Aura yang ada pada Datin Reena Zach ini sememangnya mampu menyuntik inspirasi siapa sahaja. Bergelar usahawan sukses dan mmepunyai penampilan menarik menjadikan wanita ini inspirasi buat semua wanita.
Rasa tak lengkap sekiranya tidak bertanya rahsia kecantikan ibu kepada dua orang anak remaja ini. “Saya berkahwin di usia yang sangat muda iaitu 20 tahun.
Sekarang anak sulung saya dah berusia 16 tahun, anak ke dua pula 10 tahun. Mungkin saya berpengalaman bersalin awal, jadi saya memang menekankan cara pemakanan yang betul dan kerap melakukan senaman.
Saya juga mengamalkan pemakanan organik dan gaya hidup sihat. Yoga dan Pilates adalah senaman pilihan saya setiap hari,” bicara ibu kepada Putry Daniella Qistina dan Adellia Auddra ini.
Sebagai usahawan pula, Datin Reena Zach menjadikan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary sebagai idolanya. “Saya sangat mengagumi Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.
Bagi saya beliau mempunyai sisi hidup yang sangat hebat! Beliau merupakan seorang ahli perniagaan terkaya yang sangat dermawan. Satu hari nanti saya juga mengimpikan mempunyai sebuah Yayasan sendiri seperti beliau, insyallah,” ujar Pengarah Urusan Lana Labs Global ini.
Ketika ekonomi seluruh dunia ‘terganggu’ lantaran dek penangan COVID-19, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini mempunyai resipi tersendiri bagi memastikan perniagaannya berterusan.
“Oleh kerana pergerakan terbatas kala PKP dahulu, syarikat kami banyak menekankan perniagaan secara online bersama team.
Kami juga mengalu-alukan agen tanpa modal dan memantapkan kumpulan usahawan dropship dengan Support Group HQ melalui whatsaap, Facebook, Youtube dan Telegram,” tutur pemilik Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa ini.
Wanita tinggi yang berusia 37 tahun dan menggemari warna hijau ini turut mengakui terkesan dengan situasi sekarang namun dari sisi yang positif.
“Kemunculan COVID-19 menjadi risiko perniagaan tidak dijangka ramai usahawan termasuklah saya sendiri. Tetapi, alhamdulillah sepanjang PKP lalu jualan kami meningkat 3 kali ganda. Mungkin produk kami juga berkait rapat dengan kesihatan dan imunisasi badan.
Bagi saya, antara objektif perlu dicapai dalam tempoh hibernisasi adalah memastikan status dan momentum perniagaan dapat dikekalkan walaupun operasi perniagaan terganggu. Pemilihan produk jualan yang tepat juga memainkan peranan penting,” ucap anak sulung daripada empat orang adik beradik ini.
Baca juga; Jadi Raja Pemerintah Tertua Dunia, Ratu Elizabeth II Sambut Jubli Platinum
Beli Tanah Untuk Bina Tahfiz Buat Golongan Susah, Pengasas SHALICIOUS Kejar Keberkatan Berniaga
Siapa sangka dalam usia 25 tahun, anak jati Kota Bharu Kelantan ini sudah pun bergelar usahawan muda yang bukan calang-calang. Tak sekadar di Malaysia, perniagaannya turut menguasai pasaran Indonesia secara sah dan kini dalam proses ke pasaran Brunei dan Singapura. Selain produk kesihatan dan kecantikan, dia juga memiliki beberapa cabang perniagaan lain yang membantu orang ramai khususnya warga kampung dalam menambah pendapatan mereka.
Boleh dikatakan kehidupannya kini lebih selesa dan mewah. Melihat kepada tahap kejayaannya itu tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa gelaran jutawan itu sudah dalam genggaman. Kematian bapa dan berasal dari keluarga susah menjadi titik tolak kepada kebangkitan usahawan cantik ini.
Di kala anak muda seusianya sedang enjoy dengan dunianya, ibu kepada seorang anak ini gigih membina legasi perniagaannya, Shalicious bersama suami tercinta, Al Hafiz Zakaria. Kenali pengasas produk kesihatan berdaftar, Wan Nur Siti Aisyah Wan Hasan yang mesra digelar Sha Hasan.
āSaya berasal dari keluarga susah, arwah ayah dulu peniaga jalanan hanya buka gerai tepi jalan. Kami memang hidup susah. Ayah meninggal ketika saya berumur 10 tahun. Bermula saat itulah ibu terpaksa bekerja seorang diri untuk menyara kami sekeluarga. Tak sanggup tengok kepayahan ibu saya nekad nak berjaya dan ubah nasib keluarga.
Sejak dari sekolah lagi saya suka berniaga. Apa saja rasa nak jual saya jual. Bukan saja di sekolah rendah malah sekolah menengah juga. Bila dah habis SPM saya dapat sambung belajar peringkat matrik di Negeri Sembilan dan juga universiti tapi saya memilih untuk belajar di kampung saja iaitu Kota Bharu, Kelantan.
Ikutkan keluarga tak galakkan saya berniaga sebab nak saya ada kerja tetap, boleh ubah nasib keluarga. Tapi saya tetap teruskan berniaga sambil belajar. Sebab itulah saya pilih sambung belajar di kampung sebab dekat dengan rumah dan mudah nak berbisnes. Pelajaran tetap keutamaan saya sebab tak nak kecewakan harapan keluarga terutama ibu.
Saya berbisnes sampailah umur 18 tahun. Makin lama makin tak menang tangan dibuatnya. Mulalah saya ponteng kelas, tak sempat nak masuk kelas sebab kerap nak kena COD dan sebagainya. Ketika itu saya betul-betul struggle bina jenama Shalicious. Saya berusaha sungguh-sungguh sehinggalah setahun selepas itu saya dapat membina Wisma Shalicious.
Kini saya ada beberapa cabang bisnes tetapi personal branding dan marketing daripada saya sendiri hanyalah Shalicious. Wismanya di Kelantan dan ada second branch HQ di Bangi. Selain di Malaysia, Shalicious juga telah masuk ke pasaran Indonesia secara sah. Kini dalam proses nak masuk ke pasaran Brunei dan Singapura pula seterusnya ke negara-negara lain, Insha-Allah.
Best seller product ialah suplemen yang dianugerahkan Top Ten Asia Award tahun 2019 untuk high quality product kategori health and beauty. Terdapat 3 jenis suplemen iaitu Mixberry Powder dan NV Colly Beauty Secret, Glowee Oat serta skincare C-Shine Serum dan C-Shine Cleanser.
Sepanjang bergelar usahawan, saat paling memberi kesan kepada saya antaranya yang berlaku pada tahun 2018. Masa tu saya ada berpuluh-puluh orang staf dan bisnes pun bagus waktu itu. Namun tiba-tiba Allah SWT uji, saya kehilangan staf sekaligus dalam satu masa. Bila masuk pejabat, semua staf dah tak ada sebab berhenti secara serentak kerana telah ādisailangā oleh kawan sendiri yang kononnya nak membantu kita.
Kesannya, saya terpaksa berjumpa pakar psikologi kerana terlalu tertekan. Memang betul-betul depression dan ambil masa yang lama untuk pulih dan terpaksa bergantung dengan ubat. Saya juga ambil masa yang lama untuk move on.
ASET PERTAMA DIMILIKI
Aset pertama yang saya beli ialah tanah dan dirikan bangunan. Saya memang āgilaā beli tanah. Kalau ada sesiapa yang nak jual tanah murah-murah di Kelantan saya akan beli. Tapi saya akan tengok dulu ikut kesesuaian dan harganya. Bagi saya itulah aset paling bernilai sebab kita boleh buat macam-macam. Selain buat bisnes, bolrh generate more money.
Reward terbesar selepas berjaya capai target ialah selain dapat beli apa yang diimpikan, saya dapat mengeluarkan zakat secara konsisten dan membantu beberapa tahfiz serta kampung-kampung yang saya pegang untuk berikan sumbangan kepada ratusan keluarga asnaf. Itulah reward sebenar bagi saya. Tahun ini kami telah membeli tanah untuk membina tahfiz buat golongan kurang berkemampuan untuk hantar anak belajar agama.
Suami adalah tulang belakang utama saya selama ini. Terlalu banyak pengorbanannya untuk diceritakan. Selama saya bergelar usahawan, suamilah banyak membantu. Kami sama-sama usahakan bisnes ini dan pada masa sama suami pun ada bisnesnya sendiri. Dia tahu minat dan impian saya dalam bidang kecantikan terlalu besar. Sewaktu saya diserang depression, suamilah yang uruskan anak dan rumah. Suami tak pernah mengalah dan menyalahkan. Suami seorang yang sangat sabar dan support apa saja yang saya buat selagi ia tidak salah.
Semasa depression, saya terpaksa makan ubat setiap kali nak tidur. Suami pastikan saya tak terlalu berfikir yang bukan-bukan. Dia jugalah yang jaga anak, siapkan makanan dan uruskan hal-hal pejabat. Paling sedihnya bila suami dah tak tahu nak buat apa, dia pernah bawa saya ke sebuah kampung di Kelantan sebab dia tahu saya suka berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Di situ ada lebih 150 buah rumah dan keluarga asnaf yang memerlukan.
Kami pergi rumah ke rumah untuk berikan bantuan. Semuanya diuruskan oleh suami sebab nak saya bersyukur dan bangkit semula. Katanya ramai lagi orang yang memerlukan saya. Sejak itu saya mula terfikir jika kita diuji dengan hebat, ramai lagi orang yang diuji lebih daripada kita. Itulah tugas kita untuk berjuang demi mereka. Suami selalu cakap Allah SWT tak akan beri kejayaan atau kekayaan kalau bukan demi sebuah perjuangan.
KEKALKAN BISNES
Dengan keadaan ekonomi sekarang orang dah kurang membeli barang-barang tak perlu atau ikut kemahuan. Kini orang lebih memilih barang-barang keperluan antaranya essential product. Apa yang saya jual ialah dari segi keperluan. Suplemen yang membantu kesihatan dan kecantikan. Jadi nasihat saya. jangan menjual benda-benda yang bukan keperluan.
Sekarang pun orang dah kurang walk in lagi-lagi lockdown sekarang ni. Jadi kuatkan jenama di sosial media supaya orang sentiasa nampak dan tahu kita menjual keperluan yang setiap keluarga perlukan. Satu lagi, simpanan. Sekarang ini bukan masanya untuk kita membeli belah. Kurangkan membeli yang tak perlu dan lebihkan kepada simpanan. Atau boleh tukarkan kepada emas. Sekarang saya banyak tukarkan wang kepada emas sebagai persediaan masa depan.
Selain itu, saya dan suami juga ada backup business berkaitan keperluan harian dalam bidang makanan. Kami ada involve dalam bidang agriculture iaitu membekalkan ayam. Kami ada tanah 12 ekar yang dijadikan tempat memelihara ayam. Bisnes ni sebenarnya untuk bantu orang-orang kampung. Tak perlukan marketing sebab kami ada regular customer. Bila ekonomi merosot orang tetap akan makan dan beli ayam. Itulah plan kami kalau rasa dah tak boleh teruskan bisnes yang tidak memerlukan.
Jangan mudah mengalah dan jangan takut untuk mencuba kerana sampai bila pun kita tidak akan berjaya. Bila dah cuba jangan jadi orang yang mudah mengalah sebab setiap yang kita buat memerlukan proses. Bila tengok mereka yang dah berjaya tetap akan ada ujian. Teruskan dan percaya kepada proses. Bagi yang nak berjaya dalam bisnes, jangan ada banyak alasan. Kalau tak pecahkan ketakutan dan rasa malu, sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat tengok potensi diri.
Saya dulu pun tak pernah terfikir akan jadi seperti sekarang. Tapi bila dah mula, percayalah kita nak buat more and more. Bila dah pecahkan tembok tu kita mesti nak try benda yang lebih besar dan mencabar. Ibarat dah addicted, jadi mulakan.
Saya berkahwin ketika umur 19 tahun. Umur 20 tahun dah ada anak. Awal-awal tu bila ada anak kecil saya pula sibuk dengan bisnes. Uruskan suami lagi, memang susah nak sesuaikan keadaan itu dengan kita yang muda. Memang tak sempat nak merasai kehidupan seorang remaja, enjoy dengan kawan-kawan. Memang tak pernah.
Dulu pernah cakap menyesal kahwin awal, start bisnes awal, tak ada kawan tapi suami selalu cakap suatu hari nanti saya akan faham dan bersyukur sebab Allah SWT dah tetapkan yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah kata-kata suami jadi kenyataan. Rasa berdosa sangat bila cakap begitu dulu. Bersyukur dengan apa yang Allah SWT beri. Dia tidak akan beri jika tak sesuai dengan diri kita. Allah SWT lebih kenal diri kita.
INISIATIF BUAT YANG TERKESAN
Inisiatif saya untuk mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ialah membuka bisnes tanpa modal di samping menggalakkan orang ramai untuk berbisnes. Saya ajar mereka cara nak buat bisnes dengan Shalicious.
Selain itu, saya turut beri bantuan kepada kampung-kampung dan sentiasa berhubung dengan Ketua Kampung. Selalunya saya sendiri yang akan turun memberi bantuan. Jika tidak, saya akan hantar wakil.
Mereka ini terdiri daripada suri rumah termasuk yang bekerjaya tetapi tak pernah buat bisnes. Memang sentiasa ada coaching daripada saya kerana kebanyakan mereka bergantung income dengan Shalicious. Berkat kesungguhan mereka mampu beli tanah, membantu keluarga dan membuat simpanan sendiri. Ikutkan produk Shalicious boleh masuk farmasi tetapi saya memilih untuk tidak lagi sebab nanti mereka yang bergantung income dengan Shalicious tidak boleh buat duit. Saya juga masih nak bekerja dengan mereka dan pada masa sama dapat bantu mereka menjana pendapatan.ā
Kredit Foto: Instagram @shahasan22
“Dialah Yang Sentiasa Beri Sokongan Dari Dulu Sampai Sekarang Tanpa Jemu” DR CK KOH Kenang Jasa Isteri
Demi kelainan dan mendapatkan capture yang menarik, sebuah kandang kuda bertaraf elit, The Royal Town Equestrian Club dipilih sebagai lokasi fotografi bersama penerima Nona Best Business Strategies Award, Dr CK Koh yang juga merupakan penasihat kelab berkuda ini.Beliau antara ikon superhero yang wajar dijadikan sebagai sumber inspirasi. Pelbagai bidang diceburi menjadikan beliau seorang yang percaya dengan kemampuan diri dan berkeyakinan tinggi. Dr CK Koh atau nama sebenarnya ialah Koh Chin Keong berpengalaman luas hampir sedekad dalam bidang pertanian biarpun memiliki kelulusan dalam kejuruteraan mekanikal.
āSelepas menamatkan pengajian dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal peringkat Ijazah di University of Aberdeen, United Kingdom, saya memulakan kerjaya sebagai Jurutera Pembuatan Senior di Daikin Malaysia Sdn Bhd. Di situ saya bertanggungjawab untuk memantau proses-proses pembuatan bagi meningkatkan produktiviti serta kualiti rangkaian pengeluaran,ā kongsi Dr CK Koh memulakan bicara.
Dr CK Koh kemudiannya menyertai Consolidated Fertilizer Corporate Sdn Bhd dan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Operasi. Ketika menguruskan bahagian operasi, Dr CK Koh juga turut terlibat secara langsung dalam urusan penyelidikan kerjasama bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia untuk formulasi MPOB F6 di bawah Program Subsidi Baja Malaysia seterusnya menyertai kajian kolaborasi bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan.
Terkini, Dr CK Koh bergelar Perunding Strategi Perniagaan. Lebih sedekad berada dalam industri pertanian, Dr CK Koh mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam pembekalan perdagangan baja kepada GLC (syarikat berkaitan kerajaan) serta bertindak selaku Penasihat Perniagaan yang dilantik oleh pelbagai syarikat terkemuka antaranya ialah Ken Biotech Inetrnational Sdn Bhd, Salvo Ventures Sdn Bhd, Agrojoy Sdn Bhd, Growth International GMBH (Austria) serta Tripelon Sdn Bhd.
āSaya seorang yang sentiasa melihat kepada pencapaian diri. Saya berfikir apa lagi pencapaian yang boleh dikembangkan. Saya mula mengendalikan bahagian pemasaran. Dari front manager tukar ke bahagian marketing. Dari situ saya melibatkan diri dengan bahagian R&D, syarikat GLC, MARDI dan MOA. Dari situ juga saya kendalikan bahagian pemasaran di samping membina formula baharu untuk bidang sawit di Malaysia.
Selama 6 tahun saya lebarkan network dan bina kerjasama termasuklah mengendalikan bahagian pengurusan dan pemasaran. Dari pengalaman tersebut banyak yang saya belajar terutama perkara-perkara baharu. Dan bidang kerjaya saya kini lebih profesional.ā
Dr CK Koh telah memulakan kerjasama R&D bersama MARDI berkaitan teknologi Cocos Emulsion melalui syarikatnya iaitu Innshelf Sdn Bhd dan ia diedarkan oleh syarikat penjagaan kulit miliknya yang dikenali sebagai Cocosfera Sdn Bhd.
Memulakan platform digital, Dr CK Koh turut melaburkan masa serta sumbernya ke dalam beberapa syarikat yang sedang berkembang iaitu DY Global Holdings Sdn Bhd serta M4U Services Sdn Bhd. Di samping itu, Dr CK Koh percaya bahawa perniagaan digital mempunyai banyak potensi terutamanya semasa era pandemik ketika ini.
DORONGAN
āSemestinya isteri tersayang. Kami kenal sudah lama sejak zaman belajar lagi. Saya berasal dari kampung manakala isteri pula ketika itu top student. Jadi dialah yang banyak mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh demi masa depan bersama yang lebih baik. Walaupun banyak cabaran tetapi jodoh kami kuat. Kini saya gembira kerana dapat mengecapi kebahagiaan bersama dan dikurniakan dengan dua cahayamata. Isteri sentiasa memberi sokongan tanpa jemu dari dulu sampailah sekarang.
PERANCANGAN
Pelan persaraan impiannya adalah dalam industri makanan dan minuman (F&B). Oleh itu, pada tahun 2021 Dr CK Koh mula membuka Monros CafƩ di bawah Monros Sdn Bhd yang kemudiannya akan diperkembangkan kepada perniagaan francais pada masa hadapan. Selain memfokuskan kepada bidang perniagaan, Dr Ck Koh juga merupakan penasihat kepada The Royal Town Equestrian Club (TRTEC) dan The House of Love iaitu Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat. Di samping itu juga, Dr CK Koh aktif dalam pelbagai aktiviti CSR.
Nasihat saya, dalam apa jua perniagaan yang diusahakan kepercayaan adalah amat penting. Sebagai perunding perniagaan adalah sangat penting untuk mendapat kepercayaan daripada para pelanggan. Mereka akan dengar setiap nasihat atau saranan yang kita berikan jika ianya bagus. Begitu juga jika bekerjasama dengan klien atau partner, saya perlu lihat kepada sikap mereka. Seperkara lagi, pastikan mereka merasa selesa sepanjang proses berunding. Kesimpulannya lakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang kita lakukan jika mahu impian tercapai.ā
Sejuk Mata Memandang Penampilan Pengasas Qaabila, Deena Emir Makin Anggun Dalam Busana Serba Sopan
Isteri kepada pelakon terkenal Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir memang jelita orangnya. Berkahwin pada 16 September 2016, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumahtangga.
Penampilan Deena juga sering menjadi tumpuan kerana walaupun dia berfesyen mengikut syariat agama, gayanya tetap kelihatan cantik dan elegan. Jom kita lihat!
Sejuk Mata Memandang..
Deena pandai menyuai padankan warna pakaiannya tanpa kelihatan serabut.
Deena juga mengusahkan jenama tudungnya sendiri iaitu Qaabila yang direka khas mengikut syariat Islam.
Sentiasa mengenakan stokin tangan, ini adalah satu perbuatan yang perlu wanita contohi kerana kadang-kala aurat kita kelihatan tanpa disedari.
Siapa kata kita tak boleh berfesyen mengikut shariah agamakan? Lihat sahaja stail Deena ini, tetap sopan dan ayu tanpa gaya yang berlebihan.
Memang menjadi inspirasi buat semua! Kepada para wanita yang sedar cuba untuk merubah penampilan ke arah yang lebih baik, perlahan-lahan ya? You can do this! InsyaAllah Tuhan akan permudahkannya untuk anda.
kredit: instagram @deenaemir
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!Ā