KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke majlis Menghadap dan Pelantikan Yang Amat Berbahagia Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail sebagai Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara, semalam.
Ads
Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Dato’ Jeyadhevi Subramaniam, Mantan Ketua Pesuruhjaya Cik Hajah Normala Baharuddin dan Puan Hajah Fatimah Muhammad serta Mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Puan Hajah Hasnah Saad.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong merupakan Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) bermula dengan penubuhan pasukan Pandu Puteri pertama di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur pada tahun 1916.
Pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat Pentadbiran PPPM telah terpindah dari Singapura ke Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur pada tahun 1957 dan PPPM telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dalam tahun 1958.
Ads
Ads
Sehingga kini, PPPM mempunyai 18 cawangan di seluruh negara dengan bilangan ahli melebihi 130,000 orang. PPPM adalah sebuah persatuan yang bebas, tidak terlibat dengan parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, malah bercorak memberikan Pendidikan tidak formal untuk anak gadis dan wanita remaja.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita biasa mendengar tentang penyakit gout iaitu sejenis penyakit yang disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Akibatnya, seseorang itu akan mengalami bengkak terutama melibatkan anggota kaki hingga sukar berjalan. Namun apabila memperkatakan tentang Tophy, pasti ramai yang seakan terpinga-pinga.
Menurut Dr Abdul Rahim, Thopy adalah penyakit gout. Seperti yang sedia maklum, gout adalah penyakit arthritis disebabkan oleh hyperuricemia iaitu plasma urate/urik asid dalam darah melebihi 420 mol/L (7.0mg/dL). Asid urik ini terhasil daripada pemecahan makanan yang tinggi purin atau protein. Ia berkumpul di bahagian sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi serta menyebabkan rasa sakit.
Apabila gout menyerang di sendi-sendi lutut, pergelangan kaki dan lengan, siku, jari tangan dan kaki serta tapak tangan, ia akan bengkak. Pada ketika ia membengkak inilah dipanggil Thopy yang berisi garam atau kristal urik asid yang mengakibatkan anggota badan terlibat berwarna merah, panas selain amat sakit sampai tidak boleh bergerak atau jalan. Tidak dinafikan juga hingga ada yang demam!
Semuanya kerana pemendapan asid urik yang membentuk hablur / kristal garam seperti jarum yang tajam dan membuatkan sendi bengkak & sakit.
RAWATAN
Pesakit boleh mengambil ubat Antigout seperti Alluperinol, Zylorik dan Calchocine atau sebagainya.
Dr Abdul Rahim juga akan melakukan satu prosedur menyedut bahagian bengkak di sendi lutut yang membentuk hablur / kristal gout.
Dibedah untuk mengeluarkan asid urik. Ia akan mengeluarkan bahan seperti kapur putih. Itu adalah kristal urik asid yang cair sebelum membentuk cecair sama yang lebih keras.
Sumber: Facebook Dr. Abdul Rahim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntungnya suami kepada Shila Amzah, Haris Idraki Elias! Walaupun berada jauh beribu batu di kota London tapi masih dapat nikmati juadah masakan Melayu hampir setiap hari. Lagi-lagi dimasak sendiri oleh isteri tercinta. Mesti lebih sedap dan rasa bahagia. Mahu berkali-kali tambah nasi!
Sebenarnya memasak bukanlah satu perkara yang susah bagi penyanyi bersuara lunak ini. Kata Shila, dia sudah mula masuk ke dapur dan belajar memasak ketika berumur 10 tahun lagi. Jadi lepas berkahwin dan ada tanggungjawab ‘jaga perut’ suami, Shila cuba untuk melaksanakan tugas itu sebaik mungkin dengan bantuan ibu tersayang.
Meskipun hanya mampu belajar dan kongsi resipi melalui Whatsapp dengan ibunya, anak sulung daripada empat beradik ini sanggup belajar bermacam-macam jenis masakan lain. Memang terserlah usaha gigih Shila untuk membahagiakan Haris.
Memandangkan sedang berada di bulan Ramadan, kebanyakan menu iftar disediakan Shila di rumah. Antara menu yang dimasak Shila seperti Nasi Tomato, Ayam Tandoori, Sate, Nasi Ayam, Begedil, dan Kurma Daging.
Disebabkan terbiasa dengan lauk Melayu, Shila sanggup berbelanja hampir RM320 semata-mata untuk membeli produk makanan Malaysia dan ramuan tradisi yang agak susah didapati di London.
“60 pound untuk semua ni. Yang penting dapat cari daun kari dan tempe. Yang lain-lain tu additional je. Rasa macam heaven pergi kedai Wingyip area Wembley tu. Walaupun jauh namun ku sanggup.
Diam tak diam Sha habiskan masa 2 jam beli benda ni je, simply sebab mesmerised tengok banyak barang Asian,” kongsi Shila di laman Instagramnya baru-baru ini.
Shila dah Haris selamat bergelar suami isteri pada tanggal 19 April lepas dan memutuskan untuk tinggal bersama suami di London.
Sumber : Instagram Shahila Amzah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kira-kira 70% daripada sistem imunisasi terletak di dalam sistem penghadaman kita. Sistem imunisasi berfungsi untuk menentang serangan virus, bakteria dan mikrob tanpa mengganggu tisu yang sihat.
Lebih sihat sistem penghadaman, lebih tinggi peluang untuk menguatkan sistem imunisasi bagi menentang penyakit.
Fungsi sistem penghadaman tidak terhad kepada makanan. Ia juga berperanan penting dalam kesihatan fizikal dan emosi. Sistem penghadaman menempatkan hampir 95% daripada serotonin sejenis bahan kimia yang mencetuskan ‘rasa’ gembira sekaligus mempengaruhi perasaan atau emosi.
Kekurangan bakteria baik dalam sistem penghadaman mengurangkan komunikasi neurotransmiter dengan otak lantas mempengaruhi emosi.
Ekosistem bakteria kompleks di dalam badan yang dinamakan mikrobiota mengawal perasaan dan minda dengan menyampaikan isyarat menerusi saraf vagus, yang berhubung dengan otak dan saluran penghadaman. Kajian mendapati peranan mikrofauna di dalam usus mempengaruhi minda.
MINUMAN BERKULTUR PILIHAN
Selama lebih empat dekad menjadi minuman susu kultur nombor satu di Malaysia, VITAGEN menggiatkan pelbagai inisiatif dan kempen bagi menggalakkan masyarakat menjaga kesihatan usus. VITAGEN dihasilkan melalui proses penapaian susu skim dan mengandungi berbilion kultur hidup dan aktif.
Kultur ini dirumus untuk melalui saluran gastrousus sambil membantu mengekalkan keseimbangan antara bakteria baik dan jahat bagi penghadaman dan sistem imun yang lebih baik. VITAGEN turut memastikan ekosistem bakteria dalam sistem penghadaman seimbang seterusnya meningkatkan kepekaan mental.
Sempena ulang tahun yang ke-40, VITAGEN melancarkan siri jelajah VITAGEN A-Maze-ing Challenge 2017 seluruh negara bermula di IOI City Mall, Putrajaya bagi mengetengahkan kepentingan sistem penghadaman sihat yang berfungsi meningkatkan imuniti, emosi dan kepekaan mental.
“Sempena ulang tahun ke-40 VITAGEN, kami bertekad untuk meneruskan penekanan terhadap kepentingan kesihatan sistem penghadaman dan peranannya dalam kesihatan fizikal dan emosi,” kata Poh Eng Lip, Pengurus Besar VITAGEN.
Siri jelajah lima hari ini berjaya menarik kira-kira 10 ribu pengunjung dari segenap lapisan masyarakat untuk ‘belajar sambil berhibur’ menerusi pelbagai aktiviti pendidikan dan interaktif.
Tarikan utama ialah cabaran Maze dalam bentuk botol VITAGEN yang memaparkan bagaimana meningkatkan kesihatan sistem penghadaman dengan cara yang menyeronokkan. Peserta yang berjaya dihadiahkan sebotol VITAGEN melalui mesin layan diri berinteraktif.
Roadshow VITAGEN A-Maze-ing Challenge 2017 juga dimeriahkan oleh tiga permainan yang menyeronokkan, iaitu ‘Kenali Sistem Penghadaman Anda’, ‘Hapuskan Bakteria Jahat’ dan ‘Cari Botol VITAGEN Yang Tersembunyi,’ yang menekankan tiga manfaat utama kesihatan sistem penghadaman.
“Acara ini membuka mata keluarga saya kerana kami dapat belajar hubung kait antara sistem penghadaman dan kesannya terhadap kesejahteraan kita secara keseluruhan,” kata salah seorang peserta. Maklumat lanjut berkenaan siri jelajah cabaran VITAGEN A-maze-ing 2017 layari www.vitagen.com.my. Amy Mohd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Warna Rasa Ramadan: Bufet iftar istimewa di Royale Chulan Hotels & Resorts. Bulan Ramadan bakal tiba, membawa bersamanya semangat kebersamaan dan kemeriahan iftar yang...