Bagi peminat penyanyi nombor satu negara. Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan penyanyi ini sempena Konsert Sentuhan Kasih Diraja Perlis yang bakal berlangsung pada 6 April 2019 yang akan datang.
Sambil berhibur , konsert yang dianjurkan untuk mengutip dana untuk empat badan bukan kerajaan di Perlis iaitu Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah, Pusat Dialisis Tuanku Syed Putra, Persatuan Pandu Puteri cawangan Perlis dan Persatuan Pengakap Malaysia negeri Perlis.
Antara penyanyi yang bakal membuat persembahan termasuklah Dato Seri Siti Nurhaliza, Dato Yusni Hamid, Adibah Noor,Deja Moss dan Khai Bahar. Lebih istimewa, konsert ini turut mengundang penyanyi popular dan evergreen dari Indonesia, Harvey Malaiholo untuk turut serta memeriahkan konsert amal yang bakal diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Persembahan artis-artis ini akan dipimpin oleh konduktor muzik tersohor, Dato’ Mokhzani serta Orkestra RTM.
Tiket untuk menyaksikan persembahan istimewa ini boleh didapati pada harga RM2000, RM800, RM400 dan RM250. Semoga sumbangan dari para peminat dapat membantu empat badan bukan kerajaan di Perlis ini menjalankan aktiviti kemasyarakatan dengan sebaik mungkin dan mendapat keberkatan dari penganjuran majlis tersebut.
This website uses cookies.