DATIN LISA SURIHANI & Datuk Yusry Ke Tanah Suci, Tunai Ibadah Umrah Kali Ke-2

Kali pertama Datin Lisa Surihani menunaikan ibadah umrah adalah pada tahun 2019 bersama suami, Datuk Yusy Abdul Halim dan anak-anak mereka Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.


Istimewanya, ketika kunjungan Datin Lisa sekeluarga ke tanah suci waktu itu adalah pada 2 Syawal. Sekaligus berpeluang meraikan Aidilfitri di sana sambil melawat makam Rasulullah serta perkuburan Baqi.

Sesungguhnya, peluang menjejaki tanah suci Mekah buat kali pertama bukan hanya menjadi pengalamn terindah buat Datin Lisa bahkan sesiapa sahaja.

Baru-baru ini, Datin Lisa sekali lagi berpeluang menunaikan ibadah umrah bersama suami tersayang. Kali ini tanpa anak-anak di sisi.



Bersama Irkaz Travel & Tours, Datin Lisa dan suami berangkat ke Mekah pada 26 Oktober 2022 bersama 30 jemaah.

Alhamdulillah, 26 Oktober Jemaah Irkaz Travel & Tours berlepas ke Madinah. Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ini bersama 30 Jemaah menaiki Malaysia Airlines.

Semoga urusan ibadah Jemaah Irkaz Travel & Tours dipermudahkan dan mendapat Umrah yang mabrur, Amin. Insyallah”

“Antara jemaah Irkaz Travel & Tours adalah Dato’ Yusry dan Datin Lisa Surihani . Alhamdulillah, segala urusan semua jemaah dipermudahkan dan telah sampai di Kota Madinah pada jam 3.30 petang waktu Madinah dan 8.30 malam waktu Malaysia.”


Setakat yang dikongsi oleh Irkaz Travel & Tours pada hari kedua di tanah suci, mereka telah dibawa oleh Al Ustaz Haji Zaki untuk sessi ziarah dalam Madinah

.


“Ziarah dalam Madinah.

“Bermula dengan Saqifah bani saidah, Ustaz Haji Zaki menceritakan kisah kewafatan nabi dan hubungkait dengan saqifah bani saidah.

“Kemudiannya dalam perjalanan ke Masjid Ghamamah kami berhenti sekejap di Pasar Manakhah.

“Seterusnya Masjid Gamamah iaitu Masjid Awan jemaah diberikan penerangan tentang tempat-tempat bersejarah yang ada dalam Raudah dan uga tentang Masjid Ghamamah, Masjid Abu Bakar, Masjid Ali.


“Dan kemudian jemaah di bawa pula ke Maqam Baqi’. Syahdu Ya Allah ketika di sini. Di sini Ustaz Haji Zaki sedikit sebanyak memberikan penerangan sedikit tentang Maqam Rasulullah, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar RA.”

Datin Lisa dan suami serta para jemaah turut beroleh rezeki memasuki Raudhah. Mereka berpeluang melakukan solat sunat hajat, solat taubat dan sujud syukur.


Selain itu, mereka juga berpeluang ke Masjid Nabawi.

Untuk info, sebelum berangkat ke tanah suci, pasangan ini telah mempersiapkan diri dengan kursus umrah secara personal termasuklah pengambilan vaksin.

NONA mendoakan agar dipermudahkan urusan ibadah Datin Lisa, Datuk Yusry serta para jemaah. Semoga mendapat umrah yang mabrur. Insyallah.

Kredit Foto: Facebook Irkaz Travel & Tours

 

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad