Terngiang-ngiang ajakannya “Jom Audit Diri Kita” yang menyeru masyarakat meninggalkan perkara negatif seterusnya sentiasa berbuat baik lebih-lebih lagi bersangka baik terhadap Allah SWT.

Ads

Tidak pernah lelah mendengar Datuk Prof Dr Che Muhaya Haji Mohamad ini berhujah dan setiap butiran kata yang keluar dari bibirnya adalah benar belaka.

Datuk Prof Dr Muhaya Kongsi 2 Formula Untuk Berjaya Di Dunia & Akhirat

Pengalaman luas Datuk Prof Dr Muhaya dalam bidang kedoktoran banyak membantu kelancarannya bertutur. Bercerita tentang mengecap kebahagiaan di dunia dan akhirat, Datuk Prof Dr Muhaya sempat berkongsi tentang formulanya.

“Formula kejayaan nombor satu adalah betulkan dan sempurnakan solat. Jika awal-awal lagi solat tidak sempurna atau tidak sah sudah pasti akan gagal di dunia dan juga di akhirat.

Yang kedua pula perbanyakkan taubat kerana doa orang yang berdosa paling tidak dimakbulkan oleh Allah SWT. Dosa-dosa yang berterusan serta tidak memohon keampunan Sang Pencipta akan menarik kejahatan menguasai diri,” terang Datuk Prof Dr Muhaya tentang dua formulanya.

Leka mendengar Datuk Prof Dr Muhaya melontarkan pandangan sehingga tidak terasa masa berlalu. “Saya nak bagi tip macam mana nak ubah kehidupan dengan membina imej baharu. Kalau sebelum ini imej yang melekat sejak kecil (lingkungan umur dalam lingkungan di bawah 7 tahun), ibu sering melemparkan kata-kata negatif seperti kita ini seorang yang lembap.

Datuk Prof Dr Muhaya Kongsi 2 Formula Untuk Berjaya Di Dunia & Akhirat

Kita akan membesar dengan imej sebegitu kerana kata-kata tersebut telah direkodkan di dalam otak kita dengan imej lembap. Namun kita masih belum terlambat untuk berubah. Bagaimana nak berubah? Senang sahaja, kita cipta ‘software’ yang baharu.

Kita tukar skrip kehidupan dengan perkara yang baik-baik dan mempunyai hasrat untuk menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya. Caranya, tutup mata dan bayangkan diri sendiri dengan imej baik yang mahu ditampilkan.

Datuk Prof Dr Muhaya Kongsi 2 Formula Untuk Berjaya Di Dunia & Akhirat

Ads

Ini adalah cara kita bercakap dengan minda bawah sedar. Minda bawah sedar ini sebenarnya dibentuk sejak kita masih kecil lagi. 95 peratus kehidupan kita disebabkan dan dipengaruhi oleh minda bawah sedar atau internal programming.

Kemudian baca Al-Quran, solat witir, baca ayat 3 qul dan maafkan orang di sekeliling untuk bersihkan jiwa. Bangun esok pagi pasti menjadi orang yang baharu,” bicara wanita yang menghabiskan masanya dengan membaca.

Datuk Prof Dr Muhaya Kongsi 2 Formula Untuk Berjaya Di Dunia & Akhirat

Ads

Bercerita tentang keistimewaa wanita di mata Allah SWT pula, “Kita sebagai wanita memang dijadikan begitu istimewa. Namun, kelemahan wanita adalah mengumpat dan kufur terhadap suami.

Datuk Prof Dr Muhaya Kongsi 2 Formula Untuk Berjaya Di Dunia & Akhirat

Orang setuju atau tidak setuju masalah utama wanita adalah melawan cakap suami, yang kedua sombong atau seteru dengan ibu mentua, yang ketiga garang terhadap anak-anak, keempat sering menunjuk-nunjuk dengan kawan-kawan dan kelima garang dengan pembantu rumah atau staf,” tutur Datuk Prof Dr Muhaya yang mula ditauliahkan sebagai doktor pada 17 Ogos 1985, setelah mendapat Ijazah Doktor Perubatan (M.D) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Datuk Prof Dr Muhaya Kongsi 2 Formula Untuk Berjaya Di Dunia & Akhirat

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI