Demi memenuhi trend ’10 years challenge’, tujuh selebriti Malaysia ini tidak ketinggalan berkongsi foto berusia 10 tahun lepas mereka di media sosial masing-masing. Pendek kata, laman media sosial hari ini dibanjiri dengan imej kenangan para selebriti termasuk usahawan terkenal yang menggambarkan diri mereka sedekad lalu. Memang macam-macam ragam!
Paling mencuri tumpuan adalah perkongsian penyanyi dan pelawak, Mark Adam yang telah mendapat hampir 60 ribu likes. Walaupun tanpa sebarang kapsyen… namun foto tersebut berjaya mencuit hati ramai.
Pelakon berbakat besar, Fasha Sandha turut memuatnaik gambar terbaru semasa majlis pertunangannya. Membahasakan dirinya sebagai ibu, ini kapsyen Fasha Sandha. “I pun teringin nak buat #10yearschallenge … Gambar kiri masa ibu sambut birthday
ke-24, gambar kanan tu gambar terbaru ibu masa bertunang umur 34 tahun. Apa pendapat sayang2 semua? Perempuan cantik lepas jadi ibu atau sebelum jadi ibu?”Penyanyi cantik, Farah Dhiya pula memilih untuk berkongsi gambar ketika zaman remajanya hingga mendapat hampir 16 ribu likes setakat petang ini. Kongsinya, “I choose to do a #20yearschallenge. First photo I was 14 and me in baju kurung purple which is now, 34 tahun. Sama atau lain? Tahi lalat, dahi luas, dagu, hidung, mata, eh semua la masih sama ok.”
Adik kepada Datin Emylia Rosnaida iaitu Emelda Rosmila pula berkongsi foto lucu ketika membintangi drama popular, Manjalara 10 tahun lalu. Waktu itu, dia diberi watak wanita bertubuh gempal. “Dulu I gemuk, setelah mengamalkan celery juice
setiap pagi selama 10 tahun, alhamdulillah selim. Cubala wakk! Bezakan? Cuma posing jer tak berubah. Reminiscing. MANJALARA.”Isteri kepada komposer terkenal, Datin Alyah pun apa kurangnya. Mengabadikan foto kenangan ketika berada di atas pentas nyanyian 10 tahun lepas dan tahun ini.. penyanyi bersuara lunak ini juga kelihatan semakin langsing dan menawan sejak mengenakan hijab.
Penyanyi kecil molek Wani Kayrie pun tidak kurang hebatnya. Sambil berkongsi kapsyen lucu, “Ya Allah nak gelak tengok muka dulu. Mata sepet, hidung kembang, bibir tebal, eye bag berguni. Apa comment anda? Comment dengan jujur ya nak baca! Siapa tak jujur tak nak kawan. Hahahahah.”
Hairul Azreen yang namanya semakin dikenali ramai sejak filem PASKAL turut memuatnaik gambar sebelum bergelar suami. Wow, memang nampak berbeza. Makin sasa pujaan hati Hanis Zalikha dan bapa Yusuf Iskandar ni!
Kalau kebanyakan selebriti berkongsi foto mereka, lain pula bagi Janna Nick yang menunjukkan personalitinya sedekad lalu melalui video pendek beliau. Kata Janna, ” Tak ni 8 tahun lalu. Eyeliner nak pergi mana!!!! ahahahahahha #videoaib.”
This website uses cookies.