Demi Agama & Keamanan, Kisah Pemimpin Wanita Gaza Ini Patut Jadi Inspirasi Ibu-Ibu

Beliau dikenali sebagai Khansa’ Palestin, seorang superwoman yang juga ibu, ahli politik dan pemimpin yang sangat disegani masyarakat Gaza.

Maryam Muhammad Yusuf Farhat atau dikenali sebagai Ummu Nidhal dilahirkan di Gaza pada 24 September 1949. Pemimpin wanita yang juga ahli politik Palestin ini telah dikurniakan enam orang cahaya mata, dimana tiga daripadanya gugur ketika berkhidmat sebagai tentera.

Nama Ummu Nidhal kekal harum sehingga kini meskipun telah kembali ke rahmatullah pada 17 Mac 2013. Arwah meninggal ketika berusia 64 tahun.

Beliau adalah Ummu Syuhada’ dan telah melakar sejarah sebagaimana yang telah dilakarkan oleh Khaulah binti aAl-Azur, Khansa’, Nusaibah binti Ka’ab, Ummu Saad Bin Muaz dan seumpamanya.

Ummu Nidhal anak jati Palestin

 

Ummu Nidhal Srikandi Ummah

 

PEMIMPIN WANITA

Sewaktu hayatnya, beliau sentiasa menyeru kaum wanita dan seluruh rakyat Palestin agar berjihad dan berharap Allah SWT mengurniakan kesemua anak-anaknya gugur dalam mempertahankan Islam.

Ummu Nidhal tidak terkejut menerima berita kesyahidan anak-anaknya. Anak sulung beliau iaitu Nidal, syahid pada Februari 2003, diikuti Muhammad Farhat pada Mac 2002 dan akhir sekali Rawad, pada tahun 2005.

Dalam sebuah wawancara pada Disember 2005, wanita Mujahid ini pernah menyatakan bahawa beliau amat berbangga dengan kesyahidan anak-anaknya.

Ummu Nidhal terkenal dengan ketakwaannya

 

 

Perjuangan Ummu Nidhal dalam membebaskan negara Palestin masih belum berakhir. Semoga legasi wanita ini dapat diteruskan oleh generasi muda di sana.

Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal adalah, “Jangan bimbang untuk bertemu dengan Allah, ia adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut).

Ketika anak sulung, As-Syahid Muhammad Fathi Farhat mencecah usia enam tahun, saya tanpa sedikit keraguan pun dalam hati saat itu, mengarahkannya ke medan juang demi mengusir penjajah.

Saat mereka berpisah, pasangan ibu dan anak itu saling berpelukan kemudian berkata, “Ibu tidak dapat membendung air mata, tetapi jangan percaya dengan air mata ibu ini, nak.

Ini adalah air mata bangga menjelang hari pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetaplah hatimu, kekallah seperti itu sampai engkau bertemu Allah Taala.” Ummu Nidhal

Semoga semua ibu-ibu dan kaum wanita khususnya di luar sana dapat mengambil iktibar dalam melahirkan dan mendidik seramai mungkin generasi Mujahid yang bakal meletakkan Islam ini ke tempat yang tertinggi satu hari nanti!

Share
Published by
Norzalina