Menjadi impian penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob untuk bekolaborasi dengan beberapa rangkaian hospital di bawah naungan IHH Healthcare termasuk Hospital Pantai, Hospital Gleneagles dan Pusat Perubatan Prince Court.

IKLAN

DATO’ FAZLEY YAAKOB Cipta Menu Baharu Untuk Pesakit Hospital, Ambil Masa Setahun Buat KajianDi platform Instagramnya, Datuk Fazley memaklumkan beliau sangat berbesar hati dengan kolaborasi tersebut kerana berpeluang menghasilkan menu-menu baharu untuk pesakit hospital.

Dedah Datuk Fazley, beliau mengambil masa setahun untuk melakukan kajian sebelum menghasilkan menu-menu tersebut.

DATO’ FAZLEY YAAKOB Cipta Menu Baharu Untuk Pesakit Hospital, Ambil Masa Setahun Buat KajianMenjengah di platform Instagramnya, Datuk Fazley berbesar hati memaklumkan tentang kolaborasi itu kepada para pengikutnya.

“Dengan berbesar hati, saya ingin umumkan kerjasama dengan semua hospital dibawah naungan IHH Healthcare Group termasuk Pantai Hospitals, Gleneagles Hospital dan Prince Court Medical Center.

“Ia sudah lebih setahun dalam pembikinan dan saya amat berbangga kerana ia telah membuahkan hasil hari ini.

“Saya anak Negeri Sembilan yang hidupnya berubah di luar jangkaan apabila saya menjuarai MasterChef Selebriti Malaysia 10 tahun lalu. Adalah menjadi impian saya untuk menjadi pembawa obor perubahan, untuk membawa makanan Negeri dan tempatan ke dalam bilik dan wad hospital tempatan kami.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengurusan IHH dan cef mereka yang hebat dan berkebolehan.

Kebanyakan daripada kita yang membesar di Malaysia ini mempunyai pemikiran dan pandangan khusus tentang rupa makanan hospital, walaupun sekiranya kita tidak pernah dimasukkan ke hospital. Kami tahu dengan tepat apa yang dijangkakan.

IKLAN

Tetapi hospital-hospital di bawah kumpulan IHH adalah berbeza dan telah berani serta mengalu-alukan idea-idea baharu mengenai makanan pesakit, justeru kerjasama kami adalah langkah semula jadi yang seterusnya untuk diterokai.

Menurut Dato’ Fazley, makanan kesihatan kini tidak lagi terhad kepada sup dan bubur sahaja kerana ia juga boleh dipelbagaikan dengan hidangan lain yang bagus untuk penyembuhan. Malah, cantik untuk dilihat dan menyelerakan.

DATO’ FAZLEY YAAKOB Cipta Menu Baharu Untuk Pesakit Hospital, Ambil Masa Setahun Buat Kajian
DATO’ FAZLEY YAAKOB Cipta Menu Baharu Untuk Pesakit Hospital, Ambil Masa Setahun Buat Kajian“Makanan kesihatan tidak lagi terhad kepada sup dan bubur. Kami memperkenalkan hidangan yang bukan sahaja baik untuk khasiat dan penyembuhan, tetapi juga cantik pada mata, senang di hidung dan mengujakan untuk hati dan minda.

IKLAN

DATO’ FAZLEY YAAKOB Cipta Menu Baharu Untuk Pesakit Hospital, Ambil Masa Setahun Buat KajianTerima kasih kepada rakan-rakan media yang telah menyokong semua penerokaan masakan saya sejak hari pertama.

Datuk Fazley memaklumkan, menunya itu sudah pun ada di semua hospital yang terlibat mengikut kesesuaian pesakit.

DATO’ FAZLEY YAAKOB Cipta Menu Baharu Untuk Pesakit Hospital, Ambil Masa Setahun Buat KajianBekas peserta Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) ini turut menyatakan beliau mahu memberi pengalaman baharu kepada mereka yang berada di hospital.

Datuk Fazley turut mencipta tiga kelompok makanan berbeza bergantung kepada setiap jenama hospital.

Kredit Foto: Instagram Dato’ Fazley Yaakob

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI