Kes baharu jangkitan COVID-19 pada hari ini (19 Mei 2021) mencatat jumlah tertinggi iaitu 6,075 kes. Selangor masih mendahului dengan 2,251 kes, Kuala Lumpur 660 dan Terengganu 203 kes. Penularan pandemik COVID-19 ini sudah semakin hampir dan kita sebagai rakyat perlu komited dan bertanggungjawab memutuskan rantaian COVID-19 ini.
Menjalani hidup dalam norma baharu dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan perlu dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab. Jangan sekali-kali lupa dengan pemakaian pelitup muka ketika keluar rumah dan mencuci tangan dengan sabun sebaik pulang ke rumah. Satu lagi langkah yang perlu kita lakukan adalah mengambil vaksinasi.
Ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech di Malaysia pada bulan Februari lalu sedikit sebanyak memberi sinar buat rakyat. Begitu juga apabila Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memberi peluang kepada orang ramai untuk menempah nama bagi mendapatkan vaksinasi AstraZeneca.
Penerbit terkenal Dato A Aida menjadi selebriti tempatan pertama menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di negara ini. Menurut laporan Harian Metro, Dato A Aida menerima suntikan itu menerusi keanggotaannya dalam pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berpangkat Kolonel Bersekutu.
Manakala pelakon dan anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin bersama suaminya Sirhan Wahab pula menjadi selebriti pertama menerima suntikan vaksin COVID-19. Walau bagaimanapun Sasha menerima suntikan vaksin di luar negara dan melengkapkan suntikan kedua di Emirates Field Hospital, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Sasha menerima suntikan vaksin Sinopharm.
Selebriti lain yang telah berkongsi pengalaman mendapatkan vaksinasi adalah;
Kavita Sidhu
Amelia Henderson
Dr Jezemin Lim
This website uses cookies.