Penglibatan Datuk Seri Rossa dalam dunia seni bukan suatu yang baharu. Terkenal di Malaysia apatah lagi di negara kelahirannya, Indonesia melalui lagu dan suara yang merdu. Mempunyai tubuh yang kecil, penyanyi lagu pudar ini nampak muda daripada usianya sebenar.

Daun Saga & Daun Kencur Rahsia DATUK SERI ROSSA Kekal Sihat Dan Bertenaga

Ads

Apabila ditanya tentang rahsia kecantikannya, “Sejujurnya, saya tidak mempunyai rutin kecantikan yang terlalu complicated. Saya mengamalkan penjagaan wajah yang ringkas sahaja. Namun, apa yang pasti, saya akan mencuci muka pada waktu pagi dan juga malam. Saya tidak akan tidur dalam keadaan muka yang bermekap.

Daun Saga & Daun Kencur Rahsia DATUK SERI ROSSA Kekal Sihat Dan Bertenaga

Saya tidak mempunyai sebarang petua nenek moyang yang diamalkan untuk menjaga kecantikan. Namun, jika saya jatuh sakit, saya akan amalkan minum air rebusan daun saga dan daun kencur untuk mengembalikan kesihatan serta stamina. Saya juga ada mengambil supplemen untuk menambah tenaga untuk kekal aktif.

Daun Saga & Daun Kencur Rahsia DATUK SERI ROSSA Kekal Sihat Dan Bertenaga

Saya juga bukan seorang yang kerap ke gim untuk bersenam. Saya hanya melakukan senaman treadmill di rumah, selama setengah jam. Semudah itu sahaja. Dari segi pemakanan, saya makan semua jenis makanan. Namun, jika sampai satu tahap saya merasakan berat badan kian bertambah, saya akan cuba kawal pemakanan contohnya kurangkan manis dan lebihkan buah-buahan,” tutur Datuk Seri Rossa sambil tersenyum.

Daun Saga & Daun Kencur Rahsia DATUK SERI ROSSA Kekal Sihat Dan Bertenaga

Kesudian Datuk Seri Rossa menerima kunjungan team Nona di kediaman mewahnya yang terletak di Kemang, Jakarta Selatan merupakan momen yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Kelihatan dari jauh banglo milik figura yang terkenal ini begitu mewah umpama sebuah resort.

Daun Saga & Daun Kencur Rahsia DATUK SERI ROSSA Kekal Sihat Dan Bertenaga

Kediaman dua tingkat milik Datuk Seri Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani ini tampak moden bersama percikan rona putih menghiasi segenap ruang dipadu mesra dengan penggunaan perabot serba ringkas.

Ads

Daun Saga & Daun Kencur Rahsia DATUK SERI ROSSA Kekal Sihat Dan Bertenaga

Rupanya sudah sudah lima tahun Datuk Seri Rossa menghuni kediaman ini. Wanita berkulit cerah ini selesa memilih elemen cermin dalam ilham dekorasi kediamannya sekali gus memancarkan nuansa elegan yang cukup nyata.

Daun Saga & Daun Kencur Rahsia DATUK SERI ROSSA Kekal Sihat Dan Bertenaga

Bercerita tentang konsep kediaman mewah milik wanita yang berusia 42 tahun ini, “Konsep rumah saya sederhana sahaja. Saya suka dekorasi yang moden dan simple. Selain itu saya juga suka ada banyak tanaman sebagai hiasan,” tutur Datuk Seri Rossa yang menerima Anugerah Datuk Seri pada tahun 2018 ini.

Ads

Daun Saga & Daun Kencur Rahsia DATUK SERI ROSSA Kekal Sihat Dan Bertenaga

Ketika diajukan ruang yang paling digemarinya, “Ruang yang saya paling digemari sudah tentu ruang makan. Selalunya saya dan teman-teman atau keluarga berkumpul menikmati hidangan di ruang makan.

Daun Saga & Daun Kencur Rahsia DATUK SERI ROSSA Kekal Sihat Dan Bertenaga

Jadi saya tidak suka ruang makan ini disekat dengan dinding dan suka ruang yang lapang. Ini kerana saya selalu bertemu dengan banyak orang di luar, ketika berada dalam rumah, saya tidak mahu ada suasana yang formal di rumah sendiri. Saya inginkan suasana tenang dan santai,” jelas Datuk Seri Rossa.

Daun Saga & Daun Kencur Rahsia DATUK SERI ROSSA Kekal Sihat Dan Bertenaga

Datuk Seri Rossa menghuni kediaman ini bersama anaknya, Rizky Langit Ramadhan bersama beberapa orang pembantu. Sempat mengajukan soalan cepumas pada Datuk Seri Rossa bilakah ingin membina masjid buat kali kedua, ini balasnya, “Soal jodoh saya serahkan pada Tuhan saja.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI