Debar Menanti Keputusan Ujian Saringan, SENATOR Ras Adiba Radzi & Keluarga Kini BEBAS

Terdahulu, Senator Ras Adiba Radzi telah berkongsi berita bahawa pegawai khasnya, Ras Afiona Radzi, yang juga merupakan adik kepada senator itu telah disahkan dijangkiti COVID-19. Ekoran daripada itu, seluruh ahli keluarganya yang berjumlah 10 orang perlu menjalani ujian saringan.

Senator Ras Adiba Radzi bersama adiknya, Ras Afiona Radzi. Foto: Instagram @rasadibaradzi

Debaran menanti keputusan itu sudah pasti dirasai oleh wanita ini. “Sudah tentu berdebar. Pelbagai perasaan dirasakan. Doakan yang baik-baik buat saya ya,” katanya kepada Astro AWANI.

Foto: Instagram @rasadibaradzi

Pada hari ini, Senator Ras Adiba Radzi telah memanjatkan rasa syukur dan berkongsi kegembiraannya mengenai keputusan ujian saringan COVID-19 keluarganya.

Kongsinya, “Salam semua. Kami ingin kongsi berita mengenai keputusan saringan COVID-19 kami sekeluarga. Keputusan kesemua 10 orang ahli keluarga yang disaring adalah NEGATIF.

Syukur ke hadrat Ilahi. Terima kasih buat kalian yang telah mendoakan kesihatan kami. Sungguh kami hargai,” coretnya di laman media sosialnya.

Foto: Instagram @rasadibaradzi

Sebelum ini, penyampai berita ini telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara yang membawa gelaran Senator. Majlis perlantikannya itu telah berlangsung di Dewan Negara pada bulan Mei lalu.

Foto: BERNAMA

Menggalas status sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) sejak 18 tahun yang lalu dan Presiden Orang Kelainan Upaya (OKU) Sentral, Ras Adiba akan memegang jawatan tersebut bagi tempoh tiga tahun sebagai mewakili golongan OKU.

Foto: Twitter Ras Adiba Radzi

Ras Adiba yang berasal dari Petaling Jaya pula merupakan individu ketiga dilantik sebagai senator mewakili golongan OKU. Mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan dan penyiaran selama lebih 34 tahun, Ras Adiba menyifatkan pelantikan itu satu penghormatan kepada industri media negara.

Foto: Facebook OKU Sentral
Foto: Twitter Ras Adiba Radzi

Atlet paralimpik negara itu berkata antara perkara yang akan diusulkan adalah mengenai pendidikan, pekerjaan dan infrastruktur golongan OKU di negara ini.

*Kalau ada yang sedang mencari kasut sukan mungkin boleh tengok di sini.

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed