Gaya Hidup

Datuk Amy Cecah Usia 65, Masih Segak & Bakal Buat Konsert, Nabila Huda Titip Doa Bapa Tersayang!

Penampilan Datuk Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search sentiasa menjadi perhatian peminat. Pada 28 Julai lepas penyanyi kumpulan rock ini meraikan ulang tahun kelahiran dan genap mencecah usia 65 tahun.

Meskipun sudah berumur 60an namun pesona dan aura Datuk Amy masih utuh. Malah dia kelihatan segak, bertenaga dan ranggi. Sebelum ini isteri tercinta Datuk Amy memberitahu penyanyi berkenaan cukup menjaga pemakanan.

Tidak hairanlah bapa kepada pelakon wanita berbakat besar, Nabila Huda ini ‘maintain’ bertubuh kecil sama seperti ketika zaman mudanya.

Kredit Instagram @kupu_kupu
Kredit Instagram @kupu_kupu
Kredit Instagram @kupu_kupu

Bersempena hari lahir bapa tersayang, Nabila atau mesra disapa Abil mentitipkan doa buat Datuk Amy baru-baru ini di media sosial.

“Selamat hari lahir yang ke-65 pujaan hatiku, my hero, my idol, papaku sayang Amy Search! I love you so much papa!! Jom ramai-ramai wish his birthday dan doakan papa saya sentiasa sihat, dipanjangkan umur.. Amin!

Pastu kan 12 August ni Search ada konsert kat genting, marilah kite ber “fantasia bulan salju” di arena of stars!”

Kredit Instagram @kupu_kupu
Kredit Instagram @kupu_kupu
Kredit Instagram @kupu_kupu

Wah, usia dah lebih 60 tahun pun Datuk Amy gagah beraksi di atas pentas dan mengadakan konsert!

Pelantun lagu Isabella ini menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2022 bersempena hari ulang tahun kelahiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-73.

Kredit Instagram @akuamysearch
Kredit Instagram @akuamysearch
Kredit Instagram @akuamysearch

Ia merupakan penghargaan paling manis buat dirinya yang sudah berkecimpung dalam bidang seni selama 43 tahun.

Datuk Amy juga mendirikan rumah tangga bersama Norhasniza Hassan atau dikenali sebagai Nourish pada tahun 2003.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/datuk-2-cucu-usia-49-tahun-wajah-awet-muda-abang-datin-anne-ngasri-jadi-tumpuan/

Share
Published by
Suzi