Inilah yang dinamakan sahabat sejati, mahal nilai persahabatan mereka. Yang akhirnya membawa kepada ikatan yang berkekalan. Diharapkan sampai ke syurga hendaknya, Insha-Allah.
Ads
Itulah jodoh, tiada siapa yang dapat menjangkakannya. Hikmah dari persahabatan kedua ibu bapa yang akhirnya ‘mempertemukan’ jodoh anak gadis dan teruna.
Anak ketiga kepada pelakon, penerbit, pengacara dan usahawan Datuk Rosyam Nor iaitu Nurlisa Mohamed Noor, 25, memilih Khairul Azhar Fazli, 26, sebagai suami. Baginya ini merupakan keputusan terbaik apatah lagi mereka sudah lama berkenalan sejak menuntut di sebuah universiti di Perth, Australia.
“Kebetulan ibu bapa kami memang telah lama bersahabat iaitu sejak kami kecil cuma kami tidak pernah bertemu. Pertama kali bertentang mata di satu majlis “Club Day/Guild Day” di university. Ia membuatkan hubungan kami mula akrab. Ketika itu, Khai merupakan presiden Association of Malaysian Students di universiti itu,” kongsi Nurlisa mengenai detik perkenalannya dengan suami tercinta.
Melihat perwatakan Nurlisa yang disifatkan sebagai seorang gadis yang happy go lucky, Khai amat tertarik dengan keperibadiannya. Tambahan pula, ikatan kekeluargaan yang sangat akrab juga menjadi salah satu sebab Khai jatuh cinta kepada anak Datuk Rosyam Nor dan Datin Runika Yusof ini.
Sementara Nurlisa pula, amat menyenangi keperibadian Khai yang baik hati serta pemurah terhadap dirinya serta amat mengambil berat sepanjan pengajian di bumi Australia.
Ads
Nurlisa memilih tarikh 12 Februari 2022 untuk mengikat tali pertunangan. Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran. Adi Decor bertindak selaku penata rias dekorasi majlis yang menampilkan tema elegan namun masih mengekalkan kesederhanaan. Nurlisa anggun dalam persalinan Zaimi Zulkafli.
MAJLIS NIKAH
Berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur dan dihadiri kaum keluarga serta kenalan terdekat. Bertemakan Enchanted Forrest, ia menampilkan elemen natural. Live orchestra dari OJ Kustik yang membawa 22 pieces instrument menjadi pilihan mempelai bagi menghiburkan para tetamu.
Ads
Majlis penuh emosi dan kesyukuran itu turut menyaksikan upacara khatam Quran oleh pihak lelaki sebagai tanda ianya dibaca/dikhatamkan serta menjadi mahar/hantaran yang diminta oleh pihak pengantin perempuan. Tiada wang hantaran diminta. Penyerahan mahar adalah berupa naskhah Al Quran oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Dalam majlis itu, Nurlisa anggun mengenakan busana serba putih rekaan Mimpikita manakala Khai menyarungkan persalinan Man Kajang.
Semoga Nurlisa dan suami kekal bahagia selamanya. Untuk info, Datuk Rosyam Nor dikurniakan lima orang anak perempuan di mana dua daripadanya telah pun berkahwin.
Kredit Foto: Instagram Nurlisa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya minggu lalu ibu kota Kuala Lumpur disajikan dengan pelbagai persembahan hiburan berskala besar yang melibatkan artis dari negara jiran. Usai Konsert Ulang Tahun Ke -30 Kumpulan Dewa 19, konsert Faztival Fazura pula mengambil tempat.
Konsert tersebut telah menggabungkan beberapa nama besar dalam industri hiburan termasuklah Dato M.Nasir, Ella, Ruffedge dan beberapa barisan selebriti lain.
Antara selebriti yang mencuri tumpuan tentulah Ahmad Dhani dan Mulan Jameela yang turut diundang membuat persembahan.
Kemunculan penyanyi terkenal Indonesia, Mulan Jameela di konsert tersebut mencuri tumpuan apabila tampil sopan dengan busana merah dan tudung yang menutupi bahagian dadanya. Ternyata ramai penonton terpukau dengan penampilan Mulan dengan imej terbaharunya itu.
Biarpun penampilannya sudah berubah, namun ketika Mulan mempersembahkan lagu hitsnya, Makhluk Tuhan Paling Seksi, ternyata ia tidak menjadi halangan untuk Mulan memberikan persembahan terbaik dan penuh bertenaga untuk menghiburkan para peminat.
Lontaran vokal Mulan sewaktu menyampaikan lagu popularnya itu harus diberikan pujian kerana Mulan mempunyai kekuatan vokal yang baik serta cukup bertenaga walaupun usianya sudah mencecah 43 tahun!
Jika sebelum ini peminat mengenali peribadi Mulan kerana penampilannya yang seksi, kini kompas hidupnya berubah. Baju yang selama ini ‘melekap’ di tubuh kini longgar tanpa mengikut bentuk badan, gaya tudungnya pula labuh dan mematuhi syariat Islam selain lengkap mengenakan stokin kaki dan tangan. Memang menepati ciri-ciri wanita muslimah sebenar. Untung Ahmad Dhani! Untuk rekod, Mulan mula berhijab penuh selepaspulang dari Palestin pada tahun 2019.
Selain bergelar selebriti, Mulan turut menyandang status sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR). Mulan dikurniakan dua cahaya mata menerusi perkahwinan pertama bersama Harry Nugraha iaitu Tiara Savitri dan Muhammaf Rafly Aziz. Selain Safeea, Mulan juga mempunyai anak lelaki, Muhammad Ali, hasil perkahwinannya bersama Ahmad Dhani.
Kredit Foto: Instagram Mulan Jameela
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jasa seorang ibu melahirkan dan membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang tak dapat dibalas dengan wang ringgit. Memori bersama ibu kekal sampai bila-bila, lebih-lebih lagi apabila wanita kesayangan telah pergi buat selama-lamanya. Pelakon berdarah kacukan Melayu-Scottish ini rupanya mempunyai kisah tersendiri dengan ibunya sehingga menjadi inspirasi untuk memulakan perniagaan.
Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross atau lebih mesra disapa Catriona ini mula berjinak-jinak membuka perniagaan mini katering. Apabila ditanya kenapa Nasi Arab menjadi pilihan anak wanita kelahiran Kelantan ini, jawabnya, “Nasi Arab menjadi pilihan sebab saya memang minat dengan masakan Arab.
Akibat terlalu kerap makan Nasi Arab saya nekad untuk cuba masak sendiri. Lagipun makanan Arab ni terlalu dekat di hati. Dulu waktu kecil, saya sekeluarga pernah tinggal di Arab Saudi dan terbiasa dengan makanan Arab. Waktu itu arwah ibu masa ada dan kami adik beradik selalu bawak ibu pergi makan ke restoran Arab,” tutur Catriona yang memang suka berkongsi pelbagai jenis masakan terutama makanan sihat di laman media sosial miliknya.
Walaupun menerima tempahan masakan buat graduan Komunikasi Massa dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini sedikit penat tapi bahagia kerana suka dengan apa yang dilakukan olehnya. “I truly did what I enjoy doing. Spent my time at home cooking and taking orders for my Mandy Chicken rice or Nasi Arab to some of you. Terima kasih sangat pada yang order sepanjang PKP ni.
I was also offered to do a small scale catering today which I was so excited about. It was a makan-makan for a few people and I’m so happy all turned out well. Thank you for ordering tau!
Ramai tanya tak penat ke buat kerja all alone. Honestly, kadang-kadang tu rasa macam nak tidur je tapi bila tengah buat tu rasa best and bila orang suka, rasa puas, terus tak jadi nak rest,” coret Catriona tentang perniagaan kecil-kecilannya. Semoga Catriona maju jaya bergelar usahawan makanan dan mana tahu lepas ini, perniagaan mini katering Catriona berubah ke skala yang lebih besar. Kalau dah rezeki tak ke mana kan?
*Kaki tak penat berjalan kalau pakai kasut yang selesa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hampir 5 minit, setiap mata yang menyaksikan temasya perasmian Sukan SEA 2017 terpukau dengan aksi gadis berbaju putih ini ‘terbang’ di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Detak jantungnya dapat dirasakan. Dengan riak wajah yang sedikit gugup, akhirnya dia terpilih menyalakan obor terakhir sebagai simbolik bermulanya acara sukan berprestij itu.
Dia, Dhabitah Sabri, bukan calang-calang orangnya.
Dilahirkan pada 12 Julai 1999 dan berusia 18 tahun, atlet terjun negara dengan ketinggian 152cm ini pernah meraih kedudukan lebih tinggi berbanding rakan sepasukannya, Pandalela Rinong.
Beliau yang selesa dengan gelaran Bitah, berlatih 8 jam sehari, 6 hari seminggu, bersama rakan terjunnya.
Dan tahukah anda, sehingga kini Dhabitah Sabri kekal sebagai penerjun paling muda Malaysia yang memenangi kategori senior antarabangsa? Ya, beliau pernah memenangi pingat emas dalam acara springboard Kejohanan Renang Asia Tenggara 2012 pada usia 12 tahun. Hebatkan?
Pengalaman yang dikutip atlet paling muda negara dalam Sukan Olimpik Rio, Nur Dhabitah Sabri, memberi impak bermakna untuk dia terus mencipta kejayaan pada masa hadapan.
Prestasi konsisten atlet terjun dari Kuala Lumpur itu sepanjang pembabitan dalam arena sukan terjun telah menyemarakkan lagi semangatnya untuk meraih pingat dalam Sukan SEA 2017.
Mungkin juga disebabkan pencapaian Dhabitah di pentas Olimpik lalu telah melonjakkan pemilihannya untuk menyalakan obor temasya perasmian Sukan SEA 2017 sebentar tadi.
3 Perkara Perlu Tahu Tentang Dhabitah
Dia bermula sebagai perenang pada umur 7 tahun, namun kemudiannya bapa beliau menyedari bahawa beliau mempunyai ciri-ciri penerjun.
Dia sering tersenyum kerana ia membantunya untuk bertenang dan melupakan rasa gemuruh.
Selepas bersara daripada sukan terjun, dia ingin menjadi penyampai hiburan TV. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...