
Tahniah buat Datin Vivy Yusof dan YM Raja Jesrina Raja Arshad yang terpilih menerima anugerah khas di The Asean@50 Achievement Award, malam tadi.
Anugerah berprestij terserbut telah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed.
Datin Vivy Yusof, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif laman membeli-belah terkemuka, FashionValet, telah dipilih menerima Young Entrepreneur Award.
Sementara YM Raja Jesrina Raja Arshad, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif laman kesihatan dan kesejahteraan Purely B, menerima pengiktirafan Rising Entrepreneur Award.
Majlis yang dianjurkan oleh The Asean Business Advisory Council (ASEAN-BAC) itu diadakan bersempena sambutan jubli emas ASEAN ke-50 malam tadi. Turut menerima anugerah adalah Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah di atas sumbangannya membangunkan Malaysia dan negara Asia yang lain.

Syabas diucapkan kepada Datin Vivy dan Raja Jesrina. Anda berdua lambang wanita muda Asia yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Norzalina Mohd Alias
Murah Rezeki Anak Perempuan NOURUL DEPP, Bakal Lahir 7 Minggu Lagi Tapi Dah Dapat Banyak Hadiah!

Sedang menempuh fasa kehamilan 31 minggu, Nourul Depp nyata teruja untuk menimang cahaya mata baru tidak lama lagi. Lebih manis, ia merupakan kelahiran anak ketiganya bersama Eric Daniel Depp berketurunan Perancis yang dikahwini pada 6 Jun 2012 dan bakal memiliki zuriat perempuan pertamanya setelah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Zachary Depp dan Raphael Depp.
Sibuk menguruskan keluarga dan anak-anak, Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab kini berusia 41 tahun dan memiliki anak perempuan sulung, Ayu Nazirah hasil perkahwinan terdahulu bersama komposer terkenal, Ajai. Berhasrat untuk menamakan anak yang dikandungnya ini dengan nama Isabella jika diberi rezeki anak perempuan… impian itu nyata diperkenan Allah apabila dia disahkan hamil anak perempuan.
Terbaru, menerusi perkongsian Nourul di laman media sosial miliknya… penyanyi bersuara lunak ini bersyukur kerana Isabella dikurniakan rezeki yang melimpah. Mana tidaknya, Nourul yang dijangka bakal melahirkan Isabella tujuh minggu lagi sudah pun menerima banyak hadiah daripada rakan kenalan Nourul. Alhamdulillah!
Kongsi Nourul, “The strenght of law of attractions – saya teringin sangat nak beli emas. Padahal emas bukan lah fav walaupun Chek ni anak mami Penang. Kami ni suka diamond dan white gold. Tapi Isabella ni suka emas.
Tanya lah sana sini nak beli. Tapi tak beli-beli sebab busy. Only 3 person knew about it. My husband and Mona and Lili Zac my junior #divakurus coaches.
But, rezeki dah tertulis dan tarikan imaginasi tu sangat kuat. Auntie Imra Mansor ni tergerak hati nak beli pulak for Isabella. So nice of you my dear. I really appreciate it.”
Memang betullah orang cakap, rezeki anak tu lain-lain. Walau masih dalam rahim lagi pun, sudah tertulis rezeki untuk mereka. Buat Nourul dan Eric, semoga bahagia melayari bahtera perkahwinan hingga ke Jannah dan semoga urusan bersalin kelak dipermudahkan.
Kredit: Instagram Nourul Depp
Tengah Berpantang Pun Cantik, Peminat Kagum Perubahan FAZURA Lepas Bersalin!

Tak sampai sebulan melahirkan cahaya mata sulung, Nur Fazura Sharifuddin kembali mencuri perhatian peminat apabila tampil langsing. Menerusi perkongsian di Instagram, isteri kepada Fattah Amin ini memuatnaik gambar terbarunya sambil mendukung anak tersayang ketika hadir ke sebuah hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan.
Dalam entri tersebut, Fazura menyarung kemeja lengan panjang hitam bersama beg tangan jenama mewah Goyard yang tertera nama anaknya, Fatima. Meskipun hanya mengenakan solekan nipis namun ramai yang memuji wajah selebriti ini tampak lebih berseri. Tidak kurang juga yang terkejut melihat perubahan Fazura yang semakin susut.
Pada tanggal 2 Oktober lalu, aktres Hero Seorang Cinderella berkenaan dilaporkan telah selamat melahirkan anak perempuan. “Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.
Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah. Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga.”
Sebagai menunaikan janji terhadap peminat mengenai nama puteri sulungnya itu, Fattah dan Fazura akhirnya mendedahkan pemberian nama tersebut pada hari ketujuh kelahiran iaitu pada 9 Oktober lepas. Sambil upload video memangku anak, ini perkongsian mereka kepada peminat.
“Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima dah berusia seminggu tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial. Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy and Mommy fikir Fatima dah bersedia!”
https://www.instagram.com/p/CGHSQ88AQX3/
Walau sekadar dapat lihat muka Fatima secara ‘sipi-sipi’ saja tapi ramai yang teruja untuk melihat wajah sebenar anak pasangan romantis tanah air ini. ‘Kehadiran’ Fatima mula menjadi perhatian apabila Fazura mengumumkan kepada khalayak mengenai kehamilannya pada 17 April lalu ketika usia kandungan sudah mencecah empat bulan.
Diakui sepanjang kehamilan, setiap gerak-geri dan kelibat Fazura amat dinanti-nantikan serta mencuri perhatian ramai. Apa sahaja posting yang dimuatnaik Fazura di media sosial pasti meraih ratusan ribu likes dan komen. Rata-rata peminat dan rakan artis turut berkongsi rasa gembira selain memuji penampilan jelitawan ini sejak mengandung. Malah, pemakaian Fazura sepanjang hamil juga disedari ramai dan disifatkan cukup sopan.
Fazura dan Fattah sah bergelar suami isteri pada 27 November 2017. Sekali lagi tahniah buat Fattah dan Fazura! Moga ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat serta dipermudahkan segalanya.
Kredit: Instagram Nur Fazura & Fattzura Love Life
Anggun & Segak Anakanda Sultan Pahang Ini, Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-24!

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.
Semoga YAM Tengku berdua dikurniakan afiyah, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Tanggal 11 September genap 24 tahun usia anakanda kembar kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini.
Kedua-duanya iaitu YAM Tengku Ahmad Ismail dan YAM Tengku Puteri Afzan merupakan anak yang taat kepada ibu bapa. Selain dikurniakan raut wajah cantik dan kacak serta berpendidikan tinggi.
Menelusuri latar belakang pendidikan anakanda kembar Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang ini, YAM Tengku Panglima Perang dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan ialah graduan dari University of London di Egham, Surrey, United Kingdom.
Mengimbau majlis graduasi anak raja ini pada Julai 2023, YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi dan Sosiologi.
Manakala YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah pula dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.
22 Ogos lalu, Tengku Puteri Afzan selamat melangsungkan pernikahan dengan FD Idzham FD Iskandar. Majlis perkahwinan mereka mendapat liputan meluas di seluruh negara dan berlangsung selama tiga hari.