Baby number 7 is on the way!! Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszapahar Shukor berkongsi sebuah berita gembira yang dia dan isteri bakal menimang cahaya mata ke-7 menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya. Dr Sheikh memuat naik sebuah video di Instagram miliknya menunjukkan momen penuh ceria di saat berita itu disampaikan kepada anak-anaknya.
Berdasarkan perkongsian tersebut, berita itu disampaikan dengan cara bisik-membisik mengikut turutan kepada satu satu lain dimulakan oleh isteri tercintanya, Dr Halina kepada suami dan seterusnya kepada anak sulung dan terus kepada adik-adiknya.
“Whispering the good news. Alhamdulillah. Syukur sangat. Everyone is excited. Semoga dipermudahkan. Amin..”- tulis Dr Sheikh Muszaphar dalam hantaran Instagramnya.
Apa yang menarik perhatian warga maya adalah gelagat anak bongsunya, Emilia yang meletakkan tangan di kedua belah telinganya dan tidak mahu mendengar berita itu seakan mahu menjadi anak bongsu buat selamanya.
Untuk rekod, Sheikh Muszaphar telah berkahwin dengan Dr. Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010 di Seremban, Negeri Sembilan. Mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata perempuan yang bernama Sophea Isabella yang lahir pada 21 Julai 2011 dan Sophea Natasha yang lahir pada 19 Januari 2013. Cahaya mata kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang lahir pada 27 Julai 2017.
Berita tersebut nyata mencetuskan rasa teruja netizen, malah komen hantaran berkenaan juga turut dihujani dengan ucapan tahniah dan doa buat Dr. Halina agar dia selamat melahirkan nanti. NONA mendoakan agar kehamilan Dr. Halina dipermudahkan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.