Sedih dengar berita ni. Hasrat untuk penyanyi dan Lagenda Rock Malaysia, Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search untuk menimang cahaya mata di usia 60 tahun tidak menjadi kenyataan apabila isterinya, Norish Hassan yang sedang hamil dua bulan mengalami keguguran pada Isnin lalu.
Amy berkongsi cerita sedih itu bersama peminatnya dilaman instagram miliknya pada malam Rabu.
Amy turut berkongsi berita sedih itu dengan memuat naik rakaman video ketika menemani isterinya menjalani pemeriksaan dan doktor tidak dapat mengesan degupan jantung janin berkenaan.
“Degupan itu akhirnya terhenti dan hilang dari pandangan. Alex, Sania dan Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini. Qaqa menangis teresak-esak kerana tiada lagi cerita baby yang bakal dilahirkan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Amy turut memberitahu bahawa dia redha dengan apa yang terjadi dan menganggap ini sebagai satu ujian. Amy juga berharap dengan apa yang terjadi ini akan ada keindahan di sebalik ujian yang diterima mereka sekeluarga. Betul tu, setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Kita hanya perlu sabar dan terus berdoa untuk mendapatkan yang terbaik.
“Moga kami semua redha dengan dugaan yang tak terpandang ni dan saya pasti dugaan ini datang bersama keindahan dan sabar,” luah Amy di laman instagramnya.
Diharapkan Amy dan Norish dapat menerima berita sedih ini dengan hati terbuka dan InsyaAllah semoga ada rezeki lain suatu hari nanti.
Amy dan Nourish mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13 dan Qaqa At- Tameemi, 9. Selain itu, Amy juga mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nabila Huda, 34 dan Irisya Myra, 21.