Pasangan sensasi, David dan Victoria Beckham baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-23 tahun pada 4 Julai 2022 lalu. Mereka bergelar suami isteri pada tahun 1999 di Luttrellstown Castle, Ireland.

Ads

David & VICTORIA BECKHAM Rai Detik Romantik Di Paris Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke-23Sempena mengenang momen bahagia mereka, Victoria dan David memuat naik gambar yang berbeza di akaun Instagram masing-masing. Menjengah di Instagram Victoria, bekas ahli kumpulan Spice Girls ini berkongsi satu gambar dirinya dan suami yang sedang tertawa dengan kapsyen:

“Mereka kata dia tak kelakar, mereka kata saya tak pernah senyum, mereka kata ini tak akan bertahan lama. Hari ini kami meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke-23 tahun. David kau lah segalanya, I love you so much!!!”

David & VICTORIA BECKHAM Rai Detik Romantik Di Paris Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke-23Berusia 48 tahun, Victoria yang merupakan ibu kepada 4 orang anak ini seolah-olah berkias kepada pihak yang sering beranggapan dirinya seorang wanita yang terlalu serius dan jarang tersenyum.

David & VICTORIA BECKHAM Rai Detik Romantik Di Paris Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke-23David & VICTORIA BECKHAM Rai Detik Romantik Di Paris Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke-23Berbeza pula dengan suaminya, David yang berkongsi satu video ‘throwback’ di mana mereka pernah ditemu bual dalam satu pogram TV. Ketika itu mereka masih di awal percintaan dan masih muda. Dalam video tersebut mereka menceritakan bagaimana detik-detik perkenalan sehinggalah saling jatuh cinta.

Waktu itu Victoria sedang diambang populariti bersama kumpulan Spice Girls manakala David merupakan bintang bola sepak tersohor dunia, Manchester United.

David & VICTORIA BECKHAM Rai Detik Romantik Di Paris Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke-23David & VICTORIA BECKHAM Rai Detik Romantik Di Paris Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke-23Turut dikongsi oleh David ialah beberapa gambar lama dan baru bersama isteri tersayang di Instagram Story. Ianya memaparkan momen-momen mereka menghabiskan masa bersama termasuklah detik makan malam romantik di hadapan Menara Eiffel, Paris.

Ads

David & VICTORIA BECKHAM Rai Detik Romantik Di Paris Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke-23Pasangan ini kelihatan sangat gembira menghabiskan masa berdua dan masih romantik seperti di awal perkahwinan.

Ternyata, Victoria dan David pasangan serasi dan bijak menjaga keharmonian rumahtangga biarpun pernah beberapa kali diuji sebelum ini. Semoga pasangan selebriti popular ini kekal bahagia selamanya.

David & VICTORIA BECKHAM Rai Detik Romantik Di Paris Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke-23Kredit Foto: Instagram Victoria Beckham

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI