Debaran Kian Terasa! JOM Tonton Malam Kemuncak NONA SUPERWOMAN Secara Langsung Di YouTube & Facebook NONA

Malam yang dinanti-nantikan bakal tiba dan tak sabar melihat kehadiran para penerima anugerah membanjiri dewan pada malam itu bergaya dengan tema ‘New Normal Glam’ pada 18 Disember ini. Save the date! Jumaat malam ini tau.

Majlis Penganugerahan Prestij Nona Superwoman Award 2020 ini akan distrimkan secara langsung melalui YouTube Live dan Facebook Live saluran Majalah Nona. Usah lupa mengaktifkan kedua-dua saluran ini bermula 7.30 malam bagi melihat kelibat para tetamu di majlis karpet merah.

Malam kemuncak Nona Superwoman Award 2020 merupakan malam pengiktirafan buat wanita yang telah banyak memberikan jasa buat negara Malaysia. Sebanyak 47 anugerah Nona Superwoman 2020 akan disampaikan kepada individu paling cemerlang dalam sebuah majlis makan malam yang dihadiri tetamu seramai 100 orang.

Selain kecemerlangan individu dalam bidang yang diceburi, barisan penerima anugerah juga dipilih berdasarkan semangat dan kepimpinan individu tersebut yang mampu menjadi inspirasi luar biasa kepada wanita lain.

Jika pada tahun 2018 Tan Sri Rafidah Aziz telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Nona Superwoman 2018, tahun 2020 pula bakal menyaksikan anugerah berprestij ini bakal digenggam oleh YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang banyak berjasa kepada negara.

Tahun ini juga seperti yang kita tahu seluruh dunia dilanda pendemik COVID-19. Majalah Nona telah mendedikasikan pengorbanan seluruh warga petugas hadapan dengan mengiktiraf mereka menerusi Anugerah Tribute To Frontliners menerusi Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah.

Malam pengiktirafan pada tahun ini bakal berlangsung secara virtual dengan pematuhan SOP yang ketat, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial sepanjang majlis berlangsung.

Majlis bakal dimeriahkan dengan persembahan artis terkemuka Malaysia, Noryn Aziz dan Erni Zakri. Majlis makan malam itu akan dihoskan oleh Daphne Iking. Nona Superwoman 2020 dibawakan khas oleh jenama produk penjagaan rambut, Faith Fleur

yang bakal berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC). Save the date ya!
Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed