Berseri-seri sungguh Datin Lisa Surihani sejak mengandung anak ketiga ini. Terpancar riak bahagia di wajah isteri kepada Datuk Yusry Abd Halim ini di samping dua anak mereka Yahaira Leanne yang berusia lima tahun dan Yusof Leonne berusia tiga tahun.

IKLAN
DATIN LISA SURIHANI Kongsi 3 Tip Ustaz Don Daniyal Dapatkan Malam Lailatul Qadar 
Foto: Instagram @lisasurihani

Seronok mengikuti perkembangan pelakon yang menjadi nadi utama filem Ombak Rindu ini sebaik sahaja mengambil keputusan berhijab selepas pulang dari menunaikan ibadah umrah sekitar tahun 2019 lalu. Manisnya perjalanan wanita yang diberi nama Lisa Surihani ini.

DATIN LISA SURIHANI Kongsi 3 Tip Ustaz Don Daniyal Dapatkan Malam Lailatul Qadar 
Foto: Instagram @lisasurihani

Tanpa meninggi diri wanita yang mengacarakan rancangan televisyen Tanya Doktor terbitan Astro ini terus berusaha ‘memperbetulkan’ diri dan berdoa agar segala usahanya biarlah ikhlas dan tak jemu untuk belajar.

DATIN LISA SURIHANI Kongsi 3 Tip Ustaz Don Daniyal Dapatkan Malam Lailatul Qadar 
Foto: Instagram @lisasurihani

Meraih keberkatan Ramadan, Datin Lisa Surihani telah berkongsi tip bertemu dengan malam Lailatul Qadar yang menjadi dambaan setiap umat Islam. “Ramadan ni, jom kita ramai-ramai kumpul pahala untuk hari-hari terakhir bulan mulia ini,” tulisnya di laman media sosial miliknya.

DATIN LISA SURIHANI Kongsi 3 Tip Ustaz Don Daniyal Dapatkan Malam Lailatul Qadar 
Foto: Instagram @lisasurihani
DATIN LISA SURIHANI Kongsi 3 Tip Ustaz Don Daniyal Dapatkan Malam Lailatul Qadar 
Foto: Instagram @lisasurihani

Tip tersebut adalah cara yang mudah kita dapatkan malam Lailatul Qadar seperti mana yang dikongsi oleh Ustaz Don Daniyal.

IKLAN

1. Baca Doa Bertemu Malam Lailatul Qadar
Jangan lupa untuk berdoa, “Ya Allah rezekikan aku dapat bertemu Lailatul Qadar,”. Sebab bulan Ramadan doa makbul, jadi minta insyaallah, Allah SWT perkenankan.

2. Berlatih Qiamulail Dari Awal
Mesti berlatih dari awal, seawal Ramadan kena berlatih untuk bangun malam. Selepas Isyak tidur sekejap bangun semula untuk melakukan qiamulail.

IKLAN

3. Hidupkan Malam Lailatul Qadar
Setiap malam Ramadan hidupkan Qiamulail, pasti akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

DATIN LISA SURIHANI Kongsi 3 Tip Ustaz Don Daniyal Dapatkan Malam Lailatul Qadar 
Foto: Instagram @lisasurihani

Lisa Surihani juga sangat menyayangi dan rapat dengan ibunya. Jika dahulu ibunya yang akan menguruskan segala perjalanan seni Lisa Surihani. Malah sampai sekarang hubungan anak-beranak ini rapat disebabkan Lisa surihani adalah satu-satunya anak perempuan tunggal dalam lima adik-beradik. Sikapnya yang begitu menyayangi dan menghormati ibunya membuatkan personalitinya cukup menarik.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI