Wah, tahniah buat Siti Sairah Taruddin yang kini sedang berbadan dua. Alhamdulillah, hampir lima bulan melayari bahtera perkahwinan sejak Februari lalu.. adik perempuan kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza akhirnya menerima perkhabaran gembira. Terbuka berkongsi foto imbasan kandungannya baru-baru ini, laman Instagram Sairah dihujani dengan ucapan tahniah daripada para peminat.
Ads
Ketika menghubungi isteri kepada Mohd Sharidan Johari ini, Sairah dalam nada teruja meluahkan rasa syukur dengan kurniaan terindah tersebut. Luahnya, “Alhamdulillah sekarang ni dah ok sikit. Masa awal-awal tu mabuk teruk. Muntah-muntah dan tak boleh bau makanan. Tak sedar pun pregnant tapi awal dulu macam rasa dah pening-pening tapi ok lagi. Dalam sebulan lebih baru pegi check.”
Untung Sairah dan suami kerana dikurniakan rezeki anak secepat ini. Nona doakan kesihatan ibu dan anak yang sedang dikandung ini sentiasa berada dalam keadaan baik sehinggalah detik kelahiran kelak.
Ads
Ads
Dengan berita kehamilan ini, Sairah bakal menimang cahaya mata keempat manakala ia adalah zuriat sulung bagi Sharidan. Ini merupakan perkahwinan kedua Sairah selepas berpisah dengan bekas suami pada 2014. Hasil perkahwinan terdahulu, Sairah mempunyai tiga orang anak iaitu Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehidupan berpoligami tidak semestinya perlu timbulnya isu malah bermasam muka. Ini yang dibuktikan oleh keluarga pelakon tampan Ashraf Muslim yang memuat naik gambar meraikan kedatangan bulan kemenangan bersama-sama kedua-dua isteri, mendapat perhatian netizen.
Biarpun berpoligami, Ashraf berjaya memberikan kebahagiaan buat keluarga besarnya. Malah perkahwinan Ashraf bersama dua isteri yang harmoni sering menjadi perhatian warganet.
Suami kepada Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi itu berkongsi foto mereka sekeluarga memakai sepersalinan biru pastel dan kelabu berlatarkan keindahan desa di samping ditemani kemeriahan keluarga masing-masing.
“Assalamualaikum guys. Kita masih lagi bulan syawal ini. Masih belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini serta keluarga saya. Ampun maaf dipinta dengan kesilapan yang kami lakukan sebelum ini. Selamat hari raya!,” tulis Ashraf.
Hubungan baik antara kedua-dua orang isteri beliau dan anak-anak menjadi inspirasi dan ramai yang mengagumi cara Ashraf yang sentiasa dilihat berlaku adil dan bahagia menjalani kehidupan dengan dua orang isteri.
Tak kurang juga ada yang mengagumi kedua-dua isteri Ashraf yang dilihat cukup bahagia dan masing-masing memahami peranan dan kepentingan masing-masing sebagai seorang isteri kepada seorang selebriti terkenal. Sesungguhnya kedua-duanya wanita ini cukup hebat dan kuat di mata NONA.
Menjengah perkongsian Ashraf di Instagram, ramai warga maya mendoakan agar keluarganya bahagia selama-lamanya. Untuk info, hasil perkongsian hidup Ashraf dengan Noor Dayana, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 8.
Manakala bersama Wan Sakinah pula, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 9, Adam Ashraf, 8, dan Safiyyah Ashraf, 4.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memasuki hari kedua tempoh kawalan pergerakan terhad, pastinya ramai mempunyai persepsi positif dan negatif mengenai situasi berkenaan. Namun, dek kerana ingin mengehadkan wabak COVID19 dari merebak dan mengancam lebih banyak nyawa, sudah pasti perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia ini perlu dipatuhi.
Bagi pelakon dan ibu kepada Mohamad Eidrees Hanif, Anzalna Nasir, ini adalah masa terbaik untuk keluarga kecilnya berkumpul dan menikmati saat-saat bersama dengan lebih harmoni tanpa perlu terkejar-kejar antara kerjaya dan urusan keluarga.
“Hanif seorang yang workaholic dan meletakkan 100 peratus komitmen apabila ia berkaitan dengan kerja dan perniagaan yang diusahakan. Kebiasaannya, 5 hari seminggu dia sangat sibuk dengan urusan kerja.
Selalunya weekend sahaja dapat luangkan lebih masa dengan dia. Bila cuti sempena pergerakan terhad selama dua minggu ni memberi peluang dan ruang untuk saya dan Eidrees meluangkan lebih masa dengan dia. Kalau tak malam je baru dapat jumpa!,” ujar Anzalna ternyata teruja dapat meluangkan masa yang lebih bersama keluarga kecilnya itu.
Tambah Anzalna lagi, ada sahaja aktiviti yang dilakukan di kediaman yang dihuni oleh mereka bertiga sahaja.
“Bila anak dah berumur 10 bulan ni, sememangnya saya dan Hanif teruja kena Eidrees bijak dan sering membuat kami tersenyum. Antara aktiviti yang kami lakukan termasuklah berenang, menonton filem, mengaji dan paling seronok bermain bersama Eidrees di mini playgound yang kami sediakan khas untuknya di dalam rumah.
Jangan tak tahu, kami juga ada planning untuk baking bersama selain mengambil peluang solat berjemaah dan mengaji bersama. Ia merupakan momen yang indah yang boleh dikenang di sebalik kegusaran dan kebimbangan tatkala negara dilanda wabak COVID19 yang bukan sahaja merisaukan rakyat Malaysia, malah dunia juga turut terkesan,” ujar Anzalna lagi.
Tidak dinafikan banyak perkara positif yang boleh dilakukan bersama oleh pasangan suami isteri apabila berhadapan dengan situasi genting seperti ini. Malah Anzalna dan Hanif memanfaatkan saat ini untuk meluangkan lebih banyak masa bersama di samping menjadikan aktiviti di dalam rumah seperti mengemas almari baju serta karaoke sebagai sebahagian aktiviti memenuhi hari.
Selain itu, Anzalna turut memuji sikap suami tersayang yang turut prihatin dan membantu golongan peniaga kedai makan dengan mempromosikan perniagaan mereka secara percuma di media sosial miliknya.
“Kedai makan yang ada buat penghantaran (makanan). Siapa nak suruh saya tolong promosikan secara percuma, sila DM (mesej secara peribadi) kepada saya.”- tulis Hanif di InstaStory miliknya.
Prihatin dengan situasi yang melanda negara, ibu kepada seorang cahayamata ini turut menitipkan nasihat supaya orang ramai lebih menjaga soal kesihatan dan mematuhi arahan kerajaan untuk mengikuti tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan.
“Sebenarnya banyak benda boleh di buat di rumah dan tak perlu sibuk nak keluar melainkan nak beli keperluan harian seperti makanan. Jangan mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Wabak ini sangat serius. Mengancam nyawa rakyat. Jangan degil dan selfish. Duduk rumah!”, ujar Anzalna melontarkan pandangannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik popular, Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara mengalami kebocoran air ketuban pada pagi Jumaat.
Menurut sumber mStar, Madammu masih menerima rawatan dan sedang menunggu keputusan ujian daripada doktor pakar.
“Saya masih di labour room sedang kontraksi. Ada leaking sikit. Selalu orang nak bersalin air ketuban pecah terus, macam saya air ketuban tu keluar sikit-sikit.
“Sekarang saya sedang tunggu keputusan daripada doktor. Doktor sedang pantau jantung bayi. Mereka pun sedang check leaking tu sebab apa,” katanya.
Usia kandungan yang berusia 36 minggu itu mengalami kebocoran air ketuban pada pukul 1 pagi dan sedang mengalami kontraksi ringan.
“Sebenarnya saya sudah rasa leaking tu lewat malam tadi kira-kira pukul 1 pagi. Saya tidur saja dulu dan hanya pantau di rumah. Lepas tu air tu dah tak keluar. Pagi tadi sekitar pukul 11 pagi saya ke hospital, doktor panggil untuk check air ketuban.
Buat masa sekarang saya ada juga sakit tapi tidaklah terlalu sakit,” jelasnya.
Madammu yang hamil melalui proses in vitro fertilization (IVF), dia sepatutnya melahirkan bayi secara pembedahan namun akur jika perlu melahirkan secara normal.
“Saya nak cakap pun susah sebab bukaan pun belum ada. Saya pun tak rasa sakit yang keterlaluan lagi.
“Sepatutnya saya bersalin Jumaat minggu depan iaitu 9 Jun, tapi kalau hari ini ada bukaan kemungkinan saya perlu melahirkan secara normal.
“Kemungkinanlah, saya tak pasti sebab nak kena tunggu keputusan doktor juga. Kalau saya melahirkan hari ini, kiranya awal seminggulah,” ujarnya.
Terdahulu, Madammu dikejarkan ke hospital akibat mengalami tekanan darah tinggi secara tiba-tiba kerana tidak dapat rehat yang cukup.
Madammu juga akan tampil dengan rancangan realiti TV nya sendiri yang bakal bersiaran hari ini, setiap Sabtu pukul 10 malam.
Sumber: Mstar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...