Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam mendedahkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata keenam. Selebriti berdarah kacukan Jawa, Cina dan Arab ini berkongsi berita kehamilannya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Datin Rebecca  Nur Al-Islam Hamil Anak Kelima Di Usia 36 Tahun. Namun Ada “Duka” Di Sebaliknya.

“Assalammualaikum daripada saya dan baby bambam. Doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik,” tulisnya dengan meletakkan emoji ibu hamil dan tersenyum.

IKLAN

Hantaran itu memaparkan foto Rebecca atau mesra dipanggil MummyBecca memegang bahagian perut yang sudah mula menampakkan bentuk ‘baby bump’.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan syukur dan tahniah selain turut teruja apabila mengetahui tentang berita kehamilan tersebut. Namun begitu, Rebecca tidak memaklumkan secara terperinci usia kandungannya itu.

Namun disebalik perkongsian mengenai kehamilan, rupanya ada kisah duka yang pahit hendak ditelan oleh wanita ini

“Esok baru dapat tahu sama ada saya boleh simpan kandungan ini atau terpaksa ‘lepaskan’.”

Demikian kata selebriti dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam Ahmad mengenai keadaan dirinya yang kini hamil anak keenam dengan usia kandungan mencecah dua bulan. Rebecca, 36, atau mesra disapa Becca berkata, kesemua lima anak sebelum ini dilahirkan melalui proses pembedahan caesarean.

“Alhamdulillah, usia kandungan baru nak masuk dua bulan. Alahan dah ada iaitu memilih makanan dan ‘morning sickness’. Tapi itu lah kena tunggu esok yang mana saya perlu berjumpa doktor dulu.

“Ini kerana, kehamilan kali ini doktor agak risau sebab kena putuskan dan berhati-hati. Sebab semua anak anak sebelum ini dilahirkan menerusi kaedah caesarean. Jadi, doktor takut sangat bila saya simpan kandungan ini dan kalau saya tak kuat sampai hujung sembilan bulan, ia membahayakan nyawa saya. Bayi dalam kandungan insya-Allah okay,” katanya lagi.

Situasi dialami itu membuatkan dia kini dalam dilema.

“Keadaan saya boleh menjadi sebaliknya kalau saya tak kuat. Saya pun dalam dilema juga. Itu yang sedih. Apa pun keduanya iaitu saya dan bayi doktor jamin dengan selamat. Doakan yang baik-baik buat saya. Tapi saya gembira sebab Allah bagi lagi rezeki,” katanya yang mengharapkan kekuasaan dariNya yang mampu memberikan jawapan terbaik terhadap keadaan dirinya kini.

IKLAN

Datin Rebecca  Nur Al-Islam Hamil Anak Kelima Di Usia 36 Tahun. Namun Ada “Duka” Di Sebaliknya.

Walaupun kehidupan Datin Rebecca dilihat cukup sempurna dengan gelaran seorang ibu serta dilimpahkan dengan kehidupan mewah yang serba-serbinya cukup namun wanita berusia 36 tahun ini  tetap mahu membina empayar perniagaan sendiri.

Datin Rebecca  Nur Al-Islam Hamil Anak Kelima Di Usia 36 Tahun. Namun Ada “Duka” Di Sebaliknya.
Datin Rebecca juga beruntung kerana sentiasa mendapat sokongan daripada suami tercinta, anak-anak. Semoga Datin Rebecca berjaya dalam setiap aspek kehidupan. Kagum melihat bagaimana beliau  mengatur masanya menyeimbangkan tugas sebagai seorang usahawan dan tugas hakiki sebagai isteri dan ibu.

IKLAN

Datin Rebecca  Nur Al-Islam Hamil Anak Kelima Di Usia 36 Tahun. Namun Ada “Duka” Di Sebaliknya.
Dalam salah satu hantaran di laman Instagram miliknya, dia memaklumkan anggota keluarganya juga bakal bertambah dengan kehadiran menantu tidak lama lagi.

Nampaknya kegembiraan berganda buat famili ini tidak lama lagi!

Untuk rekod, Rebecca berkahwin dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al- Raffael, 6, Nor Ahmed Al- Reaggan, 3, dan Nor Aurora Riana, 3.

Datin Rebecca  Nur Al-Islam Hamil Anak Kelima Di Usia 36 Tahun. Namun Ada “Duka” Di Sebaliknya.

Selain itu, dia juga memiliki seorang anak angkat Nor Adam Daniel, 14, serta dua anak tiri yang masing-masing berusia 26 dan 19 tahun.

Foto: Instagram @rebeccanuralislamahmad

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI