Menjadi impian penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob untuk bekolaborasi dengan beberapa rangkaian hospital di bawah naungan IHH Healthcare termasuk Hospital Pantai, Hospital Gleneagles dan Pusat Perubatan Prince Court.
Dedah Datuk Fazley, beliau mengambil masa setahun untuk melakukan kajian sebelum menghasilkan menu-menu tersebut.
“Dengan berbesar hati, saya ingin umumkan kerjasama dengan semua hospital dibawah naungan IHH Healthcare Group termasuk Pantai Hospitals, Gleneagles Hospital dan Prince Court Medical Center.
“Ia sudah lebih setahun dalam pembikinan dan saya amat berbangga kerana ia telah membuahkan hasil hari ini.
“Saya anak Negeri Sembilan yang hidupnya berubah di luar jangkaan apabila saya menjuarai MasterChef Selebriti Malaysia 10 tahun lalu. Adalah menjadi impian saya untuk menjadi pembawa obor perubahan, untuk membawa makanan Negeri dan tempatan ke dalam bilik dan wad hospital tempatan kami.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengurusan IHH dan cef mereka yang hebat dan berkebolehan.
Kebanyakan daripada kita yang membesar di Malaysia ini mempunyai pemikiran dan pandangan khusus tentang rupa makanan hospital, walaupun sekiranya kita tidak pernah dimasukkan ke hospital. Kami tahu dengan tepat apa yang dijangkakan.
Tetapi hospital-hospital di bawah kumpulan IHH adalah berbeza dan telah berani serta mengalu-alukan idea-idea baharu mengenai makanan pesakit, justeru kerjasama kami adalah langkah semula jadi yang seterusnya untuk diterokai.
Menurut Dato’ Fazley, makanan kesihatan kini tidak lagi terhad kepada sup dan bubur sahaja kerana ia juga boleh dipelbagaikan dengan hidangan lain yang bagus untuk penyembuhan. Malah, cantik untuk dilihat dan menyelerakan.
Datuk Fazley memaklumkan, menunya itu sudah pun ada di semua hospital yang terlibat mengikut kesesuaian pesakit.
Datuk Fazley turut mencipta tiga kelompok makanan berbeza bergantung kepada setiap jenama hospital.
Kredit Foto: Instagram Dato’ Fazley Yaakob
This website uses cookies.