Datin Seri Shahida Ibu Penyayang, Tenangkan Anak Sebelum Pembedahan Kongsi Doa Tahan Sakit!

Ibu yang mana sanggup melihat anaknya dalam kesakitan apa entah lagi mahu melakukan pembedahan. Pasti risau dan tak senang duduk.

Datin Seri Shahida iaitu Isteri kepada usahawan kosmestik Datuk Seri Aliff Syukri terpaksa tabah dan nampak kuat di hadapan anak sulung mereka Ammar Ahyan, 10.

Dalam entri terbaru di laman instagram miliknya, Datin Seri Shahidah menemani Ammar di hospital menjalani pembedahan mata.

 

Menurut Datin Seri Shahida lagi, anaknya itu sering diejek oleh rakan-rakannya kerana mata yang juling sejak daripada lahir. Beliau juga berharap selepas selesai pembedahan ini, tiada lagi yang akan mengejek Ammar lagi.

“Semoga Ammar cepat sembuh mata. Dia selalu mengadu dulu kawan-kawan selalu ejek mata dia.InsyaAllah lepas ni dah tak ada orang ejek lagi ya”, tulisnya di lama instagram.

Apa yang menyentuh hati, terpancar kasih sayang sayang seorang ibu terhadap seorang anaknya apabila Datin Seri Shahidah berkongsi doa menenangkan hati dan tahan sakit kepada Ammar yang ketakutan untuk matanya dibedah.

Bila Ammar tanya ada doa tak mama supaya tak sakit…mama bg doa yg selalu mama baca setiap kali sakit bersalin saja lah.

Lailaha ila anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin”

Maksudnya : “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.(Surah Al-Anbiya’ : 87).

Semoga Ammar cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya ok. Lepas ni, semakin handsome lah Ammar.

Share
Published by
Elly Jalil