Datuk Nurul Zahid Kongsi Doa Nabi Zakaria AS Sebagai Usaha Mendapatkan Zuriat

Setiap pasangan suami dan isteri pasti mengharapkan kehadiran zuriat sebagai penyeri hidup dan penyambung kasih sayang. Tidak kira sama ada perkahwinan pertama, kedua atau seterusnya setiap pasangan sentiasa berdoa agar dikurniakan cahaya mata.

Walaupun Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid telah mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu namun tetap mengharapkan agar dikurniakan zuriat hasil perkahwinan dengan Dato’ Saiful Nizam.

Anak sulung kepada Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini telah berkongsi di laman media sosialnya tentang amalan doa Nabi Zakaria AS sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat.

Kongsinya, “Hubby sent this. Inshaa Allah Sayang. Takda baby lagi pun semua rezeki Allah. I ada ‘baby besau’ nak kena bela, nak kena faham perangai dia yang perlukan perhatian lebih dari real baby.

Datuk Nurul Zahid bersama anak sulungnya.

Kita pun dah ada anak masing-masing yang harus diberi perhatian dan kasih sayang. Tanggung jawab kita sama-sama besar untuk keluarga besar kita. Allah Maha Mengetahui. Kalau Allah SWT nak bagi rezeki, kembar 10 pun Dia boleh kurniakan. I nak jaga Sayang, Kak Zana, anak-anak kita sama-sama. Kalau ada umur, nak tengok cucu-cucu.

Untuk yang tak punya zuriat lagi, jodoh atau apa sahaja rezeki yang kita harapkan, Allah SWT tahu apa keperluan kita bukan apa yang kita perlukan. Be happy! “Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nasir”. Cukuplah ALLAH sebagai penolong kami, dan ALLAH adalah sebaik-baik pelindung,” kongsinya.

Komen Datuk Nurul Zahid ketika diajukan persoalan tentang bermadu, “Bagi saya dalam sesebuah perkahwinan itu kejujuran amat penting. Saya sendiri sebelum ini amat pantang dengan lelaki yang beristeri dua.

Namun setelah melaluinya saya faham mengakui bahawa perkahwinan akan menjadi berkat sekiranya si suami jujur.

Seperti saya, kakak sendiri yang datang merisik saya dan menyarungkan cincin di jari. Kerana sewaktu suami melamar saya, syarat yang saya kenakan adalah kakak perlu tahu perkara ini.

Alhamdulillah penerimaan yang ditunjukkan oleh kakak menjadikan saya seorang insan yang bersyukur. Berbalik soal madu yang bergaduh dan bermasam muka seperti yang banyak terjadi kini,” tutur Datuk Nurul Zahid yang bermadu dengan Datin Bahazanariah.

Datuk Nurul Zahid bersama ibunya.
Share
Published by
Hamizatul Maizan