Siapa masih ingat dengan Datuk Shake? Penyanyi legenda sepanjang zaman. Semestinya figura ini masih dirindui meskipun sekian lama menetap di bumi Perancis sejak tahun 70an. Datuk Shake kini bahagia bersama isteri, anak-anak serta cucu di sana.
Datuk Shake atau nama sebenarnya ialah Datuk Sheikh Abdullah Ahmad Bahweres masih diingati sehingga kini. Lagu-lagu dendangannya sejak dulu sampai sekarang kekal menjadi siulan. Bak kata pepatah, malar segar!
Di era kegemilangannya, nama anak jati Johor berketurunan Yaman ini melonjak dengan beberapa lagu ‘berhantunya’ seperti Umi, Anugerah Dari Kegagalan dan Lina.
Menyingkap perjalanan awal karier seninya, Datuk Shake ‘terbang’ keluar negara untuk membina nama pada usia 22 tahun. Beliau membawa bakat yang ada dengan menyanyi di kelab malam. Ternyata, percaturannya ketika itu membuahkan hasil. Namanya dikenali ramai di bumi Perancis.
Memiliki bakat dan vokal bertaraf ‘international’ Datuk Shake berjaya membuktikan kehadirannya dalam industri seni berimpak tinggi. Tak hairanlah bakatnya diterima sampai ke Perancis termasuklah negara-negara Eropah. Datuk Shake juga membuktikan beliau mampu membawa lagu-lagu berbahasa Perancis. Hebatnya!
Untuk info, Datuk Shake memiliki 10 buah album termasuk ‘Kau Bungaku’ pada 1983, Bicara Tentang Cinta (1984), Cinta Dan Hidup (1984) dan Chameleon (2012).
Menariknya lagi, di bumi Perancis jugalah Datuk Shake bertemu jodoh dengan isterinya, Datin Melina Shake Abdullah yang merupakan wanita Perancis berketurunan Czechoslovakia. Mereka dikurniakan empat anak iaitu sepasang anak kembar Nicholas dan Amaro, Natacha serta Mina.
ANAK KEMBAR WARISI KETAMPANAN
Bercakap tentang anak kembar Datuk Shake iaitu Nicholas dan Amaro, mereka mewarisi wajah tampannya ketika muda.
Amaro atau nama sebenarnya Amaro Aizul Shake memiliki karakter yang tegas dan tidak mudah tersenyum. Pemikirannya juga lebih matang dari usia sebenar. Manakala Nicholas Shake seorang pelakon yang sedang mencipta nama di Hollywood dan pernah membintangi filem-filem hebat.
Selain mempunyai beberapa orang pembantu, segala aktiviti seni Datuk Shake diuruskan oleh isterinya.
Sungguh pun sibuk dengan karier seni, Datuk Shake tetap tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa. Datuk Shake begitu menitikberatkan soal pendidikan anak-anaknya.
Dari sudut didikan agama kepada isteri dan anak-anak pula, katanya: –
“Saya mengajar sendiri isteri dan anak-anak mengaji ketika berada di rumah. Saya terangkan juga tentang ajaran Islam agar mereka tahu tentang latar belakang keluarga kami. Alhamdulillah anak-anak boleh terima apa yang saya ajar kepada mereka,” kata Datuk Shake seperti yang dikongsi kepada Utusan.
Biarpun usianya sudah mencecah 70 tahun namun Datuk Shake kelihatan masih kacak dan bertenaga. Selain rajin bermain tenis Datuk Shake mendedahkan: –
“Pada usia menginjak ke 70 tahun, saya masih mengikuti latihan vokal. Itulah yang ‘memudakan’ kita. Selain latihan vokal, nak kena jaga makan serta kesihatan dan kecergasan badan.”
Sering digelar The Greek God of Bollywood, ketampanan aktor Bollywood, Hrithik Roshan sampai sekarang masih menjadi pujaan. Walaupun sudah berusia 48 tahun, bapa tunggal kepada dua anak lelaki itu tetap popular dan menjadi salah seorang pelakon termahal di India.
Berdarah kacukan Punjabi dan Benggali, anak kepada pengarah filem terkenal Rakesh Roshan ini mula menempa nama melalui filem ‘Kaho Naa… Pyaar Hai’.
Tapi sayangnya rumah tangga yang dibina dengan pereka fesyen dan pereka hiasan dalaman, Sussanne Khan selama 14 tahun tersungkur di tengah jalan.
Perkahwinan mereka yang termeterai pada tahun 2000 berakhir pada 2014 dengan dikurniakan dua zuriat.
BAPA TUNGGAL
Pasangan Hrithik dan Sussanne dikurniakan dua anak lelaki – Hrehaan Roshan, 16, dan Hridaan Roshan, 14. Meskipun hak penjagaan anak-anak diberikan kepada si ibu, tetapi Hrithik bertanggungjawab memberikan didikan serta kasih sayang sebagai bapa kepada mereka.
Meskipun sudah berpisah, namun pasangan berbeza agama ini tetap menjalinkan hubungan baik. Biarpun sudah mempunyai pengganti, Sussanne yang merupakan anak pelakon Sanjay Khan masih dilihat mesra dengan ahli keluarga bekas suaminya, termasuk menghadiri sambutan hari jadi ke-50 Sunaina, kakak Hrithik baru-baru ini.
Malah ketika India mengenakan perintah berkurung pada tahun 2020, Sussanne Khan, 46, telah berpindah ke rumah bekas suaminya untuk sama-sama membesarkan anak mereka.
Kesempatan kuarantin tersebut digunakan sebaik-baiknya oleh bapa tunggal itu dengan menghabiskan seluruh masanya disamping anak-anak.
“Saya gembira apabila bekas isteri secara sukarela berpindah sementara ke rumah ini agar anak-anak tidak merasa ‘terpisah’ dengan kami berdua.
Terima kasih Sussanne kerana sentiasa menyokong dan memahami perjalanan kita sebagai ibu bapa.” Hrithik Roshan
Antara aktiviti mereka di rumah adalah bersenam, selain menghabiskan banyak masa bapa-anak bersama-sama.
Memang terserlah sifat kebapaan yang penyayang di jiwa aktor hebat itu. Kini walaupun sudah kembali sibuk di layar perak, Hrithik sebagai bapa sentiasa mengambil berat perihal anak-anaknya yang kian meningkat dewasa.
Selain lakonan, lelaki yang mempunyai sepasang mata hazel kehijauan ini juga mahir menari. Beliau juga aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, menjadi duta produk dan usahawan.
Nampaknya kedua-dua anak lelaki Hrithik bertuah mewarisi rupa paras ibu bapa mereka. Mesti dah besar nanti, segak macam bapa tercinta! Mana tahu bakal warisi bakat Hrithik jugak, jadi anak seni Bollywood.
Jom tengok foto-foto Hrithik dan anak-anak ketika mereka bercuti tahun lalu…
Wanita dan kereta, bukanlah gabungan yang ideal namun Alex Hirschi membuktikan yang sebaliknya. Wanita ini membuktikan, dunia automotif bukan hanya milik kaum lelaki semata-mata. Bahkan, kaum hawa juga mampu mencipta kejayaan dalam bidang tersebut.
Itulah cerita seorang wanita yang dikenali sebagai Alex Hirschi. Hirschi sebelum itu telah mencuba pelbagai pekerjaan, namun semuanya tidak memuaskan. Pun begitu, empunya diri yang mendapat gelaran Supercar Blondie enggan berputus asa. Minatnya terhadap kereta membuatkan beliau menyewa sebuah Bugatti dan memuat naik ulasan berkenaan kereta tersebut menerusi laman sosial.
Siapa sangka, video tersebut meraih perhatian ramai. Rata-ratanya melahirkan rasa kagum dan memuji kreativitinya.
Hari ini Hirschi menjadi satu-satunya wanita yang dicari oleh pengeluar kereta mewah seperti Bugatti dan Ferarri bagi mempromosikan model terbaharu syarikat mereka. Ketika mengisahkan bagaimana permulaan beliau berjinak-jinak dalam bidang automotif, wanita berkenaan berkata, pada mulanya beliau terpaksa mengeluarkan wang sendiri.
Beliau juga tidak lari daripada kritikan dan statusnya sebagai seorang wanita membuatkan banyak syarikat kereta menolak cadangan bekerjasama dengannya. Pun demikian, isteri kepada jurufoto dan mantan pegawai bank itu terus mengorak langkah.
Beliau antara lain menghasilkan satu video seminggu dan ia dilakukan selama 52 minggu berturut-turut. Hasil usahanya, Hirschi yang pernah bekerja sebagai penyampai radio dan pengacara untuk Dubai Eye 103.8 mempunyai 6.5 juta pelanggan YouTube manakala pengikut Facebooknya mencecah 39 juta.
Menurut beberapa media antarabangsa, beliau merupakan salah seorang pengulas kereta wanita paling popular di dunia dan telah memandu lebih 500 supercar. Dalam pada itu, menurut South China Morning Post, berdasarkan tinjauan pada tahun 2020, laman web perbandingan perkhidmatan kewangan British GoCompare, Hirschi dianggarkan mampu memperoleh AS$1.4 juta setahun daripada siaran media sosial yang mendapat tajaan. Sehingga tahun 2021, nilai bersih Supercar Blondie miliknya dianggarkan berjumlah AS$17 juta.
Sumber SCMP & Alhushairi Samsudin
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Tertarik dengan konsep kongsi rezeki yang diamalkan oleh Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Fesyen MINAZ, Hafiza Abd Hamid ini dalam perniagaannya.
Cara perniagaan yang dipraktikkan oleh usahawan muda ini terarah kepada konsep kongsi rezeki dengan membuka peluang menjana pendapatan kepada orang ramai untuk menjadi agen dan stokis.
“Di era pandemik ini, kita tahu ramai yang bergelut meneruskan kelangsungan kehidupan. Tapi, jenama kosmetik dan tudung saya sendiri berjaya membantu ramai yang ingin mengubah taraf kehidupan.
“Daripada fasa Perintah Kawalan Pergerakan hinggalah Pelan Pemulihan Negara, ia memberi 1001 hikmah kepada saya untuk membantu lebih ramai lagi menjana pendapatan.
“Ramai golongan sudah dapat menjana pendapatan bersama rangkaian perniagaan saya. Termasuklah golongan suri rumah dan pelajar. Berniaga dengan cara saya bukan setakat mahu kaya, tapi kena berjaya dan bergaya juga.
Insya-Allah saya mensasarkan lima orang bakal jadi jutawan menjelang hujung tahun ini bersama jenama MINAZ,” kata isteri kepada Tamizee Adzman ini.
Hafiza Abd Hamid atau lebih mesra disapa Pija ini juga mempunyai strategi yang menarik dalam perniagaannya. Baru-baru ini, usahawan ini boleh tersenyum bangga apabila koleksi MINAZ Hijab terjual 150,000 helai dalam tempoh kurang sejam.
Percaturan menggunakan selebriti popular, Nora Danish sebagai wajah kempen tudung bawal jenama MINAZ Hijab membawa tuah apabila pra tempahan produk itu berjaya terjual 150,000 helai dalam tempoh kurang sejam.
“Ini kempen kedua dijalankan kami bagi menjual tudung bawal siri Blossom dan menggunakan Nora Danish sebagai penyeri. Biarpun ada yang tak suka dengan pemilihannya kerana berimej seksi, tapi saya melihat semua ini daripada sudut yang lebih luas.
“Pemilihannya bersesuaian dengan konsep corak bunga pada tudung yang disifatkan manis dan elegan. Personaliti Nora yang mudah didekati dan ceria juga menyimpulkan keseluruhan perlambangan koleksi tudung.
“Dia juga boleh jadi magnet tarikan untuk mempengaruhi ramai wanita untuk mengenali, memakai dan menyertai komuniti keluarga MINAZ Hijab.
Siapa tahu suatu hari nanti semua ini jadi asbab untuk dia bertudung dan memilih tudung jenama saya sebagai suntikan semangat,” kata Pija yang menceburi dunia fesyen modesty atau kesederhanaan sejak 11 tahun lalu.
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...