kredit Foto: Instagram @noniswara @eryshaemyra
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika dulu sebut saja nama Modvier, pasti majoriti hijabi di Kuala Lumpur kenal benar dengan butik Muslimah multi-label milik Siti Sarah Shah Nor. Namun impak pandemik menyebabkan bisnes fesyennya ‘gulung tikar’, sekaligus memaksa beliau memikirkan model bisnes baru iaitu CUURA.
Diasaskan pada tahun 2018, Sarah memecah tembok pemikiran pengasas produk kecantikan lain ketika itu yang rata-ratanya mengeluarkan serum.
Menyedari cuaca panas di Malaysia, Sarah terpanggil untuk melancarkan krim tabir suria SPF50++ CUURA dengan persijilan halal pertama di tanah air. Sejak itu, beliau melangkah terus dan enggan menoleh ke belakang lagi.
Memetik kata-kata Sarah dalam temu bualnya dengan Hijabista, pandemik benar-benar memberi pengalaman perit buat pengusaha fesyen.
“Apabila COVID-19 melanda, Modvier sememangnya terjejas hebat. Para pelanggan sudah sebati dengan konsep mereka datang ke butik untuk merasai pengalaman fesyen yang disediakan.
Namun disebabkan pandemik, kami cuba mengalihkan haluan bisnes ke sistem dalam talian, namun tidak berjaya. Disebabkan itu bisnes secara atas talian tidak berjaya kerana kami tidak bermula dengannya.
Menambah lagi dugaan, suaminya yang bekerja dalam bidang minyak dan gas turut menerima tempias apabila diberhentikan kerja. Di situlah titik permulaan CUURA dibangunkan bersama-sama dengan lebih serius.” Sarah Shahnor
Sifat tak mudah mengalah, menjadi punca kejayaan CUURA hari ini. Bangga rasanya ketika hadir ke majlis pelancaran pop-up store Orangerie by CUURA yang bertempat di Starhill Kuala Lumpur. Produk bumiputera sebaris produk antarabangsa!
Tonton video penuh bersama Sarah ni, menginspirasikan…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Berkat didikan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan isteri, Dr Hamidah Mat, anak sulung mereka iaitu Nusaybah berjaya harumkan nama negara.
Nusaybah Maszlee menjadi pelajar Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang menggondol enam anugerah siswa cemerlang di Georgetown University Qatar.
Bukan sahaja mendapat CGPA 4.0, Alumni Sunway University, SMI al-Amin, dan AJK Mahasiswa Keadilan ini juga berjaya mendapat anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), anugerah pingat Dekan, Thesis terbaik cemerlang dan juga anugerah pelajar paling cemerlang di dalam pengkhususan Politik dan Hubungan Antarabangsa.
Nusaybah merupakan anak sulung dalam empat beradik. Anak-anak Dr Maszlee yang lain iaitu Sumayyah, Rufaydah dan Mujaddid masing-masing menurut jejak ibu bapa mereka termasuk berkongsi minat suka membaca.
Pencapaian beliau telah menjadi inspirasi kepada para pelajar lain dari seluruh dunia, samada di Kampus utama Georgetown University di Washington, mahupun di kampus
Qatar.
Tahniah dan syabas Nusaybah! Pasti kejayaan ini menjadi kebanggaan ibu bapa serta dorongan untuk lebih kuat berusaha buat adik-beradik Nusaybah yang lain.
Suka tengok potret keluarga Dr Maszlee ni antaranya sewaktu masih bergelar Menteri Pendidikan suatu masa dulu. Keluarga pintar Malaysia!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...